Sunday, 27 April 2014

Sahabat baik

Hai.

Aku baca blog aku bukan bidadari tadi...terus inspired nak buat entri ni.
Hah...kak aty tak marah kot kalau aku terus-terang cakap...kak,saya tiru entry akak sebab saya peminat setia.
#feelingmacamsumeorangbacablogini#

Oh ye..nak cakap..aku hanya readers blog aku bukan bidadari ye. Dan ya aku ada nombor phone kak aty tapi tu je. Kami takde hubungan istimewa. Kekeke..

Ok bestfriend.
Aku tak banyak bestfriend.
Sebab aku bukan manusia yang peramah.
Kalau aku 1st time jumpa orang,aku akan sama ada krik krik krik (tu memang tahap aku tak selesa langsung) atau aku akan berbual dengan orang tu tapi cakap pasal benda basic saja.
Dan aku bukan jenis yang suka tanya banyak soalan.
Contoh perbualan orang dengan aku.

Aku : eh comelnya.berapa tahun ni?
Orang yg tengah dukung anak : 8 bulan.
Aku : ohhh... (senyum pastu krik krik krik)

Kau ingat bila aku tegur anak orang gitu,aku akan sentuh budak tu? Errr..tak. Bukan sebab aku tak suka budak-budak tapi aku dah terbiasa diajar jangan sesuka hati sentuh anak orang atau bagi anak orang makan. Melainkan tu betul-betul bff.

Jadi pendek kata,perbualan tu berakhir di situ.

Bestfriend aku ada sorang.
Dia cikgu. Nama dia adeline.
Aku dah kenal dia sejak kami form 1 tapi kami rapat sejak kami form 4.
Ye,dah 10 tahun kami kenal.

Aku dan adeline adalah dua orang manusia yang sangat berbeza.
Dia friendly,daring,sangat suka bercakap,sangat suka bercerita,cakap kuat-kuat.
Aku? Errr...aku sebaliknya.
Sebab tu kami boleh click.
Sebab bila aku jenis yang tak tahu nak berbual apa,dia pulak jenis tak habis topik.

Istimewanya dia ialah dia satu-satunya orang yang selain husband aku,aku hafal nombor phone dia. Iye,aku hafal 3 nombor hp jer dalam otak aku. Nombor aku sendiri,nombor asben dan nombor adeline.
Dan istimewanya dia...pakaian pertama yang aku pakaikan pada rissa pada hari dia lahir adalah hadiah dari adeline.
Hah,nampak tak?
Adeline tahu rahsia aku.
Dia tahu my darkest secret.
Dan dia tak pernah menilai aku atas apa yang aku buat.
Adeline ni sangat baik,tak kedekut...aku sayang dia macam adik sendiri.

Aku ingat lagi masa adeline gaduh dengan ex bf dia dulu. Aku punya bengang...aku call bf dia sebab nak marah.
Dan hujungnya,aku sendiri nangis sebab ex bf dia marah aku. Hahaha...
Bila mengadu kat asben (masa ni kami masih kapel), dia bebel kat aku sebab sibuk hal orang.

Tapi kalau kau tanya aku...adakah adeline yang aku cari bila aku betul-betul susah?
Hmm..depend pada masalah aku.
Ada masa dia orang petama aku cari.
Ada masa..tidak.
Yelah,kami bukan bff yang tiap ari wajib calling whatapps bagai.
Kami bff yang dah lama..dah secure..yang aku tahu walaupun kami lama tak contact,lama tak jumpa tapi aku tahu dia selalu ada.

Sorang lagi bff aku ialah laki aku.
Tak..dia jadi bff aku bukan sebab dia laki aku.
Tapi dia jadi laki aku sebab dia bff aku.
Faham tak beza antara ayat ni?
Kami bermula sebagai kawan baik.
Dan dia adalah manusia yang paling sabar ever dengan aku.
Well aku tahu cinta itu buta tapi aku ni sangat annoying ok..tak tahu camna dia sabar dengan aku..
Paling hebat,dia sanggup teman aku bersalin.
Ok...aku asalnya memang annoying tapi bila aku sakit,aku jadi double annoying dan bila aku sakit tahap bersalin.....aku jadi super menyakitkan hati.
Dia berkali-kali cakap dia geram tengok aku masa tu.
Bukan geram sebab aku lawa gila.
Tapi geram sebab dia rasa nak lempang aku.
Hahahaha...ok aku tak marah.
Sebab aku memang menyakitkan hati.

Hmm...ok sebab arini ahad kan.
Mesti takde orang nak baca entri ni jadi setakat ini saja bebelan aku.
Babai.. :)