Thursday, 6 March 2014

Kisah membeli kek

Hai.

Aku nak cerita ni.
Semalam aku pegi beli kek di Plaza Angsana, JB.
Bukan kek birthday..tapi kek swiss roll murah jer.
Kedai kek tu betul-betul tepi UO..ground floor.
Pastu..ada lah sorang perempuan ni keje kat situ.
Aku cakap kat dia..dik,akak nak kek ni dan ni (sambil tunjuk)..
Pastu dia tak senyum tak cakap apa..ambik kek tu.
Pastu aku cakap lagi..dik,akak nak swiss roll tu jugak.
Pastu dia pandang aku tapi tak senyum langsung.
Terus aku cakap...akak nak perisa coklat ye..
Dia pun ambik la kek tu.

Kau bayangkan..dekat 5 minit..dia langsung tak cakap sepatah kata langsung..senyum apatah lagi. Memandangkan aku ni mood tak berapa nak baik semalam..terus aku cakap kuat-kuat kat asben yang tengah dukung si rissa...kami masa tu tengah berdiri depan budak tu.

Rupanya dia ni bisu. Kenapalah kedai ni ambik orang bisu buat kerja. Kesian betul.

Laki aku pulak boleh tanya..mana awak tau dia bisu?

Aku jawab jer..tengok,dia cakap langsung.

Pastu kan..masa bayar kek tu,budak ni masih jugak buat muka kerek kat aku. Tapi aku tak layan dia. Koser!! Dan aku confirm dia tak bisu ok. Jangan kata aku mengutuk OKU pulak. Sebab aku nampak dia elok jer bercakap dengan pelanggan lain sebelum aku. Ntah apa yang dia tak kenan tu..aku tak taulah.

Lain kali tu..kalau orang nak beli barang,sila senyum hokey. #customerisalwaysright