Monday, 17 March 2014

Kenapa bila masak makanan...selalu tak jadi?

Hai.
Masa mula kenal asben,aku cuma reti masak yang simple jer. Masak air,nasi,nasi goreng,goreng hotdog nugget..hah..yang tu jelah.
Pastu bila aku masak,selalu sangat tak jadi.
Jangan cakap sebab aku tak ikhlas,sentap aku kang. Haha..

Ok...so aku ada jawapan pasal beberapa persoalan mengenai masakan yang aku dah tahu setakat ini. Aku share yer..

Q : Tangan saya pijar kena cili. Omg!!!
A : Ni sangat selalu jadi kat aku sebab aku tak suka ambik cili guna sudu. Caranya mudah saja...rendam jari tu dalam air garam. Dalam 10 minit dah lega.

Q : Apakah maksud tunggu sampai pecah minyak?
A : Dulu aku ingat pecah minyak ialah minyak tu berpecah-pecah. Direct translation katanya. Tapi sebenarnya pecah minyak ialah istilah yang digunakan bila kita tumis sesuatu pastu bila minyak tu dah start terpercik-percik,itulah pecah minyak.

Q : Kenapa ayam yang saya goreng tidak masak walaupun dah 15 minit? Pucatttt jer ayam tu.
A : Ini terjadi kat aku. Hoho..Mil aku kata aku kena besarkan api dan tutup kuali dengan penutup kalau nak cepat. Aku plak guna api paling kecil. Hahah..

Q : Saya beli cili padi seplastik besar. Tapi saya letak dalam peti ais..tiga empat hari dah rosak. Dahlah cili mahal. Grrr!
A : Mil aku ajar gak. Amik cili tu dan bersihkan. Pastu dalam satu bekas kecik,sediakan air garam dan simpan cili dalam tu. Cili tahan lama dan kepedasan dia maintain.

Q : Apa rahsia penting buat asam pedas yang sedap?
A : Tumis rempah dia sampai garing dan pecah minyak. Nak cepat garing,besarkan api.

Q : Bawang merah ada 2 jenis,apa bezanya?
A : Bawang merah besar lebih murah dari yang kecil tapi bawang merah kecil lebih manis dan wangi daripada bawang merah besar.

Bawang merah yang besar adalah berbeza dari bawang holland ye. Bawang holland tu bawang yang orang selalu campur sardin. Yang kulit dia kaler oren.

Q : Kenapa magic pan saya cepat rosak?
A : Lepas guna,time dia masih panas,jangan terus curah air. Tunggu magic pan tu sejuk dulu.

Q : Bagaimana cara menghilangkan kunyit di tangan?
A : Tak payah hilangkan pun. Kunyit di tangan means kita masak dan kunyit takde efek buruk untuk kesihatan pun. Bukannya kita cat kuku ke apa. I cannot brain lah orang yang tak suka kunyit di tangan.

Q : Saya ibu bekerjaya. Bagaimana saya nak masak untuk anak saya sebab saya nak dia makan makanan berkhasiat dan selamat?
A : Malam sebelum tido,letak ayam/daging/ikan yang ingin dimasak di bahagian chiller. So esok pagi,senang nak prepare. Next,bangun awal.

Q : Apa itu lengkuas dan macam mana nak handle lengkuas?
A : Aku baru kenal lengkuas 2 tahun lepas. Erk! Lengkuas ni macam halia tapi dia kaler pink. Batang dia keras. Aku tanya mami aku,camna nak potong benda alah ni? Mami cakap, ambik jer bahagian yang lembut dalam batang dia tu. Ok fine. Masalah settle.

Q : Bagaimana nak potong ayam?
A : Ada orang tak pandai potong ayam dan ni pun aku cannot brain jugak. Potong jelah ayam tu. Bukan nak join pertandingan potong ayam paling lawa pun. Apa pun..cara senang..potong ayam di bahagian sendi dia.

Q : Takut siang ikan.
A : Hah...yang ni aku no problem. Bila siang ikan,aku kikis sisik dia dalam besen kecil berisi air. Jadi asben aku takdelah membebel bila sisik ikan tu terpercik ke sana sini. Nak bersihkan ikan,potong bahagian perut dia pastu keluarkanlah segala insang perut dia tu. Senang.

Siang ikan keli leceh sikit. Lepas bersihkan perut dia buang kepala bagai..ambik garam halus dan lumurkan pada ikan keli tu. Macam bagi keli tu skrub badan. Ini untuk hilangkan lendir di badan ikan keli. Tips ini diberi oleh mak mertua ku yang ohsem!

Hmm..apa lagi ye? Itu jelah tips yang aku dapat kongsikan. Aku jenis tak tahu masak langsung tau. Memang zero. Tapi aku belajar sikit-sikit. Belajar pecahkan telur dengan sempurna. Belajar ini..belajar itu. So sekarang ni aku bolehlah masak sikit-sikit. Kalau ada yang tak tau masak,jangan putus asa tau.

p/s : Aku masih tak pandai goreng ayam. T_T