Thursday, 13 March 2014

Apa patut dibuat bila terjumpa pembaca blog kita?

Hai.

Kelmarin balik kerja jer,kami sekeluarga pegi ke aeon bukit indah.
Niat nak ajak rissa makan kfc sebab budak tu tak pernah makan kfc.
Sekali tu..kfc tutup. Last-last makan kat black canyon je.

Masa tengah tunggu order,tetiba ada sorang perempuan lawa ni approach kami.
Dia senyum kat aku...
Aku senyum balik.
Senyum lebar.
Padahal dalam kepala aku..eh sape ni? Lawyer ke..kerani ke..kawan sekolah ke..
Pastu dia kata..saya baca blog awak..
Aku lagilah terkejut.
Hah,ada orang baca blog aku??
Tapi aku control lagilah senyum tu..
Sempatlah dia tanya sket..aku tak keje ke..aku jawab keje. Baru balik la ni..pastu aku terus cam krik krik krik..aku segan sangat. Tak tau nak cakap apa.. sempatla berbual seminit dua.

Laki aku plak sibuk cakap lepas dia pegi..waaahhhh,awak dah glemer sekarang. Puiii..glemer sangat. Haha..dia tak tau bini dia punyalah nebes.

Kalau si dia tu ada baca entri ni...maaf ye awak...saya dahla tak tanya nama awak.tak salam..tak buat apa pun..sorry tau..saya memang tak reti nak bergaul dengan orang sangat..