Tuesday, 18 March 2014

Sepetang di country garden, danga bay

Hai.

Ini entri bergambar.
Semalam asben cakap rissa nak bubuuu (jalan-jalan.ini bahasa rissa,bukan bahasa iban ye)
So aku balik kerja jer,terus direct pegi country garden, danga bay ni.

Aku suka tempat ni sebab bersih dan cantik.
Paling teruja,dapat guna monopod!!
Dapat ambik gambar sefamily.
Aku suka gambar rissa yang 1st ni..haha..
Pandai tak aku ambik gambar? Cantik kan? Boleh nampak swan tu.. ♥

Aku ada jual monopod tau..kalau nak,sila tinggalkan komen dengan emel uols,nanti aku emel korang. Jangan risau,aku tak publish emel korang tu.

Pastu kami dinner di restoran zz sup tulang. Masa sampai situ,aku terkejut. Lalat banyak gila tau. 

Banyak tahap satu meja tu penuh dengan lalat. Aku dah rasa nak balik tapi nanti asben confirm bising so aku redha jelah.

Kami order nasi putih ayam kunyit untuk aku dan rissa. Tomyam daging. Kailan ikan masin. Nasi goreng kampung dan mee rebus daging. Ada otak-otak gak. Total RM32.

Rissa makan dua suap jer. T_T
Pastu dia sibuk ke sana sini.

Paling aku rasa kelakar ialah terjadinya peristiwa ini :
Tangan rissa kotor sebab dia baru selamba jer ambik mee rebus nenek dia guna tangan. Aku baru nak capai wet tissue nak bersihkan tangan dia sekali tu dia pegi kat air suam yang aku order untuk dia dan terus celup tangan dia dalam tu. Siap percikkan air tu kat nenek dia lagi. Pastu dia senyum. Sebab tangan dia dah bersih. T_T

Good girl.