Friday, 24 January 2014

Tia Clarissa : 1 tahun 3 bulan

Hai.

Rissa nak masuk 1y4m baru sibuk nak update perkembangan.
Update sikit-sikit setakat yang aku ingatlah ye.

Makan.
Rissa sekarang tengah susah sangat nak makan.
Susah gila.
Dia makan sesuap dua sahaja.
Ko bagilah ayam ikan roti nasi..sume dia tak layan.
Tapi dia suka buah.
Buah pisang dan kiwi. Hah..yang tu dia suka.
Jadi tiap ari aku bagilah dia makan buah.

Susu.
Arini 24.1.2014 aku tukar susu rissa kepada dugro.
Sebelum ni,rissa minum dutch baby langkah 2.
Kenapa tukar?
Sebab dia selalu sangat sembelit..risau aku.
Jadi sebab kat pek dugro tu dia ada mention pasal penghadaman,aku pilihla dugro.
Dia baru minum sekali,dia dapat accept.
Tak tahulah poopoo dia cane.
Nantilah kalo rajin aku buat review..

Rissa dah pandai cakap?
Erk...antara perkataan feveret rissa ialah no.
Kalau kita buat sesuatu yang dia tak suka,dia akan cakap no no no kat kita.

Pastu peristiwa yang berlaku masa rissa setahun tiga bulan ni ialah montot dia melecet dengan teruk. Dan dia sembelit. Sian sangat. I terpaksa beli drapolene untuk rissa,tu pun tak tahu ok ke tak. Poor little girl..

Oh ya,tadi timbang..berat rissa sekarang 13.5kg..tinggi 80cm..