Monday, 5 May 2014

Dari celcom ke digi

Hai.
Aku start ada henpon masa form 2.
Masa tu tahun 2002. Nombor pertama aku guna ialah 013..under celcom.
Pastu masuk form 4,aku dah errr bercinta.
So aku guna digi.
Sebab digi ada sistem friend n family yang bila kita sms tu..1/2 sen jer.
Aku kan gila sms.
Bila aku kerja..masa tu umur aku 18 tahun,aku guna celcom semula.
Sampai arini.
Pastu nombor telefon aku pulak,sejak tahun 2009..aku memang guna nombor telefon yang sama.
Aku ingat lagi aku beli prepaid ni kat plaza alam sentral dengan bf aku. (sekarang ni dia asben aku)
Nombor telefon kami ialah nombor couple.
Sekali orang tengok,mesti orang kata sama..
Berbalik pada cerita kenapa tiba-tiba nak tukar ke digi ni..
Aku cerita benefit celcom dulu ye.
Panggilan : 15 sen/1 minit ke semua nombor 15pax
Sms : 0.01 sen/sms
Hah..kelebihan celcom ni terletak pada sms dia yang murah..bayangkan 1 sen boleh hantar 10 sms. Murah gila kan? Pastu line celcom ni kuat. Aku pegi mana-mana mesti ada line kecuali di highway kalau nak gi melaka ke..kl ke..kat highway memang takde line.
Jadi kalau celcom ok,kenapa nak tukar ke digi?
Sebab pakej internet digi lebih murah!!
Kalau celcom,pakej internet dia camni. Untuk 1.5g/sebulan..harga dia adalah RM38. Kalau nak add on,1g RM15. Kalau nak topup 5g,RM50. Jadi mahal lah...sebab aku akan pakai camni :
Daftar internet : RM38
Tengah bulan tetiba habis kuota. Tambah 1g : RM15
Hujung bulan lagi dua tiga hari nak expired,habis kuota lagi.
Grrrrr....ini menyebabkan stress.
Laki aku pulak pakai camni :
Daftar internet : RM38
Beli extra 5g : RM50
Kalau digi pulak..kita boleh direct beli 5g untuk sebulan. Bayaran dia adalah RM68. Kalau tak cukup lagi kuota ni,aku tak taulah. Kekekek..
Jangan suruh aku pakai postpaid ye. Aku tak boleh. Nanti kang..aku asik buka youtube pastu buka drama korea berbelas episod..abislaaaaa aku kena caj. Kalau beli broadband pulak tak berbaloi sebab nanti asben aku tu makan data lagi banyak dari aku. Kekekeke....
Aku tanya gak dia..apsal dia pakai data internet banyak nar? Dia kata dia tengok youtube time keje. Bayangkan,dia tengok youtube tu macam dengar radio. Adehhhh...
Lagipun digi ada friend and family. So takde masalah sangat pasal call. Aku ni pun jarang cal orang. Aku kan tak gemar bercakap sangat.
Eh banyak pulak celoteh aku arini.
Lupa pulak nak cite. Nombor aku masih maintain. Aku tukar line je.
Macam mana nak kekalkan nombor telefon yang lama kalau kita nak tukar line?
Pegi ke service centre telco yang berkenaan ye.
Free je pun.
Oklah...bye. Nak keje..