Sunday, 18 May 2014

Anakku setahun tujuh bulan

Hai.

Ini entri wajib setiap bulan.
Perkembangan tia clarissa,anak tunggal kesayangan keluarga.
Rissa sekarang dah besar..dah nampak sangat dia bukan baby lagi.
Dia dah mula belajar bercakap.
Curiousity dia bertambah-tambah.
Contoh terdekat,lepas aku mandi..aku kan pakai toner pelembab bagai kan..
Dia perati je aku. Pastu cakap syen syen...
Sebab dia nak minta losyen.
Pastu apa lagi ek?
Rissa dah kenal nombor dah.
Seronoknya aku bila aku tunjuk 2..dia cakap two.
Bila tunjuk 5,dia kata five.
Tapi dia tak reti satu dua tiga...
Errkkkk...xpe nanti kat sekolah cikgu ajar. Kekekeke..
ABC pun rissa dah kenal beberapa huruf.
Aku cakap ni bukan nak riak tapi ni perkembangan dia.
Personaliti rissa ni camna?
Aku tengok dia bukan jenis yang banyak cakap,sukakan perhatian dan dia boleh fokus satu benda tu dengan agak lama (dalam 15 minit).
Manja.
Pastu dia berani sorang-sorang.
Contoh aku cakap...rissa tengok tv jap. Mama nak mandi.
Dia tengok je tv tu. Tak cari aku pun.
Apa lagi ye?
Rissa dah start minum susu dugro fruit and vege.
Saiz kasut masih 27..
Saiz baju 3-4 years old.
Rissa sekarang dah susut..mungkin sebab dia nak meninggikan badan dia kan.
Yang aku tengok,rissa memang tinggi. Kalau dia berdiri sebelah budak 3-4 tahun,dia almost sama tinggi dengan derang.
Tak tahulah rissa ikut sape..aku takdelah tinggi lampai pun.
Paling aku banggakan tentang rissa?
Dia pandai sebut thank you!
Sweet sangat tau. Bila dia minta something,pastu kita bagi..dia akan kata chechu..
Pastu kena jawab balik kat dia...good girl sayang mama.
Oh ya,rissa ni garang sikit. Kalau kita tegur dia..contoh tegur dengan nada marah,dia jerit balik kat kita. Sebab tu,aku belajar bila dia buat salah dan aku termarah dia sebab terkejut oi (kau bayangkan dia tetiba mengoyakkan buku yang aku baru beli),aku akan cakap....rissa,rissa good girl kan...good girl..good girl..sambil urut dada dia.
Baru dia diam..
Kalau nasib kita baik,dia akan cakap sorry..
Panjang pulak entri ni..hehe.. ♥♥