Sunday, 26 January 2014

Apa nak buat bila pasangan curang?

Hah...ni jangan pulak kata laki aku curang.
Tak,asben aku setakat ini baik. Syukur.
Cuma aku saja je nak jadi dr love arini.
Ok..bila cakap pasal pasangan curang lebih-lebih lagi lelaki,apakah tindakan tipikal yang sering perempuan buat?

1. Mengamuk baling hp periuk pinggan mangkuk pasu semua.
Laaaa...dah kenapa buat gitu? Laki tu sedap-sedap dengan perempuan lain,kau pegi baling hp. Nanti hp kau rosak,kau kena beli hp baru. Rugi oi.

2. Menangis,tak nak makan atau paling teruk..bunuh diri.
Bila pasangan kita curang..tu sama gak macam orang tu mengkhianati kita. Lebih-lebih kalau tu suami kita. Mesti kita rasa sangat down. Lojiklah kalau kita nangis meraung tapi macam mana pun..kau kena ingat..dunia ni bukan ada suami kita sorang je. Kita masih ada keluarga,ada anak....jangan sesekali anggap dunia ni berhenti berputar bila seorang manusia buat onar kat kita.

3. Serang orang yang curang dengan pasangan tu.
Ok,kalau ada perempuan yang saja nak berskandal dengan laki aku,adakah aku akan serang dia?? Of courselah!! Takkan nak biar jer dia senyum senang hati? Tapi kau kena bijak. Jangan serang melulu. Takk...aku bukan suruh kau pegi bomohkan dia.

Kau tengok dia dulu. Kalau dia jenis bitch..jenis hot stuff dan kau pulak jenis lemah lembut pendiam..kau jangan pulak pegi serang marah dia cakap kenapa kau kacau laki aku? Nanti kompem dia jawab..dah kau tak pandai jaga laki/laki kau yang cari aku,aku tak hadap pun dia tu..hah,kau nak jawab apa?

Perempuan jahat gini,kau pegi ofis dia...lepas tu kalau kau nak bagi effect lebih,kau usung anak kau sekali. Pastu buat sedih. Nangis. Cakap kesian anak akak ni....bla bla bla..pastikan orang ramai (terutamanya bos dia) nampak dan dengar apa kau buat. Nanti mesti dia malu. Silap-silap kena transfer.

Tapi kalau dia jenis slow dan lemah lembut,yang ni kau boleh serang dia. Selalunya perempuan perampas ni,bukan yang lembik-lembik ni. Apapun...ini adalah tindakan terakhir yang kau patut buat sebab ni menjatuhkan maruah perempuan hokey.

Jadi bila pasangan curang,apa yang patut dibuat?

1. Siasat dan pastikan dulu.
Kalau kau rasa semacam,kau check hp dulu. Check sms,call,whatapps,contact enset dia,fb,friendlist..hah...kau check semua tu. Kalau perlu,tanya kawan dia. Dah buat semua tu dan kau dah dapat bukti? Ok..next.

2. Sekarang sila fikir,adakah kau nak pasrah dan tunggu jer laki kau berubah dan semoga dia akan balik kat kau? Atau kau nak give up dan berpisah dengan laki kau? Atau kau nak kekalkan hubungan ini?

Apapun keputusan kau,aku berpendapat,suami kita ni hak kita. Tuhan dah jodohkan kita. Kita kena pertahankan hak kita! At least suatu hari nanti,bila kau ingat balik kegagalan rumah tangga kau,kau boleh cakap kat diri sendiri,sekurang-kurangnya kau dah berjuang untuk hak kau. Kau bukan menyerah jer dan cakap tu takdir.

3. Ok sekarang kau dah decide nak berjuang? Good. Benda pertama,jangan serang laki kau. Dia confirm tak ngaku. Kalau dia mengaku,ini lagi horror. Aku sendiri pun tak dapat nak berjuang kalau laki aku terang-terang cakap tak nak kat aku. Kau buat baik dengan laki kau. Kau ajak dia selalu keluar. Ajak pegi bercuti. Sampai dia takde masa nak keluar dengan perempuan tu. Perempuan tu satu pejabat dengan laki kau? Jumpa bos diaorang.

4. Kau gunakan anak. Selalunya lelaki ni sayangkan anak,jadi confirmlah dia tak sanggup nak berpisah dengan anak dia.

5. Sambil tu,kau jangan lupa berdoa tau. Dan kalau boleh,kau jangan cerita masalah kau kat orang yang memang suka keruntuhan rumah tangga orang lain. Kau bolehlah bagi hint kat laki kau yang kau dah tau. Tapi jangan asyik sindir aje. Agak-agaklah. Lepas tu,cuba pandang diri kau semula. Apa yang tak betul..kau cuba betulkan.

6. Dah buat semua tapi laki kau confirm dah tak nak kat kau. Sedih pulak aku membayangkan. Masa ni,kau cubalah untuk tak melenting. Jangan sampai kau jadi mangsa penampar pulak. Kau cakaplah kat laki tu baik-baik. Cakap kau dah tau dia ada orang lain. Tanya dia..nak berpisah ke..kalau dia cakap ya,kau suruhlah dia bagitau anak..bagitau family masing-masing. Lepas tu,kau jangan sesekali tak tuntut hak kau. Nafkah kau. Semua tu kena tuntut. Kau jangan diam jer.Last sekali...kau move on. Kuatkan diri. Jangan bunuh diri. Dunia belum berakhir kan...

7. Situasi lain..laki kau menyesal. Camna kau nak terima dia balik lebih-lebih lagi kalau dia dah tido dengan orang lain? Yang ni..apa yang aku boleh cakap..beri ruang. Setiap orang akan buat silap.

Itu sahaja bebelan doktor love arini. Ingat ye..masa akan mengubati semua luka. Beri masa untuk diri sendiri..banyakkan bersabar..