Thursday, 27 March 2014

Finger painting bersama tia clarissa

Hai.

Aku selalu tiada masa untuk rissa.
Yes,im not a perfect mom,i know.
Tapi aku usaha untuk bagi masa aku lebih sikit kat rissa.
Dan semalam,masa aku pegi kat popular book store,aku terjumpa finger paint ni.
Wah,aku teruja ok!!
Murah pulak tu.
Harga asal RM10.90...diskaun 25% so harga dia dalam RM7 gitu lah. (kira sendiri)

Sebelum beli cat gini,kena pastikan yang ianya toxic free tau.
Finger paint aku beli ni memang toxic free,acid free,safe dan WASHABLE.
Tapi itu tak bermakna ianya boleh dimakan.. *rissa please take note. tak boleh makan ni sayang..

Sebelum tu,aku tanya nana mama ayish..camna nak handle cat ni? Nana tanya cat ni liquid ke powder..aku jawab macam krim muka. Kehkehkeh..nampak tak betapa aku takde seni langsung?

Aku cedok sikit cat ni,letak dalam bekas telur sebab aku sayang nak pakai mangkuk banyak-banyak. Pastu yang paling stress,aku lupa beli berus cat. Maka terpaksalah aku korbankan foundation brush ecotools aku. Huwaaaaa...

So lepas rissa makan semalam (papa dia tolong bagi makan,senang hati aku),aku buka baju dia dan bagi dia pakai pampers je dan aku bawa rissa ke bilik mandi.

Memula dia takut.
Rissa cam eh..mama bagi tangan iols kotor? Biar betul mama ni??
Aku cakapla kat dia warna tu..
Red green yellow.
Dah lama-lama,dia teruja.
Conteng muka. Conteng kaki. Conteng mama. T__T
Aku cakap rissa,ni brush....dan tunjuk kat dia berus tu.
Dia terus masuk dalam mulut. Sebab ingatkan tu berus gigi.
Yelah,mama tau mama suka cakap brush your teeth kan? Tapi this is not that kind of brush lah rissa...

Dah habis main,aku cuci gitu jer.
Ajar rissa wash hand..
Guna air,cat terus tanggal.
Senang hati mama.
Senang hati rissa.

Selamat mencuba dengan anak korang. Gambar rissa tak cantik sebab bilik mandi aku gelap.huhu..