Sunday, 12 January 2014

Perkara yang aku tak sedar tapi aku lakukan

Lama hilang tapi taip pasal ni jer?
Apa-apalah.
Baiklah,asben aku tanya apa hadiah birthday yang aku nak tahun ni?
Aku jawab jer tak tahu sebab aku siyes memang takde idea.
Ikut ati,aku nak pegi kl sebab nak sambut birthday anak kengkawan. Tapi asben susah sikit nak gi kl sebab jauh.. :(
Ok fine,takpe.
Asben nak belikan aku jam.
Sebab aku dah guna jam yang sama dari form 5.
Gila bapak lama..dari umur 17 sampai sekarang masuk 26. 9 tahun ok??

Sebelum ni,asben pernah hadiahkan aku jam masa kami couple tapi aku tak pakai gak jam tu.
Masih gak aku pakai jam ni atas alasan..selesa.
Dan aku takde hati pun nak tukar.
Tadi aku bercerita dengan kawan pasal benda yang sama....

Baru aku perasan sesuatu..
Jam ni...jam mummy aku..

Aku dapat jam pertama masa umur aku 7 tahun.
Masa tu mummy dan uncle belikan.
Then pastu...aku pakai jam mummy.
Masa aku darjah 5,mummy beli jam lagi.
Aku rembat jam tu...pakai sampai aku form 5.
Pastu bila aku form 5,mummy beli lagi jam.
Aku rembat lagi dan guna sampai sekarang..
Sebab jam yang aku pakai sebelum tu,skrin dia pecah time aku berjalan terlanggar tiang.

Walaupun hubungan aku dan mummy ada up and down tapi aku tahu...jauhhhhh di sudut hati aku ni,aku nak pakai something yang buat aku rasa,dia selalu ada.
Touching pulak hati ni.
Even aku sayang laki aku,tapi aku tetap sayang mummy jugak.
Kalau nak tukar jam,aku nak tunggu mummy beli.
Hihihi.. :)
Nanti rissa pun aku nak buat ginilah....

Aku sebenarnya tak perasan pun yang aku gini.
Aku masih pakai cincin stainless steel yang bf aku (asben sekarang) bagi time kami couple.
Aku pakai cincin kawen sebab ntah...aku sayang cincin tu..
Pastu aku pakai cincin pregnant sebab masa peknen..aku ngidam nak beli cincin. Cincin tu remind aku yang aku pernah pregnant.
Rantai pulak aku beli dengan duit sendiri..guna duit epf.
Pendant rantai tu,aku beli guna duit datuk. Duit yang dia bagi kat aku.

Nampak tak yang aku ni sentimental punya orang?
Wakakaka...aku pun tak sedar sebenarnya...
Jadi sekarang aku nak cari hadiah yang aku akan guna selamanya untuk minta dari asben.
Ok tu jer nak membebel..
Bye.