Monday, 17 February 2014

Public display affection

Hai.
Biasa depan anak,korang bermesra laki bini tak? Takkk..aku tak kata bermesra tu bermoren (bak kata kawan2ku) tapi mesra seperti pegang tangan atau peluk-peluk gitu.

Dalam famili aku,langsung takde PDA ni. Aku dibesarkan dengan keadaan gitu. Even nak peluk mummy pun aku malu. Aku jenis sangat segan nak sentuh orang sampai aku pelik cane orang boleh bercakap sambil pegang each other.

Bila dah start bercinta,baru aku reti cakap sambil pegang tangan. Tapi taklah macam drama korea,berbual sambil pegang-pegang muka pasangan. Rosak mekap mak jemah nanti.

Aritu mil aku citelah kat aku ada jiran ni..masa nak pegi keje,lepas bersalam,laki dia cium bini dia depan anak-anak. Mil cakap tak malu ke cium depan anak? Hahaha. Iye,kan dah cakap tadi,family aku konservatif. Aku jawab je..alah,cium pipi je. Biasa orang memang buat gitulah.

Pastu bila tengok orang putih,mereka cool je kissing/hugging depan anak. Elok je mak bapak peluk anak. Cakap i love u. Ni masyarakat kita,ucap i love u kat mak tapi dalam fb. Dahla mak kita tu pulak takde fb. Ucap birthday kat ayah pun kat fb. Padahal boleh call. Kenapa tak nak? Sebab segan. Aku tak naklah rissa jadi gitu dengan aku dan asben.

Aku nak anak aku selesa cakap love u mama walaupun dia dah besar.
Aku nak rissa selesa peluk ayah dia walaupun nanti papa dia dah tua.
Jadi bagaimana nak didik anak ni ya?

Apa yang aku buat sekarang,aku buat cam biasa jer depan anak. Tapi takdelah beromen depan rissa..coii! Haha..aku cuma peluk-peluk jer. Kekadang saja tunjuk kami laki bini peluk sambil panggil rissa...come rissa..Yang rissa nya..selagi tak dipanggil,selagi tu dia terkebil-kebil. Hehe..

Aku nak rissa jadi seorang yang tak malu luahkan kasih sayang...tapi siyes,aku pun tak tahu cane nak ajar dia..hmm..