Wednesday, 31 December 2014

Resepi kek butter nutella paling mudah

Hai.

Semalam ulang tahun perkahwinan aku yang keempat.
So being kedekut berjimat, aku pun buatlah kek.
Ni nak bagi resepi, kotlah ada yang mencari resepi kek butter yang senang kan?
Apa pun, diingatkan, aku bukan pakar tau.

Baiklah, kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan. Aku bagi harga sekali yer, untuk panduan.

Dua cawan tepung naik sendiri (sila guna jenama Bluekey) - RM5.85
Butter 250 gm - RM4.86
4 biji telur
Sesudu teh esen vanilla
Setengah cawan gula castor
Sesudu besar nutella
Sedikit chocolate rice untuk hiasan

Cara-cara membuat kek butter nutella ni senang yang amat. Tak payah pakai blender segala. Guna tangan jer pun boleh. Aku selalu minta asben yang buatkan sebab papa strong, bak kata rissa. Hahaha.

Ok, mula-mula campurkan gula kastor, butter dan telur di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.


Kemudian, masukkan tepung tu sedikit demi sedikit. Gaul hingga adunan tu bersatu. Gaul dalam 10 minit gitu. Kalau ada mixer, gunalah mixer. Kalau takde, takpe.


Kemudian, kita sapu sedikit minyak masak pada keseluruhan loyang. Ini bagi memastikan kek kita senang untuk dikeluarkan ye kawan-kawan. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan kek ke dalam loyang. Pastu masukkan nutella. Kacau-kacau sikit nutella tu. Kita buat macam marble.

Panaskan oven menggunakan suhu 180*C menggunakan api bawah. Sebelum kita bakar kek, kita kena panaskan oven lebih kurang 15 minit terlebih dahulu ye. Dah selesai, kita bakar kek selama 30 minit. 

Susun cantik-cantik ye.

Bakar selama 30 minit.

Untuk memastikan kek itu telah masak, kita boleh ambil lidi. Cucuk lidi pada kek. Kalau dah takde kesan tepung pada lidi tu, maknanya kek kita masak.


Macam aku, aku tunggu kek ni agak sejuk sikit (suam-suam gitu), kemudian aku sapu nuttela atas kek ini. Last sekali, taburkan chocolate rice atas kek tu. Settle!


Sedap dimakan panas-panas sambil minum teh o...Cubalah..



Tuesday, 30 December 2014

Memori 2014


Hai.

Dah hujung tahun ni, aku nak share memori tahun 2014 ni.
Tahun ni tidaklah sesukar 2013 sebab aku dah tak perlu fully bf rissa, jadi tak tertekan sangat.
Dugaan sebagai suami isteri? Kami dah agak lama kenal, dah nak masuk 8 tahun pun, jadi dah kurang sikit adegan gaduh-gaduh berbanding masa mula kenal dulu.
Cuma dugaan yang dasyat tahun ini adalah dari segi kewangan.
Pengurusan kewangan kami sangat failed tahun ni.
Tapi aku syukur, aku dan suami tiada hutang kad kredit.
Tiada hutang along.
Masih cukup makan pakai.

Tia clarissa?
Ohh, anak dara tu dah besar dah.
Dah semakin pandai cakap.
Dah nampak dah perangai dia camna.
Dah kenal macam-macam.
Aku bangga dengan rissa.
Seronok bila ada rissa….dialah syurga kami suami isteri.
Kebahagiaan kami.
Sekarang dia pandai minta adik baby.
Asyik suruh aku dan papa dia buat baby.
Serius okey…dialog dia…papa,make baby.i want adik baby.  T_______________T

Dugaan paling hebat yang aku terima tahun ini ialah kehilangan datuk aku.
Sebenarnya aku masih in denial lagi.
Aku selalu lupa datuk dah takde.
Selalu cakap kat asben, nanti kita balik, nak beli barang ni untuk datuk
Hmm.

Azam tahun baru?
Errrr…azam tahun lepas pun tak terbuat lagi.
Azam tahun baru macam biasa lah.

Nak kurus.
Nak simpan duit.
Nak pergi bercuti.
Nak cantik.

Acaner tu?
Tiap tahun azam sama tapi tak pernah tercapai. Hehehe.
Okeylah….selamat tahun baru 2015!

Saturday, 27 December 2014

Drama Zahira di TV3

Hai.

Aku jarang menonton drama melayu.
Sebab aku ni ada sound problem pastu aku kalau tengok cite yang takde subtitle,aku kena pasang kuat-kuat pastu aku malu sendiri sebab satu kuarters boleh dengar tv aku.
Tapi kalau aku dah tengok tu maknanya cerita tu sangat best giler.
Tahun ni aku tonton 3 drama jer.
Bukan kerana aku tak cinta,setitis kasih darmia dan drama yang aku nak cerita sekarang....zahira.
Drama zahira ni untuk slot samarinda di tv3.
Pelakon dia adalah adiputra dan zara zya.
Drama ni best sangat. Sweet habis tahap hentak kaki.

Kisah dia lebih kurang macam ni.
Zahira kerja untuk ikbal. Ikbal ni orang kaya. Duda anak dua. Zahira jadi babysitter anak ikbal. Anak ikbal sayang sangat kat zahira. Pastu ikbal pun suka kat zahira. Tapi mak ikbal tak suka zahira. Yang bestnya...ikbal buat tak kisah jer kat mak dia. Awwww..

Seronok tau tengok gelagat zara zya dan adi dalam drama ni.
Zara zya tu lakonan dia memang sangat real.
Adiputra? Well..aku memang minat adi.
Dalam drama ni jugak ada pelakon baru yang aku baru first time nampak.
Bea balqis nama dia.
Perempuan ni gebu....macam zila bakarin.
Putih melepak.
Sekarang baru episod 9..drama ni ada 13 episod semuanya.
Korang sila tengok tau!
Drama ni aku rasa drama melayu paling best aku pernah tengok selepas bukan kerana aku tak cinta. Hehe.
Kalau bkatc aku bagi 9 markah,zahira ni aku bagi 8.9 markah. Hahahaha....sebab bkatc banyak scene mesra. 😍

Sekarang ni time aku menaip,hari tengah hujan.
Aku tengok berita..kesian kat orang yang mengalami banjir.
Aku harap semua cepat ok.
Hmm.

Monday, 22 December 2014

Aku dan skincare di tahun baru

Hai.

Aku sangat sukakan produk penjagaan kulit.
Sangat suka tahap obses.
Selalu aku memang berhabis duit untuk skincare jer.
Kasut,handbag,make up...semua aku tak kisah.
Hahaha.
Tapi kulit aku tak lawa pun.
Kasar,kering,pori-pori besar.
Sentap ok. Sentap.
Pastu bila aku tengok orang pakai produk A,terus menggigil tangan nak beli produk A.
Bila tengok orang pakai produk B,menggigil lagi tengok harga produk B.
Sila faham ye aku obses.
Macam orang yang obses bola,obses beli handbag...hah camtulah aku.

Tapi bila dah nak masuk tahun baru ni,pastu harga barang makin naik,pastu aku ni niat nak tambah anak baru.......mana boleh habiskan duit untuk skincare.
Kan??? #nangistepipintu
Maka aku berazam nak guna produk malaysia je tahun depan.
Dah tak nak korea lagi.
Ok correction. Aku akan pakai bb cream korea tapi yang lain-lain tu,aku cuba pejam mata.
Korang nak tahu apa produk yang bakal aku guna?

Hehehehe.

Ini jelah produk yang termampu untuk poket aku.

Bakal produk pilihan aku ialah safi rania gold! Woots woots.

3 sebab pilih safi rania gold?

1. Aku memang guna serum dia. Serum dia bagus. Krim malam dia pun sesuai sangat untuk aku.

2. Aku suka nora danish. Nora duta safi rania gold. Kira macam what her's is mine. Nora pakai,aku pun pakai. Full stop. Hahahahha!

3. Sebab harga mampu milik.

Tapi.....produk seperti eye cream dan sunblock,aku tak pakai safi rania. Aku sangat cerewet part eye cream. Sebab mata aku selalu ketumbit. Jadi aku perlukan eye cream yang bagus untuk hilangkan ketumbit aku. Ini serius tau.

Untuk sunblock,aku guna sunblock yadah..tak oily,tak melekit.

So aku prepare siap-siap.senarai skincare yang akan aku guna next year. Nampak tak tahap obses tu cane? Tahun ni tak habis lagi dah sibuk nak beli barang untuk tahun depan. Wakaka. Tapi ni plan jer. Kot aku terserempak dengan benda lain...aku beli jugak. Kikiki.

Cleanser - cetaphil gentle clèanser

Oil cleanser - sebab aku baru amalkan double cleansing routine.untuk ini aku pilih nature republic chamomile cleansing oil.

Eye cream - watery berry skinfood untuk wrinkle dan satu lagi dari the face shop untuk ketumbit aku.

Serum - safi rania

Toner - nature republic hawaiian toner

Pelembab siang - safi rania

Krim malam - safi rania

Essence - aku memang dah ada essence ni.beli kat faceshop.

Skrub muka - origins.memang dah ada.

So yes,itu antara produk yang akan aku guna next year. Jangan goda aku beli skincare lain tau! Bye.

Sunday, 21 December 2014

Kisah aku dan lipstik

Hai.

Aku bukan seorang yang gemarkan lipstik.
Selalunya orang akan tengok aku dengan lipbalm je.
Tapi disebabkan lately ni aku gemarkan warna oren,maka lipbalm dah tak menarik di mata aku.
Aku kena jugak cari lipstik oren yang ohsem.
Dan yang bestnya aku dah jumpa lipstik oren yang aku suka iaitu revlon.
Harga pun murah sangat.
Tapi masalahnya,bila aku pakai,bibir aku jadi pecah dan gatal.
Sebelum tu aku pakai soft matte lip cream nyx.
Smlc ni warna dia sangat lasting tapi mengeringkan bibir aku walaupun aku pakai lipbalm.
Aku tak berapa suka tapi aku ada dua smlc....antwerp dan stockholm.

Ok next lipstick please.

Aku beli nyx round lipstick. Kaler tearose.
Aku super duper suka round lipstik sebab ianya melembabkan bibir tapi warna dia tak lasting macam smlc.
Tahan dalam 4-5 jam.
Nanti ku attach gambar aku pakai tea rose ni.
Tapi dia takde kaler oren yang aku suka. 😑

Suami aku pulak tegur...bibir aku sekarang dah gelap.
Dulu merah semulajadi.
Terus aku rasa tak nak pakai lipstik dah.
Tapi aku jumpa a better option.
Apa kata kalau aku cari mineral lipstik?
Mineral lipstik tidak mengandungi bahan yang berbahaya.
Tapi harga dia haih picit dahi..
Aku dah survey lipstik mineral dari tiga jenama....
Burt's bee,hansagee dan yadah.
Nanti kalau dah beli..aku update ye.
Bye.

Wednesday, 17 December 2014

Tips skincare yang semua perlu tahu

Hai.

Tetiba rajin nak buat entri.
Ada sorang dua kawan aku yang selalu takde masa nak jaga muka.
So yes,kat sini aku bagi sedikit tips penjagaan kulit bagi mereka yang benar-benar sibuk dan takde masa.

Aku bagi situasi ye. Tapi diingatkan,semua ni adalah pendapat peribadi aku semata-mata.

Q : Puan A seorang isteri bekerja dan mempunyai 3 orang anak kecil. Balik je kerja, Puan A kena masak,kena kemas rumah. Bila dah selesai, Puan A penat lalu takde masa nak jaga kulit bagai. Apakah produk yang sesuai untuk Puan A?

A : Puan A memerlukan pencuci muka dan sunblock. Pada aku,dua benda ni ialah yang paling basic dari segi penjagaan muka. Mengapa pencuci muka? Sebab kita kena bersihkan muka kan? Sunblock? Sebab kalau wajah kita terdedah pada matahari tanpa sebarang perlindungan,nanti muka kita akan berjeragat. So yes,you must wear a sunblock.

Pencuci muka yang i cadangkan adalah neutrogena foaming cleanser. Sebab pencuci muka ni turut menanggalkan solekan yang ringan di muka anda. Harganya pun murah. Sunblock? Selalunya harga sunblock adalah mahal. Dan selalunya mak-mak macam aku ni cam berkira sikit nak beli barang mahal untuk muka semata kan? Jadi sunblock nutox pun ok. Muka tak berminyak bila pakai sunblock tu. Harga mampu beli.

Kalau aku sendiri,aku guna pencuci muka nivea dan sunblock nutox. Tapi pencuci muka yang aku gunakan ni dah takde dalam pasaran. Sobsss!

Q : Bagaimana kalau Puan A seorang yang berkulit sensitif? Atau mempunyai alahan kulit muka atau ekzema?

A : Aku suggest gunakan gentle cleanser (pencuci muka yang lembut) iaitu cetaphil. Pencuci muka ini agak mahal (bagi aku) tapi korang boleh pakai lama. Ianya juga takkan menyumbat pori so takyah risau. Cetaphil pun ada sunblock dan pelembab jugak. Boleh try..

Selain itu,pernah dengar produk cosmoderm tak? Ini produk malaysia. Memang dijamin halal. Dia ada jual set gentle series yang memang sesuai untuk orang yang berkulit sensitif. Korang boleh pegi website dia ye..

Q : Produk untuk orang yang berjerawat?
Aku cadangkan produk yang mengandungi tea tree oil. Banyak produk yang ada tea tree oil. Pilih je mana yang sesuai ye...

Ok itu sahaja tips hari ni. 😙

Sunday, 14 December 2014

Produk ajaib dan murah cantikkan kulit

Hai.

Sekarang,bila kita nak beli apa-apa produk,mesti kita google kan?
Pastu baca testimoni,review dan komen orang.
Aku gemar baca review,tak suka baca testimoni sebab testimoni ni selalunya dia ambil yang positif je.
Orait,aku nak cerita pasal satu produk ni.
Aku lama dah pakai produk ni.
Setahun lebih jugaklah. Produk buatan malaysia.
Dulu aku pakai whole set pastu sekarang aku pakai krim malam dia je.
Kelmarin,time aku pakai krim malam dia (aku memang tak guna krim malam dia tiap hari sebab aku malas),tiba-tiba muka aku jadi gatal.
Perghhh..horror ok.
Bergegas aku cuci muka.
Nasiblah pastu ok jer.

Then aku google.
Jumpa artikel berkenaan merkuri dalam produk.
Antara ciri-cirinya ialah produk tu jenis sangat berkesan,pori-pori kita mengecil dalam masa seminggu jer,krim dia melekit,bersinar dan bila kita sentuh...krim tu macam tepung yang diletak air tau.
Dia lekat kat tangan kita...bukan yang tekstur macam losyen tu tau.
Pastu,muka orang yang pakai produk tu selalu pucat dan kusam. Contoh muka tu ialah muka aku.
Muka aku dulu pucat ok.
Sekarang je ok sikit....tapi masih kusam lah.
Bila aku tengok ciri tersebut,semuanya ada pada produk yang aku pakai.
Tapi terus aku tertanya,kalau produk yang aku pakai tu ada ciri-ciri merkuri,macam mana boleh ada kelulusan kkm?
Hah.....yang itu aku tak tahu dan musykil sangat.
Persoalan aku....

Selepas mendapat sijil,adakah kkm akan memeriksa secara randomly produk tersebut?
Atau lepas dapat sijil,terus tak check lagi?
Atau check 5 tahun sekali?
Atau before dia buat spotcheck,dia akan maklumkan pihak pengeluar produk terlebih dahulu?

Aku tak kata laporan kkm tu palsu tapi aku cuma ingin tahu bagaimanakah kkm menyemak semula produk yang telah dikeluarkan sijilnya?

Then lately,aku nampak banyak sangat produk dari thailand.
Iklan dia pulak semua sama.
Tiada bahan kimia,100%  organik,asli,diperbuat dari tumbuhan semulajadi,akan memutihkan kulit,menghilangkan bintik hitam,mengecilkan pori,menghilangkan kedutan..bla bla bla..

Seriously?
Lojik ke satu krim jer merangkumi semua fungsi?
Pastu kalau dah semulajadi sangat,agak-agak sanggup tak derang ni makan?
Pastu perasan tak kebanyakkan produk dia adalah produk set 3 dalam 1? Sabun pencuci,krim siang dan krim malam.
Harga pulak ada yang sampai RM200. 😅
Agak-agak kalau aku cakap semua produk tu sama jer cuma label je lain-lain,ada orang percaya tak?
Aku tak kondem produk tu semua tapi aku ni mengajak korang berfikir.
Aku ni sekadar bertanya.

Ada yang akan cakap,produk ni murah dan berkesan.
Ya,aku akui sebab aku pun pernah pakai produk camni.
Memang berkesan,memang flawless tapi untuk kesan jangka panjang,kita tak tahu.
Sanggup ke ambil risiko tu?
Tepuk dada,tanya selera. 😊

Thursday, 4 December 2014

Review : Pencuci muka safi rania gold

Hai.

Sejak nora danish jadi duta safi rania gold,aku jadi sangat teruja nak try safi rania gold.
Tapi skincare product aku banyak lagi.
So sebagai seorang menantu hantu,aku goda mak mertua aku guna safi rania gold ni. Hahahaha.
Tiap ari aku cakap safi rania gold ni bagus. Wakaka.
Actually aku pengguna serum safi rania gold.
Serum dia memang bagus,aku suka.
Memandangkan mil aku dah tergoda dengan kempen safi rania aku,maka dia pun beli pencuci muka,toner dan serum safi rania.
Dia suruh aku try pencuci muka lembapan mendalam safi rania ni.
Aku pakai dua kali dan ini review aku.

Pencuci muka safi rania ni sesuai untuk kulit kering dan sesuai untuk wanita yang sehari cuci muka sampai 5 kali untuk berwuduk. Dia takkan mengeringkan kulit.

Kulit aku memang jenis kulit kering. Lepas pakai pencuci ni,kulit muka aku tak rasa tegang semacam,which is good. Aku suka. Kulit muka rasa lembut dan segar je. Even mil aku pun suka pencuci ni. Bau dia wangi.

Pastu aku ambil waterproof eyeliner dan lip matte nyx aku untuk test keberkesanan pencuci muka ini. Ternyata lepas cuci, lip matte nyx pun dia tak mampu tanggalkan dengan sempurna. T_T

Aku tak kata pencuci muka safi rania ni tak bagus tapi bagi aku dia terlalu mild untuk aku. Kalau setakat nak cuci muka di waktu pagi,oklah. Oh ye,bila aku sebut mild,aku bukan maksudkan bahan-bahan dia adalah mild seperti cetaphil pulak ye. Mild maksud aku ialah kadar pembersihan dia sangat rendah.

Overall pencuci muka ni adalah pencuci muka yang biasa-biasa je bagi aku. Kelebihannya ialah dia tak mengeringkan kulit.

Markah : 😍😍
Harga : RM18 ke bawah.

Sunday, 30 November 2014

Resepi ringkas untuk galakkan anak makan ikan

Hai.

Rissa tak suka makan ikan.
Tapi walaupun dia tak suka,ada aku kisah.
Aku paksa jugak! Hehehe..
Sebab ikan kan bagus,berkhasiat.
Jadi untuk menggalakkan dia makan ikan,aku buat bebola ikan yang ringkas.

Bahan-bahan :
Satu tin tuna in water (pilih ni sebab less salt)
Seulas bawang putih
Seulas bawang merah
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung beras

Tak payah campur perasa/garam/pak aji. Biar je. Sebab untuk budak.
Caranya mudah. Tumis bawang. Keluarkan isi tuna. Kemudian campurkan tuna,bawang yang telah digoreng,lada sulah dan tepung beras tadi. Kacau sebati. Kemudian bulat-bulatkan.

Pastu aku masuk dalam peti ais. Tunggulah dua tiga jam. Proses ni penting sebab takut ikan tu teburai nanti.

Last sekali,goreng! Rissa suka fish ball ni. Dia makan sampai 9 biji okey. Hehehe..

Wednesday, 26 November 2014

Ubat paling berkesan untuk merawat sembelit anak

Hai.

Kalau korang sering baca blog aku,korang akan tahu bahawa rissa (anak aku) memang sering kena sembelit.
Dari lahir dia memang asyik sembelit.
Dulu masa dia baby,aku tak risau sangat sebab masa tu dia fully bf.
Then bila dia dah start makan,hah! Ambik kau. Sian tau.
Betapa dia nangis tiap kali nak membuang..betapa seksa nak bagi dia enema dan lactulose..
Sampai aku terpaksa tukar susu dia berkali-kali.
Dah scan perut dia 3 kali,dah jumpa beberapa orabg doktor tapi masih jugak susah nak berak.
Kesian rissa.

Until one day,aku tanya seorang doktor homeopati ni.
Aku bagitau dia masalah rissa.
Doktor tu cadangkan rissa mengambil al manna (arabic gum) sebab dia kata mungkin usus rissa tak berapa baik. Al manna ni adalah prebiotik,dia akan membetulkan usus dengan membawa bakteria baik (ingat tak iklan yakult tu?hah...yakult kan sejenis prebiotik).

So aku try arabic gum ni.
Hasilnya,syukur.
Rissa tak sembelit lagi.
Selera makan pun bertambah.
Syukur sangat!

Ni sedikit q&a pasal arabic gum?

1. Selamat ke?
Ye selamat. Ianya didapati dari klinik homeopati. Banyak juga klinik homeopati jual arabic gum ni

2. Apa rasanya?
Takde rasa apa. Takde bau apa. Just rasa plain air kosong biasa je.

3. Bagaimana nak makan?
Ambil seketul arabic gum ni dan letak dalam air kosong minuman anak. Letaklah dalam 6-7 oz. Nanti dia akan cair dalam setengah jam gitu. Aku akan bagi rissa dalam dua hari sekali. Biasa air tu aku biar je. Biar dia minum sampai abis. Tak kisah pun berapa jam. Kadang-kadang sampai ke petang.

4. Orang dewasa boleh makan?
Of course lah boleh. Jangan risau.

5. Berapa banyak dalam satu jar?
Jar ni besar. Lebih kurang saiz nutella yang besar tu. Boleh pakai lama. Memang berbaloi kalau beli.

6. Mana nak beli??
Hah...ni senang jer. Beli kat iolsss..ini detailnya.

Nama produk : Arabic gum
Kuantiti : 1 jar
Harga : RM40 free postage ke semenanjung/add rm2 ke sabah sarawak..

Whatsapp/telegram : 0196196479

Monday, 17 November 2014

Gagap ke anak aku?


Hai.



Ini entri panjang, harap maklum.
Sekarang, rissa dah dua tahun dua bulan.
Tapi aku perasan, dia suka repeat perkataan, terutamanya perkataan dalam bahasa melayu dan iban.
Contoh ayat dia, mama...ambil ambil ambil milk. Atau mama, ambil ambil ambil picture.
Selalunya perkataan AMBIL tu dia akan ulang sampai tiga kali.
Aku dan suami risau juga. Suami aku sampai tanya aku, rissa ni gagap ke?
Pastu aku tanya kawan-kawan, google di sana sini dan ini aku kongsikan hasil kajian tak formal aku ye.

Kebaikan anak terutamanya yang berumur sekitar dua ke tiga tahun suka mengulangi perkataan :

-          Kanak-kanak kecil suka pengulangan kerana ia membantu mereka untuk belajar, dan kerana itu biasa dan selesa.

-          Melalui pengulangan, anak kecil mampu untuk mengambil maklumat baru setiap masa. Inilah sebabnya mengapa jika kita membenarkan anak kita untuk memilih buku untuk kita bacakan kepadanya, sembilan kali daripada 10 dia akan memilih buku yang sama tiap malam!

-          Dan dia akan suka cerita dan lagu kanak-kanak dengan ungkapan yang berulang, kerana dia pun boleh join sama. Contohnya, macam rissa. Dia suka lagu sandiwara cinta (tu lagu favourite dia sekarang dan dia hafal lagu tu. T____T). Ok, dia suka lagu old mcdonald, twinkle-twinkle, tepuk amai-amai sebab perasan tak,melodi lagu tu berulang-ulang..

-          Satu kajian kecil mendapati bahawa pengulangan cerita boleh membantu kanak-kanak belajar perkataan-perkataan baru. Para penyelidik mendapati bahawa kanak-kanak kecil yang telah mendengar hanya satu cerita tiga kali jauh lebih baik di balik dan mengingati perkataan baru daripada orang-orang yang telah mendengar tiga cerita yang berbeza. Setelah mendengar buku banyak kali kegemarannya, dia dapat membayar perhatian yang lebih kepada cerita masa depan kita membacakannya buku. Pengulangan adalah cara anak kecil kita untuk mengingatkan dirinya daripada apa yang dia tahu. Dia menikmati keseronokan mendapat dengan betul setiap masa. Contohnya, bila aku selalu cerita kat rissa setiap malam....aku akan cakap, once upon a .... (dia sambung time), there was a .... (dia sambung beautiful princess) who lived in a .... (dia sambung big castle).

-          Pengulangan juga menenangkan untuk anak kita. Dia mahu kita untuk membaca cerita berulang kerana dia boleh meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ini memberikan anak kita rasa keselamatan dan struktur. Pengulangan cerita biasa akan membantu untuk memberi jaminan bahawa semua adalah seperti yang diharapkan.

Tapi walaupun ada kebaikannya, kita kena ajar juga anak kita bercakap dengan betul. Kawan aku ada menghadiri satu seminar berkenaan pertuturan anak-anak, dan menurut kawan aku, penceramah masa tu cakap sekiranya anak-anak kita suka mengulangi perkataan, kita kena dengar dulu ayat dia sampai habis. Kemudian baru kita betulkan dan tekankan pada perkataan yang dia ulang tu.
Contoh :

Rissa : Mama, ambil ambil ambil milk.
Mama : Ambil milk. Rissa say it, ambil milk.
Rissa : Ambil ambil ambil milk. T_____T

Hahaha, takdelah. Biasa kalau aku cakap gitu, dia akan ikut. Tapi ada jugaklah dia terlepas. Takpe, slow-slow. So, kalau anak-anak korang suka mengulangi perkataan, jangan risau sangat ye. Cuma, kalau dia dah lima tahun tapi masih tak pandai cakap langsung, kita kena risau. Bawa jumpa doktor ok?




Sunday, 16 November 2014

Resepi sambal ikan bilis dengan kacang

Hai.

Sambal ikan bilis dengan kacang ni aku buat weekend lepas.
Mak mertua aku puji sedap,sejuk hati aku dengar.
Nak buat pun senang,bahan-bahan dia sikit jer.

Bahan-bahan :

200g kacang tanah
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili kering
Sebiji bawang merah
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa

Cara-caranya :

Kisar halus cili kering dan bawang merah.
Goreng kacang tanah tanpa minyak.
Bila dah agak-agak rangup,buang kulit kacang tanah tu.
Goreng ikan bilis sehingga rangup.
Ketepikan kacang tanah dan ikan bilis ni.
Tumis bahan yang diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka,asam jawa dan garam secubit. Garam tak payah banyak sebab ikan bilis tu dah masin.
Bila dah siap,tunggu sampai sambal tu sejuk,baru masukkan ikan bilis dan kacang tanah tadi.
Ini untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis dan kacang tanah.
Sedap oiiii..aku ratah gitu jer. Hahaha..

Wednesday, 12 November 2014

Resepi : Ayam karamel semudah ABC

Hai.

Sebenarnya nama asal resepi ni ialah ayam goreng karamel tapi aku alter banyak sangat,so dah tak jadi ayam goreng karamel dah.
Sebelum ni,aku suka masak ayam lekat-lekat micha (alah kau google je,femes resepi ni).
Sekarang dah tukar dah,aku suka ayam karamel ni pulak sebab senang oi. Bahan pun tak banyak.

Ok,marilah kita tengok bahan-bahan ayam karamel versi aku ni. Bahan-bahannya terdiri daripada 1/2 kg ayam ( boleh pakai banyak mana ikut suka hati), tiga ulas bawang putih, 5 sudu teh gula,sesudu teh kicap dan sedikit garam.

Hah,tengok..sikit jer kan bahannya?

Cara-caranya :

Rebus ayam bersama bawang putih sampai ayam masak.

Kemudian,di kuali berasingan, karamelkan gula. Cara karamelkan gula ialah dengan masukkan gula dalam kuali dan tunggu gula tu cair hingga gula tu berbuih-buih.

Seterusnya,bila gula dah berbuih,ambil ayam yang telah direbus tadi,masukkan terus dalam kuali berisi gula. Gaul-gaul.

Pastu,ambil air rebusan dalam dua senduk,masukkan dalam kuali. Masa ni boleh masukkan garam dan kicap sikit. Tak payah masukkan banyak sangat kicap,nanti ayam tu hitam. Haha..

Gaul ayam. Pastu sila tutup kuali tu dengan penutup. Tunggu sampai air tu kering. Masa ni,api tu bagi kuat sikit pun takpe. Bila air dah kering,ayam ni dah cantik,maka siaplah ayam karamel kita.

Boleh makan! Yumssss.. ♥

Sunday, 9 November 2014

Review : Revlon colorblust lip butter - tutti fruitti

Hai.

Lately,aku gemar kumpul lipstik.
Dan kebetulan hari tu aku pegi watsons terjumpa lipstik revlon yang super murah ni, aku ambiklah satu.
Masa nak beli tu ada 3 warna, sugar frosting,peach parfait dan tutti fruiti.
Disebabkan aku penggemar kpop,maka aku pilih tutti fruiti sebab pelakon korea suka pakai lipstik oren. T_T
Nampak tak alasan merapu di situ?

Bila dah try lipstik ni,apa perasaan aku? Errr...aku sebenarnya expect yang lipstik ni akan warna oren tapi bila aku pakai,dia nampak coklat. Lipstik tutti fruiti ni not bad lah sebenarnya. Aku boleh dapatkan natural look dan ianya matching dengan blusher dan tona kulit aku.

Overall,aku sukakan warna lipstik ni. Dari segi ketahanan, lipstik revlon ni boleh tahan 4-6 jam pada bibir aku. Paling best,ianya tak mengeringkan bibir. So kalau korang cari lipstik yang murah dan tak mengeringkan bibir,bolehlah try revlon butter lipstik ni. Recommended!

Markah : ★★★★
Harga : RM14.80

Saturday, 8 November 2014

20 facts about me

Ya,aku tahu entri ni so yesterday tapi apa nak buat. Dari aku biar blog ni kosong,baik aku update. Ok mari kita mulakan..

1. Alergik pada cocoa powder. Kalau aku makan kek coklat moist atau contoh baru-baru ni aku minum sikit jer hershey soy chocolate tu, dua jam pastu terus mata aku berdenyut dan danggg..esoknya terus ketumbit.

2. Alergik pada tempe. Huwaaaa..aku suka tempe tapi kalau aku makan,badan aku gatal.

3. Boleh makan benda yang sama setiap hari tanpa jemu. Masa pantang bersalin dulu,aku makan ikan siakap stim dan sup sawi straight 40 hari sampai mil aku tanya tak boring ke asyik makan ni? Aku ok je. Even makan kfc tiap ari pun aku ok.

4. Takde warna kegemaran tapi kalau disuruh memilih,aku pilih lime green. Suka gitu je. Taklah favourite sangat.

5. Peminat runningman. I heart you kwang soo!♥

6. Suka memasak walaupun tak pandai tapi tak suka mengemas.

7. Bukan peminat kasut,handbag atau perfume. Aku ada satu je sandals,handbag pun dah 7-8 tahun tak beli dan aku ada sebotol perfume yang aku share dengan asben. Tu pun tak pakai tiap ari.

8. Mempunyai deria hidu yang sangat bagus. Aku kenal orang/tempat/barang melalui bau. Contohlah,aku baru jumpa orang ni. Kenal setahun dua. Tiga tahun kemudian,aku akan lupa muka dia atau suara dia tapi aku ingat bau dia.

9. Tak gemar orang yang tak close dengan aku sentuh-sentuh aku. Aku tak selesa. Sampaikan kat mall,aku boleh flinched kalau orang terpegang aku,even orang tu perempuan. Tapi kalau kita memang rapat,aku ok.

10. Tiga produk yang aku paling suka beli. Lip balm,losyen dan shampoo. Buat masa ni,aku ada 3 botol besar losyen,4 botol shampoo dan tiga lip balm.

11. Kasut aku saiz 9. Kaki aku sama besar dengan asben. T_T

12. Driver yang sangat teruk. Aku dapat lesen masa umur 18 tahun tapi aku driver yang sangat teruk tahap aku sendiri tak pernah jumpa pemandu lagi teruk dengan aku. Tak,aku bukan pemandu yang laju dan aku tak pernah kena saman.

13. Tak suka berbual,tak suka bertanya soalan,tak suka bercakap.

14. Tak boleh tahan bila orang terdekat malas nak jaga kulit. Pleaseeeee jaga kulit. Sehabis daya aku akan pujuk dia,err rasa nak pakai pencuci muka ke. Bb cream ke..benda-benda gitulah. Bukan aku benci tapi aku kesian orang yang tak jaga kulit ni. Kalau boleh aku nak semua orang berkulit sihat.

15. Suka baca wattpad.

16. Sanggup habis duit untuk skincare tapi kedekut beli barang mekap. Contohnya,toner muka aku mahal berganda-ganda dari eyeliner,maskara atau lipstik yang aku pakai.

17. Suka ambil gambar,memory hp aku ni dah penuh dengan gambar. 4000 gambar dalam hp aku buat masa ni.

18. Susah nak dengar aku menjerit. Dan tak mungkin orang akan dengar aku gelak terbahak-bahak. Aku tak biasa gitu. Segan.

19. Pantang bila tengok kuku lelaki panjang. Benci gilaaa.

20. Jangan telefon aku pastu berbual lama. Aku tak suka. Melainkan ada benda penting nak cakap. Atau melainkan kau mummy aku. 10 minit berbual di telefon tu bagi aku dah cukup lama.

21....extra satu. Aku suka pegang tangan asben macam gambar kat bawah ni. *tutup muka*

Wednesday, 5 November 2014

Kenapa aku tak vaksin anak?

Hai.

Aku tak pernah cite pasal ni secara detail rasanya.
Sebab ini isu sensitif.
Tapi takpelah,aku coretkan jugak sebagai kenangan aku jadi ibu kepada tia clarissa.
Masa aku mengandung,aku tak didedahkan sangat dengan vaksin.
Nurse suntik apa semua,aku terima.
Sebab macam semua orang jugalah,aku anggap itu normal.
Then bila rissa lahir,rissa disuntik vaksin bcg.
Dan setiap bulan,rissa dapat suntikan vaksin yang sewajarnya.
Tapi bila nurse kata,nanti dah balik..bagi ubat demam pada rissa.
Takut dia demam.
Aku pelik juga sebab ehhh..rissa tak demam pun. Kenapa nak bagi ubat demam sebelum anak tu demam?
Even mak dan mil aku pun suruh bagi rissa paracetamol tu.
Aku? Of course lah aku tak bagi.
Sebab aku beranggapan rissa terlalu kecil untuk diberi ubat.
Kadang-kadang bila badan rissa ada dedar, aku buat macam biasa.
Lapkan badan dia,sapu garlic oil,tuam dahi dia.
Syukurnya rissa sihat.

Bila rissa almost 8 bulan,aku perasan yang rissa alergik pada telur putih.
Bila dia tersentuh telur,badan dia bengkak,merah dan gatal.
Suntikan mmr ada kaitan dengan telur kan?
Bila ku tanya nurse,dia kata kalau baby alergik,kena suntik juga.
Tapi kena admit lah,sebab doktor nak kena mengawasi baby tu.
Hah,part ni aku tak setuju.
Katakan vaksin mmr tu dah masuk badan anak aku, dan ianya tak sesuai untuk anak aku, macam mana kau nak keluarkan vaksin tu balik??
Memanglah doktor mengawasi anak kita tapi yelah..secara lojik,macam mana kau nak keluarkan cecair yang sikit tu dari badan?
So dipendekkan cerita,aku decide tak nak bagi rissa mmr.

Tapi benda ni,asben aku tak setuju tau.
Walaupun aku explain yang rissa alergik pada telur.
Apa aku buat?
Aku tak hantar rissa pegi check up di kk.
Sebab aku malas nak argue dengan nurse atau doktor berkenaan perkara ni.
Bila orang tanya rissa dah injection...aku jawab jer dah.
Tapi ni orang awam bertanya tau....bukan doktor tanya.
Jangan bagi maklumat perubatan palsu pulak pada doktor.
Mula-mula asben aku heran apsal rissa tak pegi klinik tapi lama-lama dia senyap.
Aku bawa juga rissa check up dalam 2-3 bulan sekali di private. Check perkembangan dia.
Dia ok jer so far.
Gigi pun tumbuh elok.

Mungkin ada yang tanya..tak takut ke tak bagi anak vaksin?
Hmm. Jujurnya aku takut.
Tapi aku pun takut nak bagi anak vaksin.
Setiao orang pun ada pandangan masing-masing berkenaan perkara ini.
Study betul-betul..fikir panjang pastu decide.
Even doktor sendiri pun tak dapat confirmkan adakah selepas vaksin ni,anak itu takkan sakit? Takkan ada side effect macam ekzema?
Semua benda pun 50-50 kan.
Ini pendapat aku. Keputusan aku.
Apa pun keputusan orang lain,aku hormati dan terima.
Jadi vice versa lah yerrr..

Tuesday, 4 November 2014

Vco catalyst murah

Hai.

Korang mesti pernah dengar khasiat minyak kelapa dara kan?
Aku ni bukan nak ulang balik apa khasiat minyak kelapa dara tapi aku nak bagi review minyak kelapa dara ni pada aku.
Aku dah makan vco catalyst ni almost setahun dah.
Tapi aritu aku stop sebab aku malas nak beli.
Hahaha.
Apa pun,itu satu kesilapan yang tak patut aku lakukan tau.
Sebab masa aku kena gatal-gatal aritu,kaki aku banyak parut.
Banyak dan buruk gilaaa...sebab aku tak pantang.
Asben cakap jangan makan kicap tapi aku makan jugak.
So aku decide untuk makan vco catalyst.
Dan amazingnya, lepas sebulan makan, parut di kaki aku makin pudar. Almost hilang tau!

So kalau korang ada masalah parut jerawat,parut chicken pox,stretch mark...hah,silalah try vco catalyst ni. Harga murah jer!

Kalau berminat,sila tinggalkan komen dengan nombor phone atau emel korang,nanti aku contact korang ye. Jangan risau,aku takkan publish detail korang tu..

Tuesday, 28 October 2014

Maybelline hypersharp eyeliner

Hai.

Aku bukan penggemar maybelline.
Biasanya aku takkan pakai barangan maybelline kecuali maskara. Hah,yang tu aku suka.
So bila orang banyak puji eyeliner ni,aku relax jer.
Tak nak pakai.
Tapi hari tu,aku lupa bawa beg mekap aku.
Kau tahulah aku ni,kalau tak pakai mekap langsung,muka aku memang pucat..macam tak tido tiga malam.
Jadi kawan meja sebelah tanya aku...nak pinjam eyeliner akak tak fi?
Bila orang offer,kenalah cakap nak kan? Orang berbudi kita berbahasa gitu.
Sekali bila dia tunjuk maybelline hypersharp eyeliner,aku macam alahhhh..
Aku ambik jelah.
Sekali bila dah try..wow wow..berus dia lembut tapi taklah terlampau lembut macam in2it dan tak terlalu keras macam silkygirl.
Pastu boleh tarik wing untuk hujung mata...wow wow!
Mak is so teruja tau.
Pastu cam biasa..cam eyeliner lain..maybelline hypersharp eyeliner ni tahan lama,waterproof,sweatproof.
Aku sukalah eyeliner ni pendek kata.
Sebab senang nak bentuk.
Tak buat mata aku pedih.
Kalau untuk yang baru nak berjinak try liquid eyeliner,trylah yang ni dulu.
Senang jer pun..

Yang kurang best pasal eyeliner ni ialah kau kena lukis banyak lapisan kalo ko nak dapat line yang tebal.
Sebab berus dia agak kecil.
Aku risau kalau pakai,kejap jer dah abis sebab sekali pakai 20 kali garis.
Hahahhaha..

Ok tu jer...silalah tengok gambar mata aku yang berkedut seribu tu..

Sunday, 26 October 2014

Bb cream terbaik kesukaan!

Hai.

Aku nak cerita pasal bb cream kegemaran aku ni.
Peripera i love bb cream.
Aku rasa selama aku memakai bb cream,inilah bb cream yang paling best ever yang sesuai untuk kulit orang malaysia macam kita.
Sebelum tu,aku nak bagitahu ye..kulit aku jenis kering,tona warna kuning dan merah sikit,kusam dan pucat.
Tanpa bb cream ajaib ni,muka aku macam tak tidur tiga malam.

Baiklah,aku beli i love bb cream by peripera ini di watsons dengan harga RM49.90. Kat watsons je pun ada jual. Kalau online,aku tak pasti. Ok sebelum tu aku nak beritahu kenapa aku pilih bb cream instead of foundation. Bb cream ni elok,dia ada healing property..fungsi dia bukan hanya nak menutup cela di muka kita tapi dia akan buat muka kita berseri,tak pucat dan paling bagus,bb cream ni ada spf tau. Boleh melindungi wajah kita dari sinaran matahari.

Aku senaraikan apa kelebiham i love bb cream by peripera ni ye :

- high coverage.boleh tutup pori,pudarkan parut jerawat,brighten up muka dan buat muka nampak berseri.
- guna sikit jer boleh cover satu muka.
- sesuai untuk kulit orang malaysia.muka takkan nampak kelabu.walaupun kau tengok macam aku ni cerah tapi kulit aku biasa jer,macam kulit orang kebanyakkan so no worries ye...semua pun boleh pakai.
- bb cream ni tak luntur bila kena peluh atau hujan.selalu bila orang berpeluh,kadang-kadang kita pelik eh apsal peluh orang tu kaler coklat??? Pelik nar..huhu. Padahal tu mekap orang tu luntur sebenarnya.
- tak menyebabkan muka aku berjerawat dan tak membuatkan pori tersumbat.

Perkara yang aku tak gemar pasal bb cream ni ialah dia agak susah nak dicari. Kalau tempat tu takde watsons,memang sampai ke sudahlah kau tak jumpa. Pffttt..

Nah,ini gambar tangan aku dengan bb cream ni ye. Tangan aku tu aku letak eyeliner hitam konon macam bintik laaa..sila tengok betapa bb cream ni cover eyeliner tu. Urat tangan aku pun dia cover okey. Aku memang sukaaaaa bb cream ni. Oh ye....tangan aku memang tona kuning so bb cream ni nampak pelik sikit kat tangan aku. Muka aku ada tona pink so memang serasi la bb cream ni. Selalunya aku pakai bb cream ni je untuk muka. Tak payah sapu bedak ke apa. Tapi kalau kulit kau berminyak,kena letak bedak sikit kot. Ini plak gambar aku guna bb cream ni.

Ok bye.

Saturday, 25 October 2014

Misi nak kurus

Hai.

Aku ni dah sedar diri semakin hari semakin besar,semakin berat.
Tak,bukan nak cakap orang gemuk ni buruk tapi aku perasan sejak berat aku naik ni,stamina aku kurang.
Panjat tangga pun termengah-mengah.
Asben aku bagi aku beberapa list menu.
Dia kata kalau aku amalkan selama sebulan,confirm berat aku turun.
Aku share menu tu kat sini yer.
Takut kang aku lupa lak,almaklumlah aku ni selalu diet hangat-hangat tahi ayam jer.
Oh ya,last week ada gak aku diet.
Oklah..taklah terseksa sangat. Haha.
Aku memula ingat nak atkins tapi adeh susah pulak.
So ini diet aku mulai esok. Wakaka.
Yang last week tu minggu percubaan jer.

Breakfast
Asben aku cadangkan makan oat sebab oat mengenyangkan. Tapi susah lak aku nak makan oat kalau waktu kerja. So aku biasanya akan makan telur rebus dua biji. Atau telur separuh masak.

Dalam pukul 10 camtu,aku selalunya lapar. Jadi aku makan buah. Epal atau pisang.

Tengah hari
Asben aku cadangkan sandwich sihat. Ini resepi sandwich tu.

Bahan-bahan, dua keping roti wholemeal,greek yogurt sebagai pengganti mayonis, tomato, capsicum warna kuning,salad dan tuna in water. Cara buat dia macam biasa kita buat sandwich. Untuk kali kedua aku sendiri buat,aku ganti tuna tu dengan telur rebus sebiji.

Itu cadangan asben aku. Tapi aku sendiri selalunya akan makan jugaklah time lunch ni. Aku ambil sesenduk nasi pastu makan sayur. Atau aku cuba ambil makanan yang kurang berminyak atau berlemak.

Dinner
Asben aku suggest aku makan oat juga. Tapi aku selalu makan epal hijau jer. Kalau lapar jugak,aku akan makan sebiji telur rebus.

Selain tu,aku memang elakkan minum segala minuman bergula. Aku minum air kosong jer.

Dah seminggu aku amalkan,aku rasa kulit aku improved. Haha. Apa kena mengena dengan kulit? Yelah. Aku banyak makan sayur jadi kulit aku sihatlah. Kalau nak tanya pasal berat aku,adalah turun sikit. Takpe. Slow-slow kan? Harap pasni dapat turunkan berat 10kg.

Wednesday, 22 October 2014

Resepi potato fritters simple

Hai.

Ni makanan kegemaran rissa tau.
Dia boleh habis tiga keping potato fritters ni.
Aku buat simple jer..

Ok ini resepinya.
Tiga biji kentang saiz kecil dihiris memanjang (kentang kecil rasanya manis)
Sedikit garam
Sebiji telur
Dua sudu teh tepung gandum
Empat sudu teh tepung jagung

Cara buat dia senang jer. Campurkan semua dan goreng. Simple kan? Aku tekan guna sudu masa goreng tu sebab nak bagi dia nipis. Rangup. Sedap oiii..

Sunday, 19 October 2014

Tia clarissa is two years old

Hai.

Lamanya tak menaip pasal rissa.
6 oktober lepas,genaplah rissa dua tahun.
Syukur,rissa membesar dengan sihat..jarang sakit,anak yang baik,tak lasak dan pendek kata rissa ni menyenangkan.
Mungkin sebab dia girl kot.
Sambutan birthday rissa yang kedua tahun disambut biasa-biasa jer.
Kami sekeluarga kan 4 orang je,jadi itulah yang ada untuk celebrate.
Memula ingat nak masak pastu beli kek dan makan kat rumah je,macam last year.
Tapi kebetulan dah kami pegi aeon bukit indah masa tu,so celebrate jelah.
Aku beli kek kat secret recipes dan cuma kek choc indulgence je ada. Pffttt.
Yang lain sume cheesecake.
Ok settle part kek.
Pastu lokasi makan kami pilih black canyon.
Tiup lilin potong kek makan bla bla..kami pun balik.
Tahun ni rissa dah pandai tiup lilin sendiri.
Happy birthday anak mama.

Hadiah birthday rissa tahun ni ialah rantai emas.
Dia dah pakai almost 2 minggu lebih gak tapi aku akhirnya tanggalkan rantai dia sebab dia gigit sampai leper rantai tu. Adoi anak.
Tambah pulak,aku risau rissa kena ragut.
Tak senang hati aku tengok dia berjalan kat mall.
Kang tak pepasal jer..isk..

Apa yang rissa dah boleh buat?

1. Paling aku bangga,rissa dah boleh mengayuh basikal.

2. Dah boleh makan banyak sikit.

3. Kenal huruf,kenal warna,kenal banyak sangat binatang,kenal onion garlic ginger eh banyak juga benda dia kenal.

4. Rissa pun dah makin pandai cakap..kosa kata dia dah banyak berkembang.

5.Kalau dia buat silap contoh macam jatuhkan barang,tumpahkan air ke...mesti dia cakap sorry...im sorry mama.Jadi bila dia dah cakap gitu,canelah aku nak marah?

6. Bila genap 2 tahun ni,rissa dah pandai kayuh basikal dia. Yeay!

7. Rissa dah boleh diharap untuk ambilkan pampers,botol susu,control tv..arahan simple dia dah faham dan boleh ikut. Tapi aku biasakan diri cakap thank you lepas minta tolong dia dan say please masa nak suruh dia tu.

8. Lagu kegemaran rissa ialah sandiwara cinta. Tak,bukan sebab aku saja suka nak pasang lagu untuk dia tapi dia selalu dengar lagu ni kat radio. Terus hafal pastu asik nyanyi...aku tahu ini semua tak adil..aku tahu ini semua tak adil..berulang kali.

9. Sebelum umur rissa genap dua tahun,aku sempat bawa dia bercuti kat kuching dan melaka je. Bilalah kita nak pegi oversea kan sayang? Adeh.

10. Rissa ni budak baik. Senang jaga. Kau tak nampak dia lari berkeliaran ke sana sini. Mungkin sebab dia sorang je kot.

11. Rissa suka buku. Kalau lalu mana-mana book store,dia mesti jerit-jerit nak masuk. Ni semalam dia suruh aku cari buku doc mcstuffin. Ok baiklah anak.

12. Rissa reti menari tarian chicken dance. Hahaha. Asyik suruh papa dia pasang youtube lagu chicken dance.

Ok tu jerlah. Dah 3 ari aku pendingkan post ni. Bye.

Thursday, 16 October 2014

Bila anak melecur satu badan

Hai.

Kau baca ye. Ada sorang budak ni umur 2 tahun. Masa tu mak cik dia jaga dia. Tiba-tiba rumah diaorang terbakar disebabkan litar pintas. Badan budak ni dah dijilat api. Disebabkan panik,mak cik dia ambik selimut,terus tepuk-tepuk badan budak tu dengan selimut. Tapi sekali mak cik dia tarik selimut tu,budak tu nangis lagi teruk. Nak tahu sebab apa?

Sebab kulit budak tu tertarik sekali dengan selimut! Kau bayangkan kulit kau terkoyak dari badan. Then mak cik dia peluk budak tu,berguling-guling di lantai. Api pada badan budak tu pun padam. Bila bomba sampai,mendapati bahawa budak tu terlekat pada badan mak cik dia. Badan manusia ada lemak. Sebab api bakar lemak kan...lemak cair,bila keras terus stick pada objek lain.

Doktor terpaksa gak pisahkan derang serta merta tapi akibatnya,badan budak tu terbakar 90% . Jari dia tanggal. Rambut dia habis melecur. Kulit muka dia melecur dengan sangat teruk. Budak itu perlu menjalani pembedahan hingga berumur 19 tahun.

Sekarang budak tu 12 tahun. Dia tak sekolah sebab takde sekolah nak terima dia. Budak lain takut tengok dia. Even nak makan jajan pun tak boleh sebab dia takde jari nak kepit jajan tu. Nak jalan kat mall pun susah sebab nanti orang pandang-pandang,takut tengok dia. Dia tanya...kenapa dia takde kawan?

Ini kisah benar tau. Masa aku kursus tu,aku sebak dengar penceramah tu cite. Sebab rissa baya budak tu.

Penceramah tu kata kadar kebakaran di malaysia sangat tinggi. Berlaku setiap hari. Banyak nyawa terkorban. Di negara maju seperti jepun,korea,singapura...setiap rumah diwajibkan ada smoke detector,setiap hotel atau mostly tempat awam,ada full face mask disediakan,setiap sekolah sering ada latihan fire drill yang serius,setiap rumah wajib ada pemeriksaan wayar setiap 5 tahun!

Aku bagi sedikit tips mencegah kebakaran dari penceramah tu ye :

1. Smoke detector. Kita mak bapak ni sanggup belikan anak baju mahal,kasut ratus-ratus,bilik anak siap ada aircond,belikan gajet ( ya,aku tak malu cakap aku tergolong dalam kategori ibu bapa ini) tapi kita tak sediakan smoke detector...benda yang boleh mengesan asap kebakaran dalam 10 saat yang pertama.

Smoke detector ni harganya dalam RM169  (lain jenama,lain harga). Tahan untuk 10 tahun. Berbaloi sangat harga dia sebab boleh guna lama sangat.

Kita mesti cakap alah kalau kebakaran,aku tahulah! Tidak yer. Sebab 90%  kebakaran berlaku antara pukul 2-6 pagi dan kajian menunjukkan semasa manusia tidur,hidung dia tak berfungsi. Abis cane nak hidu bau asap? Kalau nak kata alah takpe. Kalau kebakaran,kita boleh rasa panas haba api tu. Ye.....bila badan kau dah boleh rasa haba panas,tu maknanya api dah sangat dekat,kematian pun sangat dekat yerr.

Kan bagus kalau kerajaan malaysia provide setiap rumah dengan at least 1 smoke detector instead of naikkan brim. Hmm. Aku rasa nyawa rakyat lagi penting dari duit yang konon dapat beli barang dapur,minyak dan bekalan beras untuk setahun tu.

2. Check wiring rumah setiap 5 tahun, atau at least 10 tahun. Litar pintas ialah punca utama kebakaran di malaysia. Bila kita on suis lampu,wayar jadi panas. Bila kita off,wayar tu sejuk. On off on off...lama-lama pembalut wayar tu pun rosak sebab asyik panas sejuk panas sejuk. Bila pembalut wayar tu rosak,maka apa berlaku? Litar pintas.

Katakan badan kita terbakar. Apa nak dilakukan?

A. Ambil pasir,tuang atas diri sendiri.
B. Campak diri dalam air.
C. Gulingkan badan ke kiri dan ke kanan.
D. Tutup badan dengan selimut.

Kalau kau buat A,memang api padam tapi pasir tu mengandungi kuman ye. Kau bayangkan sekarang ada pasir yang banyak masuk ke badan kau yang melecur tu. Kau akan terkena jangkitan kuman,boleh meragut nyawa.

Kalau kau buat B,besar sangat kemungkinan dia kau takkan selamat. Sebab apa? Cuba amik besi yang panas terbakar. Letak dalam air. Bila kau amik semula besi tu,kau try bengkokkan besi tu. Bengkok ok. Sedangkan besi pun bengkok,apatah lagi segala urat saraf sel kulit kita.

Kalau kau buat C, yes betul. Itu yang kau patut buat. Tutup muka dengan tangan dan gulingkan diri ke kiri dan ke kanan. Tapi kalau pregnant woman,atau orang yang lumpuh..susah nak berguling ni. Sebab tu smoke detector tu penting. At least kita boleh selamatkan diri terlebih dahulu.

Kalau kau buat D, contoh dia macam cerita budak di atas. Kulit kau akan tanggal.

Sebaiknya,bila badan terbakar,semburlah guna pemadam api yang sesuai. Pemadam api ada pelbagai jenis. Jangan sembur suka ati jer.

Kebakaran ni boleh berlaku di mana-mana. Tak semestinya rumah jer tapi rumah tempat keluarga kita kan? Tempat anak kita. So at least,make sure rumah kita selamat.

Pemadam api pun penting sebenarnya walaupun aku tak reti guna. Tapi elok juga,rumah dan kereta ada pemadam api yang diletakkan di tempat yang mudah diakses. Jangan beli pemadam api,pastu letak kat bonet kereta. Camna nak ambik kalau berlaku kebakaran?

So tu jer ceramah hari ni.
Jagalah keselamatan kita sekeluarga.

Tuesday, 14 October 2014

Beza antara soft matte lipstick cream dan extreme shine lipstick nyx

Hai.

Aku dengan bangganya mengumumkan aku ada 3 lipstik nyx. Wakakaa...sebab bagi aku lipstik ni kaler dia cantik giler. Aku ada dua jenis lipstik nyx ni..satu ialah soft matte lip cream (smlc) dan extreme shine lipstick (esl). Smlc kebiasaannya berharga RM26 manakala Esl berharga RM19.

So aku review perbezaan kedua-duanya yer :

Dari segi warna, esl ada lebih banyak pilihan. Tapi banyak warna yang takde kat sephora. Kalau nak,kena order online.

Long lasting? Smlc tahan sangat lama berbanding esl. Esl ni kalau kau pakai kan..lepas kau makan,warna dia pudar sikit. Pastu makin pudar dan pudar..tapi kalau smlc,warna dia kekal cantik hingga ke petang. Seriously!

Bau? Smlc berbau vanilla. Aku suka. Esl bau lipstik biasa jer.

Melembabkan bibir? Dari segi ni,esl menang sebab kalau aku pakai esl ni tanpa lipbalm pun,bibir aku elok jer. Tapi smlc,aku kena pakai lipbalm yang banyak dan bibir pun nampak agak dry. Sebab tu aku lebih gemar esl.

Harga? Esl lebih murah dari smlc dan kuantiti esl lebih banyak. Sebab esl ni bentuk lipstik biasa,smlc lak bentuk cam lip gloss.

Antar kedua-dua ni aku gemarkan esl. Sebab moist jer rasa bibir bila pakai. Murah pulak tu. Tapi aku sukakan kaler smlc cam stockholm. Cantik gila kaler tu. Kaler kegemaran aku ialah stockholm dan istanbul..

Nah,nak beli tak? Pastikan beli yang original ok. Nak beli,tinggalkan komen. Yang pasti..harga lebih murah dari pasaran..