Friday, 14 February 2014

Kau pergi jua

Ini entri panjang..

Aku bukan orang yang jenis meluahkan sesuatu secara berdepan..
Jauh sekali kau nak harap aku peluk orang yang aku sayang...termasuk mak aku.
Tak...aku tak biasa gitu.
Aku berani peluk laki aku dan rissa sahaja.
Aku officially keyboard warrior.
Jadi entri ini aku nak luahkan perasaan aku..

Kematian.
Selama ni..aku selalu bayangkan..bila kita mati,badan kita akan dikebumikan dan reput dimakan ulat.
Aku tak pernah fikir perasaan tu camna..
Sekarang,baru aku faham kesedihan bila hilang orang yang kita sayang.

11.2.2014
Hari ini hari lahir adik bongsu ku yang ke tujuh. Selamat hari lahir alyaa...kakak sayang awak..

12.2.2014

8.00 pagi
Mami sms aku. Beritahu yang nenek cakap,datuk aku sakit tenat. Datuk memang sakit dah bertahun-tahun tapi kali ni,nenek cakap dah tenat.

9.00 pagi
Aku call nenek. Nenek cakap datuk dari malam tadi memang asyik meracau. Nenek cerita yang dia pening sebab tak cukup tido. Datuk asyik menjerit-jerit tengah malam cakap ada orang nak bunuh dia la..curi duit dia la. Siang tu pulak datuk jalan ke sana sini guna kerusi roda dia. Bercakap pasal nak berjalan-jalan. Nenek kata,datuk tak nak makan. Nenek bagi dia soya bean pun dia minum sikit je.

2.00 petang
Mami nangis call. Cakap datuk kuarkan air mata berdarah. Nenek cita,tak taulah sama ada dia tercucuk mata ke apa,tapi air mata datuk menitik jerrrr..

5.00 petang
Aku balik kerja. Dalam kereta,aku call nenek lagi. Nenek kata,datuk makin tenat. Tapi nenek offer aku cakap dengan datuk. Aku mulanya tak nak..sebab takut mengganggu. Tapi nenek bagi gak. Aku tanya datuk..dia rasa camna..dia kata dia rasa nak mati. Pastu dia gelak. Pastu dia kata,aku patut beli tiket flight untuk balik. Dia kata,kirim salam kat tony kong (dia suka nganjing tony panggil tony tu tony kong) dan tia (datuk panggil rissa tu tia). Percakapan datuk masa ni dah tak jelas. Aku susah sikit nak faham apa yang dia cakap....

7.00 petang
Mami call. Cakap datuk dah takde. Aku terkejut. Aku tanya lagi...betul ke takde? Pastu mami kata...belum lagi tapi dah nak mati.. =.=

Ya aku tau,mami punya sense of humour memang pelik dan tak kena masa. Jujurnya masa ni aku tak rasa pelik pun. Sebab sebelum ni pun datuk pernah tenat tetiba.

10.15 malam
Hp aku berbunyi. Masa ni aku tengah baca wattpad. Mummy. Aku jawab..mami kata datuk dah meninggal dunia sebentar tadi. Aku rasa blur. Letak jer hp,air mata aku laju jer turun walau aku rasa kosong.

Datuk aku dah pergi. Dia dah meninggal. Aku dah takde datuk. :(

11.00 malam
Nenek aku call aku. Menangis meraung cakap datuk dah meninggal. Hancur sangat hati aku ni. :'(

Datuk.
Aku pelupa sangat,aku risau aku lupa pada datuk aku. Aku takut aku lupa wajah dia macam mana. Aku risau aku lupa suara dia macam mana..seperti aku lupa suara daddy camna.. :(
Hari tu,last aku jumpa datuk masa balik julau,aku dah cakap..kalau apa-apa jadi,aku tak dapat balik. Sebab kos tinggi dan aku tak boleh nak tinggalkan rissa. Kalau bawa dia,aku tak boleh handle dia seorang diri. Datuk kata tak apa. Aku ingat lagi..masa tu pukul 2 pagi dan datuk bangun. Dia pegi ke ruang tamu. Aku ikut. Kebetulan ayam berkokok masa tu. Datuk kata jam dah 5 pagi. Aku pun percaya. T___T

Kami berbual. Pasal ikan. Pasal harga barang. Hmm. Tau tak,ini kali pertama aku berbual panjang dengan datuk. Aku dah cakap kan..aku bukan jenis yang luahkan kasih sayang. Masa aku nak balik jb,aku sempat cuci kaki datuk yang luka. Itu jer satu-satunya benda baik yang aku buat. :(

Tapi aku tahu. Orang yang paling penting dalam perkara ini ialah nenek. Dia yang hilang suami. Dia yang paling sedih. Masa aku balik aritu,nenek minta aku teman dia beli baju datuk. Aku pilih. Aku teman nenek beli keranda. Aku sempat ambik gambar keranda datuk..tunjuk kat dia. :)

Datuk lega. Keranda dah ada. Cuma dia marah sikit sebab katanya membazir beli baju. Aku rasa sedih sebab aku tak belikan apa-apa. Tapi huwaaaaa...aku harap datuk faham. Aku dah beli tiket flight airasia yang bapak mahal sebab time tu balik last minute. Time aku balik tu datuk sakit tenat gak. Jadi aku tak mampu nak spend lebih-lebih. Aku bagitau datuk. Gaji kami suami isteri tak besar,dengan barang semuanya naik ni..datuk faham,aku tahu.

Aku sayangkan datuk sebab ayah aku lama sangat dah takde. Datuk dan nenek yang bela aku dari kecil. Sekarang ni,aku rasa cam datuk masih ada..masih hidup. Hmm ntahlah. Aku harap datuk okey. Harap dia maafkan salah silap aku..harap dia maafkan aku sebab tak pegi pengembumian dia. :(

Bye datuk..
Nanti kalau ada baby boy...saya janji..saya letak nama dia vincent..macam nama datuk..love u and thank you!