Monday, 10 February 2014

Produk penjagaan diri tia clarissa

Amaran..ini entri panjang.

Hah..kau ingat maknya aje ada produk muka nak cantik-cantik ni?
Anak dara iols pun ada tau.
Sekarang aku bagi scene ok..sila bayangkan!

Tia clarissa baru selesai dimandikan oleh aku. Dia mandi guna moogoo milk body wash. Sambil terkedek-kedek,dia pun berjalan sambil diiringi maknya untuk bersiap. Ok,selepas dibaringkan...maka cara-cara rissa bersiap pun dimulakan.

1. Mula-mula aku akan lap rissa sampai kering. Ingat ye..kalau lap anak,jangan gosok badan dia. Tapi tekap-tekapkan ajer tuala tu. Kulit baby kan sensitif.

2. Kemudian, aku pun mula sapu losyen. Sapu di bahagian kaki dulu..pastu diikuti dengan perut,lengan dan tangan.

Aku guna losyen pigeon sakura. Sebelum ni aku guna full cream moogoo. Aku tukar-tukarla sebab boring asyik guna losyen yang sama. Kalau pilih toiletries anak,pastikan pilih yang tiada paraben. Pilih yang selamat untuk anak. Jangan berkira part ni tau. Kulit kan organ terbesar di badan kita..

3. Next aku picit sikit minyak jerslin. Sapu kat belakang buku lali rissa dan pipi dia. Minyak jerslin ni sangat bagus tau. Memula aku pun tak confident nak beli tapi bila baca review yang elok,even kak mimy hamid pun suggest..maka aku beli gak. Sangat berkesan. Aritu pipi rissa ada merah,cam ruam apa ntah..aku sapu macam-macam termasuk tepung ubi tapi tak hilang. Pastu aku sapu minyak jerslin,hilang dan licin pipi anak dara aku. Waaaa...kagum!

Aku beli jerslin oil di kiosk biasa jer. 40ml harga RM25. Aku cuma kureng gemar dengan bau dia jer. Kuat gila.

4. Buat masa sekarang,bawah pusat rissa ada bintik-bintik sikit jadi next step,aku sapu isb moogoo. Isb ni bagus. Menghilangkan gatal. Buku lali rissa ada cam gatal tau. Sebab tu dia tak boleh guna kasut bertutup. Jadi bila dia tergaru-garu,aku sapu jer isb. Kena kerap sapu la. Dalam sejam sekali. Produk moogoo ni semuanya elok ye. Selamat kalau anak kita termakan. Cuma dia fragrance free.

Okey,sekarang masa untuk pakaikan rissa pampers. Siang aku pakaikan dia pet pet/drypers..malam rissa guna mamypoko.

5. Last sekali,aku sapu minyak yu yee. Kat perut..dada..tapak kaki..lutut dan ubun-ubun kepala. Nenek rissa cakap,even kalau cuaca tak elok/sejuk/hujan..dia pun akan sapukan yu yee kat rissa. Takut budak tu sakit perut. Hah,lagi satu..tiapkali tukar pampers anak time dia berak ke apa..sapu gak minyak yu yee ni. Seperti yang semua orang tau,minyak yu yee sangat elok untuk perut kembung. Sangat bagus!

6. Ini rutin pagi jer..kalau malam tak buat yer. Lepas mandi pagi,i akan sapukan minyak kelapa pada rambut rissa.

7. Ini tambahan ye. Hari tu punggung rissa melecet sebab dia sembelit asyik berak sikit-sikit. So setelah fikir panjang,aku beli drypolene. Aku tak cadangkan drypolene untuk rashes lebih-lebih lagi kalau anak masih baby sebab produk gini tak elok. Takut ada steroid. Unless terpaksa. Terpaksa. Aku sapu gak la..dalam seminggu..syukur dah sembuh.

Kalau banyak sangat nyamuk,aku pakaikan mozzie buds ni. Mozzie ni takdelah berkesan menghalau nyamuk tapi bolehlah. Aku takkan beli lagi produk ini.  Yang last ni,angel baby earth mama. Balm ni bagus tapi dah habis pulak. Kalau rashes yang serius gila,takleh pakai ni. Kalau takat belas gigitan nyamuk atau luka kecik,boleh pakai balm ni. Elok.

Ok..sekarang barulah pakaikan baju dan seluar. Hah,masa ni rissa selalunya akan meragam nak lari ke sana sini. Melalak nangis semua ada. Haih! Selalunya aku takkan dapat nak sikat rambut dia pun. Wakaka..

Apapun...cara-cara penjagaan diri anak aku yang tersayang dah siap!