Wednesday, 9 April 2014

Mengapa anak suka mengamuk?

Rissa sekarang asyiklah mengamuk.
Aku geram!
Malam tadi,tengah-tengah malam tetiba bangun,pasni terus bah bah ball (panggilan dia untuk hp).
Ok aku bagi.
Pastu dia tak puas hati.
Aku buka video abc...dia jerit berguling tak nak.
Aku buka doc mcstuffin...jerit lagi.
Jerit jer takpe.
Ni siap baling hp aku...siap pakej gigit sekali.
Ohoi aku pantang betul.

Aku cakap kat dia..
Rissa tak baik camni..mama tak nak kawan.
Pastu dia baling lagi hp aku.
Aku punya bengang aku cakap ok rissa buat camni,mama tak nak tido dengan rissa..
Terus aku blah dari bilik.
Dia apa lagi...terus huwaaaa!!
Kuar bilik,cari aku.
Aku dukungla jugak sambil cakap dengan rissa,tak baik buat gitu bla bla bla...

Aku ingat dah settle tapi hah...dia ngamuk lagi..
Menangis-nangis siap nak muntah.
Geram betul aku.
Nasib baik papa dia ada.
Kalau tak aku dah angin satu badan dah.

Semalam pun dia ngamuk gini.
Baling barang.
Pukul kita.
Nenek dia tu..berapa kali ntah kena hempuk dengan dia.
Nasib baik nenek sendiri..kalau orang luar aku rasa mau rissa kena baling dari tingkap rumah aku.

Sekarang ni semua benda dia nak mengamuk.
Mandi kejap,dia marah.
Mandi lama,dia marah jugak.
Pakaikan baju,meraung.
Gosok gigi,dia sibuk nak berus sendiri.

Ni semalam,aku bagi dia makan bran sebab bran banyak fibre.
Rissa kan sembelit.
Tapi kau ingat dia nak makan benda tu?
Kirim salam.
Ni nanti aku kena beli lagi enema la gamaknya.

Rissa oh rissa....