Sunday, 9 March 2014

My protective daughter

Hai.

Tajuk omputeh tapi isinya melayu?
Tetttt!
Aku nak cerita pasal tia clarissa ni.
Dah lama perasan perangai dia yang satu ni tapi tadi 1st time aku nampak dia betul-betul menunjukkan sikap dia tu.

Tadi,aku bergusti lengan dengan asben.
Wakaka..aku memang takde keje..saja nak test power.
Pastu bila dah nak kalah,aku terjerit...
Sekali tu,rissa terus melalak nangis.
Sebab dia ingat aku sakit.
Terus aku peluk dia pujuk dia.
Tersedu-sedu dia nangis bercucuran air mata.

Itu yang paling obvious la.

Yang lain,bila papa dia urut aku.
Dia tak bagi hokey.
Bukan main dia tolak tangan papa dia.
Pastu membebel bahasa jerman.
Aku tau,dia ingat papa dia pukul aku sebab dia tahu pukul tu sakit..
Errr cane dia tau?
Sebab aku kekadang terpukul dia.
TER ya..aku bukan sengaja dan bukan belasah dia pun.

Risau aku. Yelah...bukan tabiat yang baik bila dia terima bahawa makna marah ialah pukul. Aku kena jaga tangan aku pasni. Tak nak terpukul rissa lagi. Sorry baby.

Pastu bila aku marah dia,dia tahu gak.
Selalu situasi gini berlaku :
Mama : Haip rissa!! Noooo..
Rissa : noooo.
Mama : mama marah nanti.
Rissa : (terus pukul aku)
Mama : rissa tak boleh pukul mama.tak baik.
Rissa : #@%&#* (bahasa jerman)
Mama : awak bad. Mama marah nanti.
Rissa : bad bad bad.

Terus cebik mulut nangis huwaaaaaaaa!
Kalau nenek dia marah dia,dia marah nenek dia balik.
Siap pakej baling barang bagai.
Hai lah anak!
Tapi pastu aku salu cakap kat dia...rissa good girl kan? Good girl tak marah mama. Good girl dengar cakap. Good girl sabar. Mama sayang rissa tau.

Kami sekeluarga usaha nak didik rissa. Semoga dia jadi anak yang baik. Anak yang sabar. Anak yang menyenangkan hati. Walaupun sukar,tapi at least kita cuba kan?

#prayformh370