Monday, 21 April 2014

Akibat sering bertukar skincare

Hai.
Aku lately ni kerap bertukar skincare.
Aihh..apa nak jadilah dengan aku.
Pastu dah bertukar tu,aku liat nak pakai pulak.
Akibatnya muka aku banyak bintik hitam.
Banyak gila.
Dan pori aku makin membesar.
Huwaaaaa.
Dah jangan pulak cakap eh kat gambar cantik jer?
Memanglah cantik.
Kan aku dah cakap..camera hp aku ni best.
Aku yang buruk jadi cantik dibuatnya.
Tapi aku tak pakai 360 sebab aku rasa muka aku lagi buruk dengan effect 360.

Aku kan..dulu aku pakai olay total effect.
Lepas aku tak rasa apa-apa efek lepas pakai,aku gatal nak try mary kay.
Aku beli marykay timewise.
Kau tahu kan marykay tu mahal? Bila ingat balik,aku rasa nak puasa sebulan jer..
Lepas guna mary kay,aku rasa takde apa pun.
Sama jer muka aku.

Pastu aku cuba collagen vit e.
Sebab kawan aku cakap best.
Bila pakai kulit aku memang rasa lain.
Halussss jer.
Tapi orang kata dan bila aku teliti sendiri,produk ni memang ada merkuri.
Krim malam dia jenis shiny likat,hah...produk ada merkuri..gitulah..

Then aku try nour ain.
Nour ain ni best...
Aku pakai trial set sampai abis.
Bila dah abis..aku tak cukup bajet nak beli yang baru so aku gatal lagi nak try nutox pulak.
Padahal aku sebenarnya nak try bodyshop.
Tettt!

Tapi aku rasa nutox tak best pun.
Sekarang aku tak pakai apa.
Kulit aku maintain buruk.
Aku ingat nak try set flawless tapi rasa nak try clinique pulak.
Tapiii...keduanya masih difikirkan.
Atau mungkin aku stick dengan nour ain jer?
Nanti aku share lagi.
Nak tengok muka aku ke? Err...takyahlah..
Kekekeke...