Tuesday, 8 April 2014

Tia clarissa @ 1 tahun 6 bulan/18 bulan

Hai.
Ni kalau aku tak tulis nanti aku confirm lambat buat. Makanya kena update jugak nanti kang lupa.

Tia clarissa.
Anak mama sekarang dah besar.
Tidur dah penuh satu katil badan dia jer.
Pastu sekarang dah faham apa kita cakap.
Suka main enset mama gak.
Hp mama ni dah penuh apps budak jer.....
Tak tau ni hp mak ke...anak.. T_T
Pastu rissa dah makin kuat.
Dah boleh naik tangga.
Dah boleh berlari.
Dah pandai lembikkan badan tak nak didukung time kat mall.
Grrr!! Yang ni stress oi.
Kalau dia buat salah,pastu kita marah,dia akan panggil mama..mama...panggil dengan lembut gitew.
Hah,nampak tak ciri-ciri bodek tu dah ada?

Part makan. Hmm...yang ni susah oi.
Rissa susah sangat nak makan.
Dulu aku asyik angin jer sebab bila aku suap dia tepis..makanan tu jatuh kat lantai.
Sekarang aku dah boleh relax. Senyum jer tengok sambil cakap buatlah lagi sayang...buatlah lagi..
Kekeke..yang tu tipu jer.
Bagilah dia apa...dia tak nak.
Yang kelakarnya,dia suka makan kiwi.
Tak la suka tahap dewa tapi dia boleh acceptla kiwi.
So papa dia ingat nak tukar diet dia...belikan dia anggur hijau.
Dengan harapan dia suka sebab kaler anggur dan kiwi tu sama.

Pastu masa nenek dia bagi anggur,nenek dia cakap...chaaaa,kiwi cha...kiwi...konon nak tipu dia.
Kau tau dia jawab apa?
Rissa kata...no,grape. T____T
Pastu amik grape tu dan campak tempat lain.

Selain tu,dari segi eduacation,rissa dah pandai sebut abc. Pandai sebut tau..bukan kenal abc.
Sebab dia selalu dengar lagu abc.
Nombor pun dia tau. Tapi tak kenal lagi.
Aku tengah fikir camna nak ajar dia kenal nombor ni.
Paling penting..nak ajar rissa kenal warna.
Takpe...slow-slow kan.

Dari segi kesihatan plak,rissa asyik sembelit.
Aku dah cairkan susu,bagi lactulose,bagi enema,vitamin...sume tak jalan.
Aku risau oi.
Takkan tiapkali berak kena bagi enema?
Semalam aku dah fikir satu alternatif bagi mengatasi masalah sembelit anak aku ni.
Nanti aku review..kalau berjaya.
Mudahan berjaya.
Doakan rissa ye.

Ok bai...nak buat keje jap..