Tuesday, 20 May 2014

Sabun penawar resdung yang berkesan

Aku ada satu cerita ni.
Kalau aku bagitau korang secara lisan,memang jadi cam pembaca berita jer sebab aku punya skill bercerita memang failed.
Tapi kalau aku tulis...ok kot.
Orang boleh faham kot.

Ok ceritanya begini.
Semalam,masa aku balik kerja,sorang kawan baik aku ni whatapps la kat group kitaorang.
Dia tulis lebih kurang begini..

Akak beli ubat resdung online. Lepas tu penjual ubat tu cakap,dia akan bagi akak free gift. Sabun anti bakteria..elok untuk resdung. Pastu arini barang tu sampai.

Aku pun baca jelah sambil cakap dalam hati...ok fine. So? Ingatkan kawan aku ni nak bagitau ubat tu berkesan ke apa. Lepas tu dia whatapps gambar.































































Ala....sikit lagi..











































































Aku macam nak menggigil gelak. Sabun protex????????


Kawan aku macam what the heck sabun ni penawar resdung kan? Kot ye pun...bukan kawan aku tak bersyukur dapat sabun protex ni tapi kau bayangkanla ni terjadi kat kau. Kau beli krim muka online..orang tu kata nak bagi free gift putihkan muka..sekali kau dapat clorox. Hah...tak ke kau rasa cam nak lempang jer?

So kawan aku pun mesejla kat peniaga tu. Dia mesej...terima kasih sebab bagi saya sabun protex ni. Saya memang tak pernah tengok sabun ni sebab mak saya pakai lux.

Kau tau peniaga tu reply apa? Dia cakap..ye ke? Tapi saya beli sabun tu kat kedai mamak je. RM1.40. Kat kedah ni berlambak...mehla beli kat sini kalau kat jb takde...

Hahahhahahahhaha! Memang ngeng sangat peniaga ni. Tapi apapun..terima kasihlah sebab bagi free gift tu ye bang...nanti kawan saya beli lagi...kekeke..