Tuesday, 4 March 2014

Review : Nour ain skincare

Hai.
Aku memang suka tukar produk muka.
Kalau hari ni kau tengok aku pakai produk korea,esok aku pakai olay..lusa aku pakai benda lain.
Hah...aku memang camtu.
So sila jangan heran kalau aku selalu update pasal skincare.
Sebelum ni,aku guna set collagen vit e plus.
Tapi pastu aku stop.
Tak,bukan sebab ada side effect ke apa tapi sebab aku boring.
So aku beli set kecantikan nour ain ni.
Aku beli set yang murah jer...ada sabun,krim siang dan krim malam.
Aku dah pakai almost sebulan.
Ini review aku.

Sabun pencuci muka
Sabun nour ain ni katanya dibuat dari ektrak minyak zaitun. Yang aku suka pasal sabun ni ialah dia tak mengeringkan kulit. Lepas cuci,muka rasa bersih lembut je. Tapi keburukan dia,dia buat mata aku sakit oi.

Krim siang
Aku suka krim siang nour ain ni sebab dia cam bb cream. So aku tak payah pakai bedak ke hapa..pakai jer krim siang dia,dah ok dah. Macam kita guna bb cream. Krim ni serasi dengan kulit aku. Lepas pakai,tak rasa kulit kering atau rasa berminyak. Dia cepat meresap dan muka pun tak cakey..

Krim malam
Krim malam nour ain bekas dia kecik gila sebesar coin 20 sen. Sedih aku. Tapi krim malam ini memang berbeza tekstur dia dengan krim malam collagen vit e plus. Memang lain. Result dia lebih kurang sama.

Keseluruhannya,lepas pakai nour ain,kulit aku taklah cantik flawless tapi bintik putih kat dagu memang hilang. Kulit rasa lebih lembut. Pastu bila kena matahari,kulit aku tak rasa perit. Rasa biasa-biasa je. Cuma dark circle masih ada. Dan garis bawah mata pun ada lagi. Huwaaaaa...
Aku rasa aku akan kekal kot dengan nour ain ni. Agaknya. Sebab harganya berpatutan dan aku boleh nampak kesan dia walaupun takla drastik..tapi oklah. Yang penting,produk ni selamat.


Lepas ni aku nak minum collagen. Korang suggest ye apa collagen yang best..