Thursday, 6 February 2014

Rasa tertipu oleh doktor

Aritu berborak dengan syima (kawan blogger aku) pasal dia kes lebih kurang sama gak tapi ni aku saja nak share pengalaman aku.
Masa tu,punggung rissa melecet dan dia sembelit.
Melecet yang teruk gak.
Satu malam dia menangis,pukul 3 pagi baru tido.
Ohoiii..ko bayangkan..
Kejadian ni berlaku masa maharajalawak suku akhir yang tema silent tu *eh apa kena mengena?
Memandangkan ari sabtu dan hospital yang aku selalu pegi tutup time tengah hari,so aku decide pegi hospital yang dekat jer.
So kami pun pegilah.
Sampai kat hospital tu (hospital swasta,aku tak nak gi hospital kerajaan sebab dah tengah hari,nanti lama nak tunggu)..kami register macam biasa..timbang rissa..ukur rissa..

Pastu jumpa doktor.
Doktor tanya sakit apa.
Aku pun explainlah.
Pastu doktor suggest bagi rissa frisolac comfort..
Dan pasal melecet dia tu,doktor nak bagi hydrocort.
Aku dah cam nak terpitam pun ada..
HYDROCORT!!
Aku ni ada ekzema dan bila doktor bagi aku hydrocort,dia siap explain SAPU NIPIS,JANGAN APPLY BANYAK.
Tapi doktor ni senyap jer..macam dia bagi krim biasa yang takde apa pulak kat rissa.
So aku tanya...boleh ke bagi baby hidrocort?
Hah..ni baru dia cakap boleh. Sapu nipis.
Oklah..fine.
Lactulose dia tak bagi sebab rissa dah ada ubat tu.

Kenapa aku cakap aku rasa ditipu?
Sebab....that's all!!
Bila aku jumpa doktor razlina yang kat columbia asia tu,walaupun aku cakap rissa sembelit,tapi dia siap check badan rissa..degupan jantung bagai.
Doktor ni..sentuh rissa pun sekali jer.
Dengan tak friendly..dengan mainan yang dia sediakan dah buruk..berconteng..
Mungkin sebab dia doktor lelaki.
Pastu dia nak caj 100++.
Kau nak aku bayar?
Kirim salam.
Aku tak ambik pun ubat tu.
Sebab aku tau dia nak bagi hydrocort dan sampel frisolac comfort.

Aku akui aku bukan jenis parent yang banyak tanya.
Dan bukan jenis parent yang pakai baju mahal-mahal mekap seinci perfume menusuk idung tapi tak bermakna aku tak tahu langsung pasal ubat.
Even doktor kerajaan pun jauh lagi bagus tau! Selalu explain nak bagi ubat apa kat aku.
Aku cukup tak gemar orang gini yang bila bercakap...kau sebut pelbagai istilah perubatan kat aku yang naif pasal perubatan dan kau tak explain kat aku apa baik dan buruk ubat tu.
Kau ingat aku kagum sebab nama ubat tu canggih?
Hello!

Kau jangan cakap..kalau aku bijak sangat,kenapa nak sibuk jumpa doktor?
Tak..bukan gitu.
Aku tak salahkan keputusan doktor nak bagi ubat kat anak aku.
Aku cuma harapkan penjelasan pasal ubat dan aku harapkan dia check anak aku dan bukan sentuh dengan hujung jari saja.
Sebab aku bayar mahal untuk servis dia.

So kepada parents,korang jangan simply bagi sebarang ubat/makanan/apa-apa kat anak.
Apa-apa bahan yang kau tak tahu berasal dari mana dan diperbuat dari apa,eloklah kau tak payah ambik unless kalau betul-betul perlu.
Dan minta layanan yang baik dari doktor yang kau bayar.
Dia tak layan...kau tak payah bayar servis dia.