Thursday, 8 May 2014

Kenapa pukul anak?

Hai.

Sekarang dah 1 pagi.
Tapi aku tak tidur lagi.
Dan ini entri panjang.
Pernah tak korang pukul anak?
Ya,aku pernah.
Aku pernah pukul tangan rissa.
Pernah jentik tangan dia...jentik kaki dia.
Masa tu rissa dalam umur setahun kot.
Lepas tu,bila aku baca status harith iskander (ye,pelakon tu..kawan afdlin shauki tu)..aku insaf.
Sampai arini,aku usaha sungguh-sungguh tak pukul rissa dan aku cuba elak marah rissa.

Harith tulis..kalau kita rasa memukul seorang dewasa itu adalah satu kesilapan,mengapa kita menganggap memukul kanak-kanak itu sesuatu yang ok?

Ayat dia lebih kurang gitulah. Aku pun fikir. Betul jugak. Bayangkan...aku menangis merajuk sebab laki aku tak nak ajak aku jalan-jalan dan instead of pujuk aku,laki aku lempang aku. Hah! Bayangkan. Itu bayangan. Bukan realiti ye.

Camtulah aku rasa diri aku bila aku pukul rissa sebab kekadang dia mengamuk tak tentu hala.
Untuk memburukkan keadaan,aku ni mak dia.

Cuba baca ayat ni.

Seorang bayi dipukul. (Rasa kesian)
Seorang bayi dipukul oleh seorang perempuan. (Rasa tak guna punya perempuan)
Seorang bayi dipukul oleh seorang perempuan yang merupakan ibu kandungnya. (Rasa macam nak pijak)

Again..orang akan kata,pukul anak sebab nak ajar anak. Supaya dia berdisiplin.
Aku pun fikir gitu walaupun mak aku langsung tak pernah pukul aku.
Tapi sekali lagi aku fikir.....adakah semua penjenayah tu masa keciknya dia tak pernah dipukul sebab tu bila dia besar,dia buat jahat?
Atau adakah agamawan tu asyik kena lempang dari kecik sebab tu bila dah besar dia jadi orang yang baik-baik?
Tak kan?

Macam mana sekali pun kita cuba didik,kita cuba ajar anak kita.....akhirnya dia akan end up jadi seperti yang dia sendiri pilih.