Wednesday, 23 April 2014

Tips mengatasi sembelit pada anak

Hai.
Rasanya aku kerap cakap yang rissa ni sembelit kan?
Rissa ni asyiklah sembelit memanjang...sampai ke tahap aku risau sangat.
Yelah,takkan tak risau bila tengok anak menangis melalak kan?
Dahlah nangis,siap berdarah lagi tu.
Okey meh aku share apa yang aku dah buat untuk rissa bagi mengatasi masalah sembelit pada anak aku ni.
Banyak ye apa yang aku buat. Kalau anak korang ada masalah sembelit,korang boleh cuba apa yang buat ni.

1. Bagi makan prune,pear,papaya,kismis.
Masa rissa baby (6 bulan sampai 8 bulan)..hah masa ni dia little angel kau bagi apa pun dia makan jer dengan redha..yang ni memang berkesan untuk mengatasi sembelit rissa. Bila rissa dah masuk setahun,i bagi benda ni semua,dia campak. Paling dramatik,bila bagi prune. Dia nampak tu hitam,terus gigil tepuk dada cakap scared! T____T

2. Bagi jus buah-buahan seperti prune.
Rissa ni dia cuma minum 2 jenis air jer. Air kosong dan air susu. Jadi dia memang refuse dan siap muntah-muntah kalau bagi dia minum air lain. Aku siap campur jus prune dalam susu dia tapi dia tak nak. Dia boleh kenal rasa susu tu pelik semacam.

3. Bagi vitagen,solivite,yakult.
Ini sebenarnya memang elok untuk pencernaan sebab mengandungi bakteria baik. Tapi....malas nak taip lagi. Sila rujuk no 2 di atas.

4. Bagi lactulose.
Aku bagi lactulose. 5ml. Doktor yang bagi. Tapi bila dah seminggu dan takde apa perubahan,aku stop. Sebab yelah...sama jer. Takde kesan apa pun. Tapi salah i mungkin kerana aku letak lactulose ni dalam peti ais. Sebab aku baru terbaca..lactulose tak boleh simpan dalam peti ais. Okey fine. Minggu ni nak try bagi lactulose lagi.

5. Homeopati.
Biasa homeopati kan doktor bagi 3 botol. Ni dah satu setengah botol,sama jer. Tak serasi agaknya. Kecewa sebab aku menaruh harapan yang homeopati ni serasi untuk rissa. Yang pasti,rissa sangat suka makan ubat homeopati. Sangat suka.

6. Bagi anak oat.
Kalau bagi gitu jer,dia tak nak so aku campur sikit dalam susu rissa. Takde apa berlaku. Dia tak berak dan sembelit macam biasa.

7. Bagi anak makan sayur dan minum air banyak.
Rissa sekarang dalam fasa tak nak makan. Jangankan sayur,nasi pun dia makan 7-8 butir je. Butir ok...BUTIR..bukan suap. Kalau bagi sayur pun,ala-ala seciput gitu jer.

Ada yang tanya..kalau rissa tak makan nasi,abis dia makan apa? Biskut? Keropok? Tak. Aku mak ikut buku. Aku tak bagi keropok pada rissa. Dia tak makan apa pun. Itu jelah yang dia makan.

8. Campur tepung kanji dalam susu anak.
Sepatutnya tepung kanji ni buat najis anak tu berlendir. Tapi aku dah beberapa kali try,eh...sama jer. Takde apa berlaku.

9. Cairkan susu anak.
Sekarang rissa minum 6oz. So aku buat 4 sudu susu dan 6 oz air. Tapi again,sama jer. Kawan aku cakap kena kurangkan lagi. Ok fine. Nanti aku buat 3 sudu susu dan 6 oz air.

10. Tukar susu.
Rissa suka susu dutch lady. Pengalaman tukar susu dia kepada dutch lady ni pun dah cukup ngeri. Sebab dulu dia cuma nak ebm saja. Dutch lady ni nasib baik dia nak. Jadi mimpilah kalau nak tengok dia senang-senang gitu jer minum susu lain.

11. Enema.
Hah,ni yang paling berkesan ever untuk rissa. Tapi seperti yang semua tahu,enema ni dia menyenangkan najis tu keluar,bukan melembutkan najis. Jadi seksa tu tetap ada. Dan aku risau rissa ketagih enema.

12. Vitamin.
Ada sorang kakak ni dia suggest bagi vitamin vidaylin untuk rissa. Vitamin ni chewable. Kakak ni cakap sejak anak dia makan vitamin ni,anak dia dah tak sembelit lagi. Errrr masalahnya,kau agak-agak rissa reti tak nak makan benda alah ni? Anak aku tu reti makan baby bite je ok. Yang benda pelik-pelik camni,kirim salam.

13. Potty training anak.
Kakak ofis aku suggest aku beli pot untuk rissa. Senang la sikit dia nak meneran kalau posisi cam kita membuang tu kan? Aku pun beli. Sampai kat rumah,rissa letak kat kepala dia. Dia cakap tu hat (topi). Okey. Pastu time dia nak berak,nenek dia dudukkan dia kat pot tu. Kau tau apa dia buat? Dia rimas agaknya...dia amik pot tu dan baling jauh-jauh. T____T

14. Urut perut anak. Buat urutan basikal.
Aku urut tapi rissa kentut jer. Tak berak pun.

15. Prebiotik.
Hah...kan memang ada prebiotik serbuk tu. Yang ni rissa boleh minum sebab takde rasa apa sangat. Tapi ni takde hasil langsung.

Kalau nak kata rissa ada masalah usus,aku rasa tak mungkin sebab sebelum ni dia berak normal jer. Sejak dia masuk fasa tak nak makan ni yang dia asyik sembelit memanjang. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Siyes. Aku tak tau.

Tapi aku akan cuba cairkan lagi susu rissa dan bagi dia lactulose pasni. Arini ari kedua rissa tak berak.
Haih anak...mama risau...