Saturday, 8 March 2014

Masalah aku yang paling besar

Hai.

Tahu tak...aku sejak masuk umur 26 tahun ni,aku punya self confidence memang jatuh merundum.
Aku rasa tak cantik,rasa gemuk,rasa tua.
Yerrr...aku tau orang akan kata...baru 26 kot,relax ar.

T______T

No.
Aku dari kecik memang fizikal besar.
Aku jenis rangka badan besar.
Dan rissa jenis ikut genetik aku,poor babygirl.
Walaupun aku makan sikit,aku tetap nampak besar.
Dan metabolisme aku sangat rendah.
Sangatttt rendah tahap kalau orang lain joging dah basah lencun peluh,peluh aku baru setitik jer kuar.
Sejak aku dewasa,paling kurus ever aku ialah 55kg.
Dan pastu terus naik dan naik dan naik.
Sekarang mimpilah aku nak berat 55kg tu.
Berat peha kiri aku jer kot 55kg tu.

So apa masalahnya kalau aku besar?
Masalah paling aku benci ialah aku nampak gemuk gila dalam gambar.
Pastu bila nak pakai tshirt,lengan aku besar macam bodybuilder.
Haih!

Itu belum lagi aku cerita pasal muka aku.
Kalau orang tengok dalam gambar,orang kata kulit aku licin lawa.
Laki aku kata aku cantik dalam gambar walaupun realitinya aku tak cantik pun.
Cis! (Aku tak edit gambar aku dan hp aku takde 360. Sekian)
Gambar aku nampak ok sebab kamera samsung note 2 ni adalah sangat terbaik ever.
Kalau orang tengok depan-depan pun,orang cakap lawa kulit aku walaupun orang salu kata muka aku pucat sebab aku malas bermekap.
Tapi realitinya,aku tengok kulit aku banyak bintik hitam dan pores aku besarrrrr.
Pastu aku dah ada kedutan.
Bawah mata aku banyak seed oils.
Aku memang takde jeragat atau jerawat sebab kulit aku memang jenis kering.
Tapi uhhhh...aku nak kulit cantik tanpa bintik hitam!

Jadi sekali lagi aku cakap,aku nak makan collagen.
Tapi aku tau,collagen takkan buat magic kat muka aku.
Errrr..walaupun aku harap sangat collagen buat magik.
Aku teringin bila orang teka umur,diaorang kata aku 23..atau 26..dan bukannya 30-an seperti yang orang selalu cakap.
Sedih tau tak bila orang asyik cakap aku ni 30 an!
Ya,aku nampak tua. Aku tahu.
Huwaaaaaa...

Takpe,sekarang aku tengah survey collagen yang paling murah dan berbaloi.
Nanti aku share.
Payday ni aku beli.
Dan aku nak kurus.
Rara,pasni siaplah..i nak join u diet gak! *sambil bayang rara komen....tulah orang suruh diet tak nak*
Bye roti canai garing dua keping extra kuah kari...
Bye mega mac.
Sobss.