Thursday, 15 May 2014

Review : Dugro Fruit and Vege

Hai.

Sejak rissa sembelit,aku dah cuba macam-macam untuk mengatasi masalah sembelit rissa.
Salah satu cara yang kawan aku suggest ialah tukar susu ke susu dugro fruit and vege ni.
Sebelum ni rissa minum susu dutch lady 123.
So aritu,aku pun try jelah beli sepeket dugro fruit and vege ni.
Harga dugro ni kebiasaannya RM20-RM27.
Mahal dari dutch lady tapi takpelah..demimu anak..

Reaksi pertama?
Rissa tak suka. Rasa dia macam jus buah..sebab ada bau buah. Aku pun tak suka. Dutch lady ni dia memang ada rasa susu sebenar..sedap. Tapi dugro fruit and vege pulak rasa susu dicampur buah. Tapi aku cuba yakinkan diri...dugro fruit and vege akan bantu sembelit rissa. Jadi aku teruskan.

Apa yang aku buat supaya anak aku boleh minum dugro ni?
Aku cairkan susu. Ni pun nurse yang suggest. Dia kata anak dia,dia bagi 3 scoop susu untuk 6oz susu. Kawan-kawan aku pun banyak suggest gitu. Syima..ros..sape lagi? Hmm..banyak lagi yang suggest aku cairkan susu. Aku pun try. Dan rissa boleh terima. Yeay! Bila susu cair,bau buah dia tak ketara.

Lega gila hati aku bila rissa minum susu tanpa buat muka pelik.

Berkesan ke?
Hah..aku pun tertanya gitu. Berkesan ke susu ni? Minum sebotol terus berak ke? Hmm...takla gitu. Kekekeke..ini susu. Bukan enema. Tapi dugro fruit and vege ni better dari dutch lady dari segi pembuangan air besar rissa. Kalau dulu najis dia baling kat dinding pun melantun balik kat kita..sekarang dah lembut sikit. Dia pun takdelah menangis tahap kena dump dengan shahnaaz ahmad macam dulu (errr...ingat camne reaksi shila nangis kena berpisah dengan shahnaaz kan?). Dia nangis tahap redwani putri kena dump dengan shah jazle je...nangis gitu-gitu je..

Apa beza dugro fruit and vege berbanding dutch lady?
Rissa minum dua susu ni so aku compare dua ni jelah ye. Dutch lady ni..tepung susu dia macam tepung gandum dan dugro pulak macam tepung kanji. Ini beza dari segi tekstur. Dugro dia lebih halus.

Air bancuhan susu pun..dutch lady lebih pekat dan dugro macam cair.

Level sedap? Ikut taste tiap orang tapi rissa suka dutch lady.

Harga? Dutch lady jauh lagi murah dan senang didapati.

Dha? Dutch lady lebih tinggi.
Sukrosa (gula)? Dua-dua claim 0%  sukrosa tapi kalau kita rasa sendiri..dugro lebih manis.

Aku memang lagi suka dutch lady tapi dugro fruit and vege memang membantu sembelit rissa so aku pasrah jelah. Kalau anak korang sembelit dan korang tak tahu nak beli susu apa..try dugro fruit and vege ok..aku recommend untuk anak sembelit.

Tapi aku nak cakap sikit la...jangan sebab dugro fruit and vege ni penuh gambar sayur dan buah,kita bagi anak kita minum ni. Atas sebab anak kita tak nak sayur dan buah. Jangan fikir camtu tau kawan-kawan. Gambar tu ilustrasi je. Iklan je. Bagi aku...susu yang banyak dha tu elok sebab bagus untuk perkembangan otak anak. Tapi memandangkan dugro yang serasi untuk rissa..aku bertabah.Dan aku tahu..kebijaksanaan anak bukan terletak pada susu semata.

Okey...sekian review aku. Belilah dugro fruit and vege untuk membantu anak kita yang sembelit.