Sunday, 23 February 2014

Pernahkah kau rasa apa yang aku rasa?

Hai.

Pernah tak orang ada orang yang korang terlalu sayang...lepas tu satu masa tu..korang terpaksa lepaskan dia pergi?

Aku bercakap pasal anak yer..bukan kekasih. Huhu.
Tia clarissa sekarang dah besar.
Dah berani.
Dah pandai berjalan dan berlari.
Dulu..kalau keluar,rissa nak mama dukung.
Takpun..rissa nak mama pegang tangan.
Sebab dia takut kat orang..

Sekarang....
Rissa dah tak takut kat orang.
Orang pegang dia..dia buat muka selamba jer.
Kalau keluar,rissa dah berani berlari ke sana sini.
Pegang itu ini.
Ambik barang kat mall.
Dah tak nak mama pegang tangan dia.
Dah pandai nak jatuhkan diri kalau kita dukung.

Huwaaaaaaaa....

Tak. Aku bukan marah dia gitu.
Aku sedih sebab macam rissa dah tak perlukan aku.
Kau tahu tak..bila rissa berlarian sendiri,aku risau sangat tahap macam nak gugur jantung aku ni..
Sampai asben aku cakap..rissa boleh buat. Jangan risau. Percaya kat dia..
Isk! Aku bukan tak yakin dengan rissa tapi aku risau kalau dia jatuh..kalau dia sakit..kalau dia tetiba kena culik ke hapa.. erk padahal dia berlarian tu depan mata aku je pun..

Bila rissa jalan sendiri di tempat awam..aku sampai tahan nafas dan menahan diri dari lari kat dia dan pegang dia. Sebab aku risau.

Dah lumrah kita mak-mak ni kan?
Nak lindungi anak.
Yelah...dari dalam perut,kita yang jaga dia.
Kita yang melindungi dia,bagi dia makan.
Kita yang lahirkan dia.
6 bulan pertama,kita yang bagi dia makanan dari susu kita.
Dia bergantung sepenuhnya kat kita.
Ni dah besar sikit,bila kita nak lepaskan anak kita,kita rasa sedih dan terharu..
Itu apa yang aku rasalah. Tak tahulah orang lain.

Patutlah mami aku pernah cakap..
Nanti kau dah jadi mak,baru kau rasa sendiri.