Tuesday, 31 December 2013

Selamat datang 2014!!!

Hai.

Hari ini aku setahun lebih tua.
Start hari ni,aku nak guna aku jer sebab aku dah makin dewasa...ececehh..
Aku kureng suka new year sebab aku lahir bulan januari..jadi bila tahun baru je,startla aku meroyan sorang-sorang sebab rasa diri dah tua.
Bila cakap pasal tahun baru,confirmlah akan cerita pasal azam.
Tahun lepas punya azam pun tak tercapai lagi..ada hati nak ada azam baru??? Takpe,layankan..

Aku nak jadi isteri,ibu,anak,menantu dan pekerja yang lebih baik dan rajin. Aku ni pemalas orangnya. Sampai tahap nak bercakap pun malas. Jadi pasni,kena lebih rajin. Chaiyok chaiyok!!

Next aku nak simpan duit. Sikit pun jadi lah. Janji ada. Sebelum ni,aku memang tak menyimpan langsung. Asben aku dah start bebel dah. Bila nak insaf pun tak tahu.

Last sekali,aku nak cantik sikit tahun ni. Tak nak selekeh cam biasa. Pegi keje pakai mekap. Hahaha..

Friday, 27 December 2013

Tips mudah menyimpan duit

Semalam ada kawan gojes sharekan jadual ni.
Rasa macam wow..hebat ni!
Imej dia kredit to goggle ok.
Konsep dia senang jer. Simpan duit sikit-sikit selama 52 minggu..hujungnya kita boleh ada seribu lebih.
Yelah..kita ni biasa-biasa jer.
Tak mampu nak simpan beribu duit sebulan.

I nak tiru gak ar cabaran ini.
Tapi i nak cuba cara lagi senang.
Instead of seminggu,i guna sehari.
Instead of mula dengan seringgit,i mula dengan seposen.
Jadi hujung bulan kang..i ada seratus lebih.
Wakakaa..bolehlah untuk permulaan..ye dok?
Bukan senang nak tengok mak jemah ni menabung.

Korang yang rasa nak try,silalah.. ♥♥

Thursday, 26 December 2013

Cara mudah dan murah gunting rambut anak

Hai.

Rissa ni jenis yang terlalu susah nak digunting. Sebab tu rambut dia kekadang tak rata lah..senget sebelah la..
Yelah..masa gunting tulah dia melalak,nak pegang gunting,lembikkan badan..hoiii..geram maknya ni. Kalau nak antar dia pegi salon,fuh..memang tak ar. Aritu dah antar dah,perempuan kat salon tu cakap dia tak berani nak gunting.

Jadi bila fringe dia dah panjang,i fikir-fikirlah nak buat acaner..

Pastu dapat idea..ting!! ♥♥

Gunting rambut rissa masa dia tido. Kikiki..

Semalam i tidokan dia sambil bf. Rissa memang cenggitu. Kalau weekend,time nak tido memang menempel je kat i. Pas dia lena,i baringkan dia dan ambik gunting. Pastu mula srettt srett srett..

Kejap je dah siap. Tak payah mahal-mahal nak antar gi salon. Hehe...meh tengok gambar anak dara tu..comey tak..comey tak?

Wednesday, 25 December 2013

Nenek datang ke Johor Bahru

Hai.

Lama tak tulis entry pasal family.
Last week,19-23 disember,nenek dan adik i datang jb.
I teruja sangat uols.
Ini first time nenek i akan naik flight.
Memula dia risau tau. Siap pesan kat i..dia tak nak naik flight malam sebab takut tak nampak jalan. Takut accident kat langit tu hah.. :)

I dan nenek i sangat close. Nenek dah macam mak i sendiri.
Masa kat jb,sempatlah i bawa pegi zoo negeri johor,danga bay,aeon bukit indah,plaza angsana,citysquare,makan kat stonegrill dan restoran 7 spices.

Masa nenek dan adik i balik tu,rasa sedih sangat.
Sebab rissa pun dah biasa dengan diaorang.
Dah pandai panggil adik i (sepatutnya uncle dia) abang..adik i baru abis form 5. Tu yang rasa pelik nak bahasakan diri uncle.

Kalau ada rezeki lebih dan rissa pun dah besar,nanti nak bawa satu famili datang semenanjung ni....

Wednesday, 18 December 2013

Review produk : Celcom prepaid

Hai.

I nak share sikit berkenaan prepaid yang i guna sekarang. Sebab bila i google berkenaan pelan telefon yang berbaloi,cam takde jer.I guna plan celcom 15pax. Plan ni i dah guna sejak tahun 2009 gitu kot...sejak i beli nombor telefon i ni..Berkenaan celcom ni,i dah lama guna celcom. Sejak i ada enset. So,ini review i.

Caj panggilan. 15 sen setiap minit untuk sebarang nombor di 15pax anda. Kalau bukan 15 pax..i rasa 20 sen seminit kot.

Caj sms. Ni i paling suka. 0.01 sen per sms untuk 15pax. Kalau bukan 15pax..mungkin 10 sen atau 20 sen gitulah...i dah sangat jarang sms ni. Selalu whatsapp jer.

Internet.

Hah..untuk internet i beli celcom monthly internet prepaid. Harganya RM38/30 days untuk 1g. Yang i suka pasal internet celcom ni,ianya laju (tapi bila tengok youtube,ada jugak ar tersekat-sekat..kena buffering dulu) dan bila data 1g tu dah abis,kita masih boleh berinternet cuma slowla sikit.

Kalau ada yang rasa tak cukup untuk 1g...kita boleh beli data internet tambahan. Camna nak beli dan berapa harganya?

100MB - RM3, 500MB - RM10, 1GB - RM15, 5GB - RM50

Untuk tambah,hantar ONVOL100MB/ONVOL500MB/ONVOL1GB,ONVOL5GB ke 22188.

Phew...rasa macam duta celcom pulak mak jemah ni!

Adakah line celcom kuat? Bagi i..ya. I kan kekadang balik sarawak..so walaupun i di sarawak dan kekadang di kawasan pedalaman,line celcom tetap ada. Cuma line 3g dia kekadang takde. Tak dapat nak buat video call. Untuk pengetahuan korang,kat sarawak,dulu line telefon yang paling kuat adalah celcom. Tapi itu cerita 4-5 tahun lepas. Sebab tu i guna celcom. Sekarang line digi adalah yang paling kuat di sarawak..i will follow u gitew!

Sekarang ni i dah tak kisah sangat pasal kadar panggilan dan kadar sms sebab i sangat jarang call dan bersms. Semuanya berwhatapps saja...kalau nak contact kengkawan..guna fb jer..instagram pun ada. Semuanya internet!

So i rasa memang berbaloi pelan celcom yang i guna sekarang. Dalam sebulan i cuma perlu topup dalam 20 ke 30 hengget gitu untuk call dan beli internet prepaid 38 hengget. Total dalam 60-70 hengget la...kira ok lah kan. Berbaloi-baloi.

Ada pelan yang lagi best ke? Sebab i ingat nak tukar ke digi pulak.. heheheehe...ok bye.. ♥♥


Monday, 16 December 2013

Resepi homemade fishball

Bajet hot jer benda senang gini pun nak buat resepi. Hehe. Sebenarnya seperti yang i pernah cakap..rissa tak pandai sangat kunyah makanan. So ini cara i untuk ajar rissa mengunyah..i buat fishball. Cara nak buat senang jer..

Bahan.
Seekor ikan. I guna ikan merah/talapia.
Secubit garam.
Lada sulah.
Sesudu teh tepung gandum.

Cara buat.
Mula-mula sila filletkan ikan tu. Hoi susah tau tak! Kat mastercep..i tengok orang buat senang jer. Aku buat susah wei. Tapi takpe.. demimu anak..

Kemudian,blend isi ikan tersebut. Pastikan tiada tulang. Blend sampai halus.

Dah selesai..letak isi ikan dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam,lada sulah..kalau nak masuk daun sup atau daun bawang pun boleh. Masukkan sesudu teh tepung. I masukkan tepung sebab ikut resepi padahal i tak tau apa ntah fungsi tepung ni. Gaul hingga sebati.

Bulat-bulatkan isi ikan tadi.

Masa ni kena hati-hati. Pastikan tiada tulang ikan ye. Check betul-betul.

Siap!

I buat ni seekor ikan boleh dapat dalam 20 biji fishball. Cukuplah stok makan rissa untuk dua hari. Senang jer pun kan...pasni nak try buat chicken ball dan meatball pulak. Bila buat sendiri,boleh tau kebersihan makanan tu..betul tak?

Tuesday, 10 December 2013

Tia clarissa @ 14 months

Hai.

6 Disember 2013 genap rissa 14 bulan.
Jadi walaupun i busy,kena gigihkan diri buat entri perkembangan rissa.
Dimulakan dengan panjang dan berat.
Anak dara i tu panjangnya 80cm,beratnya 12.6 kg. Ni perkembangan last week.
Lepas tu..apa yang dia baru jer pandai buat?
Hah...rissa dah pandai jalan!!
Tapi belum expert..just jalan kedek-kedek macam penguin.
Rissa jenis memang lambat nak meniarap,merangkak dan berjalan tapi sekali dia dah pandai,cepat jer dia terer.
Macam part berjalan ni,dalam seminggu..dia belajar dari jalan 2-3 langkah...terus sekarang dia boleh jalan tanpa perlu merangkak lagi.

Rissa dah pandai sebut beberapa perkataan dan kenal beberapa benda. Dia pandai sebut dan kenal cat,ball,pig,fish,pampers,dodo (kartun dalam cuddlies), chacha (puppet dalam hi 5)..
Dia kenal cicak. Bila nampak cicak,dia akan tunjuk. Atau bila kita sebut cicak,dia pandang siling.
Dia tahu makna 'buka' tapi dia sebut 'ka' jelah. Ini terjadi bila dia minta kita buka something.
Dia kenal lion,snake,bird,cat dan tahu buat bunyi keempat-empat haiwan tu.
Selain tu,rissa pandai buat No sambil goyang jari dia macam i selalu buat kat dia.
Lagi apa ek rissa dah pandai?
Hah...dia pandai tiru orang batuk dan tiru papa dia tido siap buat bunyi berdengkur. Padahal papa dia tak berdengkur pun.
Pastu dia boleh kenal eyes,nose,head,hand...dan gigi. Dia tak tau teeth sebab i selalu cakap berus gigi. Bukan berus teeth. =.=
Dia suka berus gigi sendiri. Sebenarnya lebih kepada rissa suka gigit berus gigi.
Gigi rissa masih 6 biji..empat atas,dua bawah.

Saiz kasut rissa adalah 23.
Kartun kegemaran adalah hi 5.
Tapi kalau nak tengok dia gelak,bagi dia tengok cuddlies dan bambam. Confirm dia gelak terkekeh-kekeh.

Buat masa ni,i tengah nak ajar dia say thank you dan lipat selimut.
Cara nak ajar bebudak ni tak susah.
Buat je benda tu depan dia,mesti lama-lama dia ikut.

Makan dan susu rissa so far oklah.
Cuma makanan dia masih perlu diblend lagi.
I risau gak.
Bukan dia tak pandai tapi dia tak suka mengunyah.
Kalau bagi dia biskut,mee,kismis..pandai pulak dia kunyah.
I pun tak tau nak buat camna...

Oh ya,bercakap pasal keramahan rissa...wakakaka..
Aritu i bawa dia pegi playground.
Pastu adalah sorang budak baya rissa ni approach dia.
Siap pegang dia..
Ko tau apa anak aku buat?
Dia buat derkkkk jer. Siap pandang tempat lain. (Gambar i letak kat bawah)
Amboi anak dara,sombong ye awak?

Baiklah..sekian saja untuk kali ini.
Bye.. ♥♥♥

Wednesday, 4 December 2013

Mengatasi masalah sembelit pada bayi dan kanak-kanak

Hai.

Memandangkan rissa selalu sembelit (ini jer benda yang selalu merisaukan i pasal rissa.sembelit jer manjang)..so i nak share cara i atasi masalah sembelit pada budak tu.

Pertama sekali,kalau ibunya exclusively bf dan anak belum ambil solid food,anak seems happy tak sakit,maka ibu tak perlu risau kalau anak tak poopoo ye. Hah,yang ni i dah lalui. Rissa dulu berak seminggu sekali jer! Tapi dia minum susu ibu saja jadi doktor cakap,i tak payah risau. No no no...tak payah bagi air. Susu ibu tu dah cukup.

Bagi anak yang tak fully bf dan dah start solid food..hah...nilah yang kita start risau ni. Apa yang i letak ni ialah cara i pada rissa tau.

*Bagi prune. I bagi yang sunsweet tu jer. Tapi disebabkan rissa tak berapa nak makan prune ni gitew aje,i campur dalam makanan dia.

*Banyakkan minum air masak. Rissa jenis yang suka minum air kosong so ni tak susah sangatlah..

*Banyakkan sayur dalam makanan. Setiap hari,i memang make sure rissa ada consume sayur dan buah. Cuma bila dia sembelit,i make sure dia ambil sayuran hijau macam sawi,bayam dan pucuk manis. Letak banyak-banyak.

*Ubat? Ye,bila rissa sembelit,i bawa juga dia jumpa doktor. Doktor ada bagi ubat lactule (ubat lembutkan najis), pil yang cucuk kat montot tu dan prebiotik. Prebiotik ni elok tau. Dia macam kat yakult,yogurt...memang elok untuk lawas. I cuma bagi rissa prebiotik dan ubat cucuk montot tu jer kat rissa. Setakat ni i tak pernah bagi ubat makan kat rissa sebab bagi i,rissa masih kecil. Selagi boleh elak,i elak.

Oh ye..berkenaan dengan ubat prebiotik tu,ni hah gambarnya. Ambil dengan nasihat doktor ya? Dia macam eno tu. Kita campur dalam air,bagi anak minum. Rasanya plain jer..takde manis ke pahit ke..masam ke..

Setakat ini,itu sahaja cara yang i buat untuk legakan sembelit rissa. Memang dah jadi habit i bila sampai rumah...sebelum apa-apa..i akan tanya mummy,rissa ada berak tak arini? Kalau takde....hah..esoknya confirm i campur prune dalam makanan rissa. Pastu bagi dia minum prebiotic..

Ok,tu jer. ♥♥