Tuesday, 4 February 2014

Drama bukan aku tak cinta!

Aku tak kira...aku nak jugak buat pasal drama bukan aku tak cinta ni.
Aku dah lama tak layan drama...tapi bila aku tengok iklan shahnaaz ahmad cam handsome gila dalam drama ni,aku dah mula rasa awww...nak tengok!!

Drama ni best giler.
Terkejut aku dengan lakonan shahnaaz dengan nelydia senrose.
Memang patut pun bf nely,qi razali tu tersentap.
Lakonan mas dengan jebat memang hebat tahap real sangat.
Mas yang gedik-gedik manja..jebat yang ala nak kontrol macho.

Tapi banyak yang very typical drama malaysia kat drama ni.
Banyak kelemahan dia tapi aku tutup mata sebab aku suka jebat dan mastura!

Nak cakap gak kelemahan dia...contoh episod semalam..masa jebat dan mas pegi party kat rumah dato jaafar tu. Diaorang kata party besar-besaran dan ramai perempuan seksi.
Yang aku tengok..adalah dalam 15 orang tetamu dan perempuan yang seksi kononnya hanya nelydia jer.
Pastu kawan mastura cakap tengoklah that guy..so hot....erk,cenggitu ke perempuan cakap kalau tengok laki ensem? Kayu kayan sungguh. Macam baca skrip je.

Paling aku stress...dato jaafar tu cakap dia hensem???? Dahlah lakonan kau kayu..adoiii..

Tapi.....

Yang terpaling best ever semalam ialah masa jebat kata... aku cintakan kau mas.sekali aku cintakan kau,sampai mati aku cinta...
Wow!! Cair gila aku.

Dahlah muka mas dan jebat rapat gila masa tu sampai aku ingat diaorang nak bercium. ♡
Oh abang jebat!!

Dan aku snap gambar walaupun kualiti gambar aku tahap tingtong tapi whatever!
Sila tonton drama ni dia saluran 134 isnin hingga rabu jam 10 malam yer.
Macam aku..aku record jer..hihi..
Ok bye!