Monday, 24 March 2014

Resepi ketam masak sambal yang paling simple

Hah...ni nak share resepi mummy mertuaku yang dia masak sabtu lepas.

Resepi ini teramatlah simple dan senang...guna 4 bahan sahaja. 

Ya, 4 bahan sahaja  tau.
So ini resepinya..

Bahan-bahan terdiri daripada 4 ekor ketam hidup, 1 tin sambal udang yeo's, tiga biji telur ayam dan sedikit garam/perasa.

Cara masak.

1. Potong ketam.

2. Panaskan minyak. Masukkan sambal udang yeo's. Kemudian,masukkan ketam. Gaul hingga sambal udang tersebut sebati dengan ketam.

3. Bila ketam dah masak (kulit dia dah kemerahan),pecahkan 3 biji telur dan kacau.

4. Rasa sikit. Kalau tak cukup masin,tambah garam. Tapi selalunya tak perlu pun. Sebab sambal udang tu dah masin.

5. Sedia untuk dimakan.

Nampak tak betapa senang gila? Masak tak sampai 10 minit pun. Bagi orang yang tak reti makan ketam macam aku,aku makan jer isi telur ni tadi. Wakaka..
Aku tak kata ni masterchef punya resepi. Ni resepi senang sedap simple jer...cuba tau!