Friday, 11 April 2014

Rasa gagal jadi emak sekali lagi

Hai.
Kali terakhir aku down gila camni ialah bila aku terpaksa campur susu rissa dengan fm.
Hmm..sebenarnya banyak gak la saat-saat kejatuhan aku sebagai seorang ibu.
Antaranya ialah bila rissa sembelit dan aku tak tahu nak buat apa.
Pastu......jatuh katil.
Banyak lagilah.
Tapi ni nak cerita benda penting ni.

Tadi aku pegi giant tau.
Pastu aku perasan rissa asyik tengok sorang budak cina ni.
Budak tu dalam 5 tahun kot.
Pastu budak tu main bola.
Rissa pandang budak tu tak lepas.
Then kami terjumpa lagi budak tu dengan mak dia.
Rissa boleh pulak say hi kat budak tu.
Tapi budak tu lari.
Grrr!!
Sian anak mama.

Pastu masa kami kat tempat lain..rissa nampak sorang baby india baya dia jugak la.
Rissa pegi kat baby india ni tau.
Dia berdiri jer depan budak ni.
Papa dia cakap...say hi rissa..baru dia cakap hi.
Then masa nak balik..rissa cakap bye-bye.
Ok anak india ni lagi ramah dari anak cina tadi.

Hah..tu belum lagi aku cerita kisah semalam.
Rissa tetiba pegang budak laki yang lalu sebelah dia.

Kau tahu apa aku rasa masa rissa berdiri depan budak india tu?
Aku rasa sedih sangat dan cuba tahan air mata.
Drama queen betul.
Tapi siyes weh...aku sedih ar.
Sebab rissa takde kawan.
Kami kat sini pun takde sedara.
Ada aku..asben dan mil jer.
Kami tiga orang je yang rissa hadap.

Mana aku nak cari kawan untuk rissa?
Janganlah suh aku bagi adik pulak.
Sebab aku nak tu..sekarang..
Kalau adik..nak kena tunggu lagi 9 bulan.
Lama tu.

Sekarang aku tengah nak survey playgroup untuk rissa..
Yes baby...i'll do anything for u..