Tuesday, 11 March 2014

Produk murah yang menghilangkan parut dan stretchmark

Hai.
Adakah korang mengalami masalah stretch mark selepas bersalin? Atau adakah anda mengalami masalah berparut di badan akibat ekzema? Kini aku telah menemui penyelesaiannya..cewah! Tak,aku bukan jual barang. Ini sebenarnya entri review produk.

Meh aku share sikit apa masalah kulit aku.
Sejak dah bersalin ni,badan aku tetiba ada stretch mark kat tepi perut. Jalur putih kat perut,hodoh tau.
Tapi itu takpe lagi.
Masalah yang lagi besar ialah aku ni penghidap ekzema.
Badan aku banyakkkk sangat parut-parut kehitaman.
Tak caya sila tanya laki aku.

Tapi aku taklah kisah sangat pasal tu.
Lantak lah..laki aku pun tak kisah.
Cuma kebetulan lately ni aku terfikir...aku dah tua dan aku takde makan apa-apa supplemen pun.
Aku nak cari supplemen yang murah dan selamat sebab aku masih menyusukan rissa.
So kawan blogger suggest kat aku cuba virgin coconut oil. Thanks iza....

Sebab aku tak dapat nak telan biji pil yang besar gabak macam shaklee walaupun shaklee pun bagus gak sebenarnya.
Jadi aku pun beli vco catalyst. Harga dia dalam 30++ gitulah. Lupa pulak. Dalam satu botol ada 60 capsule dan untuk dimakan 2 biji sehari. Tapi tahu jelah aku ni tak suka telan pil so aku makan sebiji sehari. Tu pun kekadang aku tercekik gak walaupun capsule dia kecik je pun. Aku makan dengan niat nak bagi supplemen untuk badan..tak terlintas pun nak percaya apa khasiat vco ni sebenarnya.
Dah almost 3 minggu aku makan vco catalyst..aku tetiba perasan kesannya..

Meh aku review vco catalyst ke atas badan aku ye.

Stretch mark aku yang berjalur-jalur kat perut 80% hilang. Kalau nak tengok stretch mark aku sekarang..kena perati betul-betul padahal dulu sebatu dah nampak.

Parut ekzema aku yang hitam (banyak sangat ok) dah kurang sangat. Almost 70% kurang. Dulu parut tu hitam..sekarang tinggal bekas sikit-sikit jer..laki aku pun tegur. Dia kata parut kat badan aku jelas dah kurang.

Parut ekzos (hah,parut ni rasanya mostly bebudak seusia aku ada) kat kaki aku dah pudar.Dulu parut ni clear sangat sebab kaki aku kan konon-konon cerah. 

Parut bekas bisul kat pun berkurang. Masa form berapa ntah..aku pernah kena bisul yang teruk di kaki. Dia meninggalkan parut buruk warna itam. Sudahlah buruk,bila disentuh,permukaan dia cam kasar. Sekarang..permukaan dia halus jer uolsss..

Itu jelah setakat ni hasil vco kat aku. Kalau nak kata lepas makan vco..muka aku tetiba jadi berseri bagai tu,setakat ni aku nampak biasa jer. Rambut aku pun buruk jer macam biasa tapi yang pasti,rambut aku dah tak gugur. Tak taulah sebab vco atau shampoo.
So kalau ada yang rasa nak hilangkan parut di badan dia,tryla makan vco. Murah jer pun. Selamat untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. Sedikit tips (padahal satu tips jer.hahahha)...kawan aku, etty (mama umar raihan) kata..kalau nak pilih vco,tak kisahlah jenama apa,pastikan vco tu tak wangi. Takut ada campuran benda lain dalam tu. Pilih yang 100% pure virgin coconut oil.

Ok sekian review vco catalyst aku. Bye! ♥