Monday, 24 February 2014

Tia clarissa : 1 tahun 4 bulan

Haiiiii....

Sebelum apa-apa..entri ini ditaip sebab aku nak rekodkan perkembangan anak aku. Bukan sebab nak riak. Bukan sebab nak menunjuk dan paling penting bukan sebab alaaaa..anak aku baru sorang,bolehlah update cenggini. Cuba kalau anak dah 10. Ntah apsal orang suka cakap gitu. Haih!

Dahlah..kembali pada tajuk.

Berlari. Ye..rissa dah pandai berlari tapi belum terer sangat.

Memanjat. Aku cam tak percaya yang dalam satu hari,aku akan tengok anak aku yang aku anggap baby 3 bulan sepanjang masa tu akan mula panjat kerusi,panjat meja,panjat sofa. Dah besar anak mama.. :')

Suka pakai topi.
Dia panggil topi sebagai hat. Apa-apa objek seperti gayung mandi,periuk,mangkuk..hah..semua dia letak atas kepala dan cakap hat. Tapi kalau topi betul-betul,dia tak nak pakai. Bayangkan dia ke sana sini pakai periuk. T___T

Mengenal objek.
Yang ni kan..memang betul orang kata. Buku itu bagus. Flash card tu elok. Tv tu elok. Banyak sangat benda yang rissa kenal melalui 3 medium ni. Antara yang dia kenal dan pandai sebut ialah animals iaitu duck,bee,sheep (dia kenali sheep sebagai baaaaa),cow (rissa panggil cow tu moo) ,pig, bird, snake, mouse,bear, chick,horse..pastu apa lagi ek...

Rissa kenal egg. Pastu istilah sit,jumping,spinning..yang tu dia reti dan pandai sebut. Tapi dia sebut jumping sebagai ping dan spinning sebagai pin...Yang satu kelakar sikit. Aku kan ada bagi rissa tengok video yang mimi mama rafif share tu kan..yang A is for apple..a a apple..apa ke nama ntah video tu. Lupa pulak..so selalunya kalau dia tengok apa-apa..dia mesti akan ulang tiga kali. Contoh ball. Rissa akan cakap ball ball ball..haha..Lately ni jer dia boleh jawab dengan betul iaitu sepatah perkataan jer. Takyah dengar ball ball ball
..cat cat cat..dog dog dog.. T___T

Sekarang aku cuba dan usaha untuk tunjuk flash card abc kat rissa. Walaupun aku balik 5 petang dan rissa tido selalunya pukul 8 malam. Dia belum kenal abjad pun. Aku saja je nak biasakan dia kenal buku..setakat ni,dia cam burung tiung. Aku cakap A..dia sebut A. Aku cakap B..dia sebut B..hehe.

Itu jelah kot..nanti update lagi..