Thursday, 16 January 2014

Review : Doll skin foundation sendayu tinggi

Hai.

Kali terakhir aku beli bedak ialah sebelum mengandungkan rissa. Pastu nan hado. Jadi aritu,masa pegi watson,aku gigihlah nak beli barang mekap. Nak beli bedak,tak jadi sebab ada kawan aku yang cun tu (kena puji lebih sikit) kata nak bagi aku bedak. Haha. Jadi aku beli foundation. Ni 1st time aku guna foundation tau. Biasa aku beli two way cake je.

Baiklah. Terus kepada tajuk ye. Foundation ni katanya 3 in 1. Boleh jadi foundation,concealer dan sunsceen. Packaging dia comel. Kotak pink hijau polkadot. Bekas dia pun comel..warna pink. Iols suka sangat.

Aku pilih kaler too pretty sebab aku sedar aku cantik sangat..eh?? Taklah. Aku pilih sebab base dia cam kuning..yang lagi dua tu (too cute dan too sweet) kaler dia cam kemerahan. Itu aku tengok di bawah lampu watson. Sekali sampai rumah,aku tengok di bawah lampu kalimantang rumahku, kaler dia gelap semacam jer. Pffft!! Rupanya too cute tu yang paling cerah,too sweet sederhana dan too pretty yang paling gelap.Bila try kat tangan,nasib baik kaler dia just nice sesuai untuk kulit aku.

Ni review dari aku selaku pengguna doll foundation sendayu tinggi ni ye..

Apa yang aku suka?

-Tak buat muka nampak kelabu.
-Lepas pakai,muka tak oily atau berpeluh.
-Coverage dia bagus.
-Tahan 8 jam.
-Muka nampak natural.

Yang aku tak suka?

-Susah nak dapat. Aku setakat ni cuma pernah nampak foundation ni kat watson je.
-Ada 3 warna sahaja. Tak banyak pilihan. Bayangkan..untuk kulit aku yang orang selalu cakap cerah ni,aku kena pilih the darkest shade. Aku tak tahu ni disebabkan orang suka pakai foundation yang kalernya cerah dari kulit ke apa.

Harga?
Aku beli kat watson. RM34.95..

Apapun..ini pandangan aku hasil dari penggunaan sendiri. Aku suka doll foundation ni sebab kebetulan,dia sesuai untuk tone kulit aku dan paling penting,dia tak buat muka aku pucat atau kelabu.