Thursday, 10 April 2014

Susahnya jadi nora danish

Aku memang stalker.
Errrr...tapi aku tak stalk blog orang tau.
Kalau aku singgah blog orang,tu maknanya aku memang nak baca entri tu sebab aku suka membaca.
Tapi aku mengaku aku stalk ig artis.
Awwww...biasalah kan..
Semua orang pun buat gitu kot.

Semalam nora danish up satu gambar kat ig dia.
Gambar nora dapatkan manicure pastu dia cat kuku.
Pastu dia promotelah tempat tu.
Aku rasa main point dia buat gitu ialah kedai tu sponsor dia so dia promotelah kan.
Dah dia artis,lojiklah kan..

Yang kesian,dia terpaksa buat hashtag #sayauzur.
Sebab nanti confirm banyaklah setazah online ni bagi ceramah.
Yang bestnya,tak baca hashtag plak tu.
Sian pulak aku kat nora.
Dia terpaksa explain perbuatan dia padahal dia dah dewasa dan follower dia tu bukan famili/bf dia sampai dia terpaksa explain in detail setiap tindakan dia.

Paling dasyat,siap ada kata camna kalau mati nanti tak sempat cuci kuku?
Errr,camna kalau si pengkomen tu mati dan tak sempat minta maaf?
Kau sakitkan hati orang dengan komen camtu tau tak?
Jangan kau kata,niat kau nak tegur.
Tegur whattheheck lah...
Kalau tegur ayat dia camni...nora,cam tak elok jer u pakai cat kuku..
Hah,cukup.
Takyah cakap..nora nanti kalau kau mati tapi tak sempat cuci kuku,cane?
Pffftt.

Jangan cakap tu harga yang perlu dibayar untuk jadi artis.
Nora danish pun hanya manusia biasa..ye tak?
Sekarang satu malaysia tahu nora danish sedang uzur.
Treat her nicely tau.
Semasa period,perempuan sangat tak selesa ok.

Baiklah. Sekian pasal artis. Bye.