Friday, 23 May 2014

Review : Maybelline pure pact mineral powder

Hai.

Muka aku selalu ada bintik hitam,bintik putih..
Walaupun aku selalu skrub muka.
Sebab tu sekarang,bila aku sedar aku makin tua,kesedaran aku nak jaga kulit tu meningkat.
Tapi aku sentiasa cuba beli barang yang mampu poket sebab aku sedar aku sape..hehe..
Oleh tu,aku terfikir nak beli bedak mineral ni.
Biasanya mineral powder ni jenis power kan...aku tak pernah pakai yang powder tu.
Yang macam ronasutra tu.
Bila aku nampak mineral powder jenis cam bedak biasa,aku pun teruja!
Baca review sana sini..terus beli..

Kenapa beli maybelline pure pact mineral powder?
Sebab alat solek mineral ni takkan menyumbat liang pori kita. Dan dia dari bahan mineral..takkan rosakkan kulit in long term.

Harga?
RM36.70. Beli di watson. Memang mahal untuk aku tapi aku guna bedak almost setahun so tak kisah sangatlah. Aku bukan jenis asyik touch up muka so bedak aku jimat.

Tentang produk ni..

Dia ada 3 tona. Aku pilih kaler c302..warna neutral. Sesuai untuk kulit tona kuning macam aku. Maybelline pure pact mineral powder ni made in japan. Oleh itu,aku tengok..kaler dia cam kurang sesuai untuk orang yang kulit tanned. Tapi aku tak pastilah. Ini apa yang aku tengok je. Untuk kulit aku,ok jer.. :)

Masa nak beli,kita ada dua pilihan. Nak beli yang refill pack atau yang siap ada casting tu. Yang ada casting,harga dia RM46. Beza 10 hengget kau..memang taklah mak nak beli.

Review?
Aku suka bedak ni! Takde rasa pakai bedak langsung. Muka rasa eh..macam takde apa je.

Coverage dia adalah okey. Macam aku kata,muka aku ada masalah pori dan bintik hitam dan bedak ni cover masalah tu.

Tak luntur bila kena air. Pernah tak korang jumpa orang yang bila berpeluh,bedak dia pun luntur sampai peluh dia ada warna bedak? Faham tak maksud iols? Aku jarang jumpa situasi ni tapi aku rasa ni antara situasi yang agak memalukan untuk seorang perempuan. Aku tak tahulah korang,tapi aku malu gila kalau muka aku yang kononnya neutral ni,tetiba berpeluh,muka jadi bercapuk pastu bedak luntur. Homai...hah,dengan maybelline pure pact mineral powder ni,korang takde masalah tu. Dia blend dengan kulit.

Won't clog pores. Bedak ni takkan membuatkan pori tersumbat sebab ianya mineral powder. Yeay untuk kulit sihat!

Sesuai untuk kulit sensitif. Kulit muka aku cuma alergik pada apa-apa yang mengandungi limau dan bedak ni tak mendatangkan masalah pada kulit aku.

Tahan sampai ke petang. Aku start pakai bedak ni dari 8 pagi hingga 5 petang. Muka aku ok je. Gambar yang aku letak nanti ialah gambar aku time balik kerja. Takde berminyak. Takde bercapuk. Walaupun aku tak touch up langsung. Gambar tu tak diedit langsung jadi muka aku memang gemuk tapi tu tak penting sebab itu fakta. Aku gemuk. Grrr!

Aku rasa bedak ni sama je cam bedak lain. Bezanya..dia adalah bedak mineral. Tiada bahan pengawet. Selamat untuk kulit. Dan itu yang aku cari. :)