Wednesday, 26 February 2014

Bekas comel boleh simpan macam-macam

Hai.

Aku ni failed bab deko.
Tapi ada satu benda yang aku sedar..
Barang kecik-kecik kena letak dalam satu tempat.
Senang bila nak cari.
Senang supaya rissa tak termakan.
Senang supaya tak hilang dan aku end up kena beli lagi.

Aku ada cakap kan..yang aku nak start ajar rissa kenal warna.
Jadi aritu aku pegi diy..aku beli sikit barang untuk rissa belajar.
Alah..murah jer pun.
Yang penting effort tu kena ada..ye dok?

Masa tengah berpusing 100 kali dalam diy,aku ternampak bekas comel ni..
Awww...best sangat..
Boleh simpan barang rissa.
Siap ada compartment..pastu boleh lock macam mangkuk tingkat.
Tapi ada warna pink jer..padahal aku lagi suka kalau ada warna lime.
Takpelah...ambik jer..
Harga RM11.80.

Camna aku guna?
Aku asing jer bebola kecik tu ikut warna dalam ni.
Senang.
Pastu penyepit aku letak kat tingkat 1.
Tingkat 3 yang kosong tu..aku jadikan tempat rissa susun ball tu hah..
Ajar dia asingkan ikut kaler.
Setakat ni..dia belum pandai lagi tapi takpe.
Slow-slow.

Lupa nak cakap.
Bahagian-bahagian yang untuk asingkan dalam bekas ni boleh ditanggalkan.
Yang bahagian ni rissa suka..
Suka gigit.
Adoiiii..