Wednesday, 19 March 2014

Jom bergaya dengan peplum moden!



Siapalah yang tidak kenal dengan empunya kepada gambar ini. Baik generasi lama mahupun baru, malah hingga kanak-kanak pun semua tahu tentang figura terkenal ini. Biduanita unggul Saloma sangat terkenal pada zaman kegemilangannya. Malah auranya merentasi generasi sehinggi kini. Apabila disebut sahaja tentang beliau pastinya ada dua perkara yang akan terus terlintas di fikiran kita iaitu ‘suara emas’ dan ‘ikon fesyen’.


Saloma amat dikenali kerana dianggap sebagai fashion icon pada zaman generasinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan trend peplum dicetuskan oleh beliau. Kini trend tersebut tercetus kembali dan menjadi kegilaan para wanita di luar sana. Di merata tempat ‘style Saloma’ digabungkan dengan pakaian-pakaian tradisional dan diberikan sentuhan yang lebih segar dan moden.

Sebagai contoh style peplum digabungkan dengan baju kurung moden dan menjadi peplum kurung atau baju kurung peplum. Gabungan style lama dan baru ini mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen. Jika diperhatikan semua pereka fesyen juga mengambil peluang atas kehangatan ini untuk mencipta koleksi indah mereka sendiri. 



Bagi penggemar fashion atau fashionista trend seperti ini sentiasa dinantikan oleh mereka. Kerana kemunculan trend baru atau kemunculan semula trend lama yang diberi nafas baru bermakna mereka dapat menggayakan style yang sedang hangat di pasaran.

Ramai selebriti tempatan turut mengenakan persalinan yang mempunyai ciri-ciri style peplum. Antara contoh paling menonjol ialah penyanyi nombor satu tanah air Dato’ Siti Nurhaliza dan si jelitawan Nur Fazura. Mereka berdua tampak selesa menggayakan style tersebut. Malah ianya menyerlahkan keanggunan dan personaliti mereka sebagai artis terkenal dan tersohor Malaysia.


Selain daripada ‘fusion’ style peplum dengan pakaian tradisional, style ini juga digabungkan dengan persalinan moden dan dijadikan top menggantikan blouse atau t-shirt wanita biasa. Kini anda boleh tampil lebih menarik dengan peplum top yang terdapat di Zalora. Mereka menawarkan peplum top dengan pelbagai warna dan rekaan daripada jenama-jenama terkenal. Shopping online adalah jawapan kepada mereka yang tidak mempunyai masa dan mahu menjimatkan wang.

Pfffttt! Nampak tak betapa skema abis macam text ucapan menteri jer? Hahaha...apa pun, nak bagitau korang..servis Zalora sekarang dah tip top okey? Dulu aku pernah buat entri kutuk zalora kan? Wakakaka...sekarang semuanya telah berubah. Diaorang dah upgrade servis dah.

YA....PERKHIDMATAN ZALORA TELAH DITINGKATKAN!

Sekarang ni,tengah ada sale kat zalora malaysia. Korang pegilah tengok. Next week pun dah gaji kan? Jom shopping peplum! Kita try guna peplum plak pasni..