Thursday, 31 October 2013

Langkah yang pertama tia clarissa

Sebenarnya..bukan first step pun.
Rissa selalu dah boleh jalan selangkah.
Tapi hari ni,dia jalan dua langkah!
Rasa happy dan terharu sebab rissa boleh langkah sikit.
Anak orang,setahun dah pandai jalan..
Rissa dah hampir setahun sebulan..baru nak jalan dua langkah..
Takpelah sayang..mama tak kisah pun.
Rissa ni kalau diperhati,dia memang slow sikit perkembangannya.
Tapi masih normal.
Dia agak lambat pandai merangkak,pandai duduk,pandai menyusur...
Anak manja,cenggitulah! =.=

Oh ya,gambar rissa ni i nak tunjuk yer..
Rissa cuma akan menyusu botol di waktu siang dalam posisi camni.
Dia kena baring atas peha kita.
Kalau tak,mimpilah kau nak dia minum susu.
Tapi time malam,elok pulak.
Rissa rissa....

Wednesday, 30 October 2013

Pendidikan awal untuk anak

Hai.
I nak cite pasal pendidikan yang i bagi rissa.
I dari rissa baby lagi..i memang dah start bagi dia flash card,buku,bagi dia tengok lagu abc..
Bukan i nak paksa dia belajar..
Tu lebih kepada pengenalan kepada rissa.
Supaya dia biasa.

Sampai sekarang,apa yang i perasan,rissa prefer buku daripada mainan.
Dia suka tengok buku haiwan.
Maka mak ayah dia ni gigih mencari buku gambar animal.
I tak suka buku yang gambar kartun haiwan..sebab i tak nak rissa terkeliru.
Yelah..tetiba elephant kaler purple..apa kes pulak kan..

Tapi iye..dia kenal kucing.
Tak kisahlah kucing kartun ke hape..
Asal tengok jer..dia akan cakap mimimi..
I pulak takut kucing.
Sedaya upaya i tak nak tunjuk depan rissa.
Sebab i tak nak anak i tak suka binatang.
Tak elok kan?
Walaupun asal dia tengok semut jer,cepat je jari dia nak bunuh semut tu. =.=
Kalau depan i,i akan cakap...rissa no! kesian semut.

Flash card?
Flash card rissa..i buat sendiri.
Erk sebenarnya asben i buatkan.
I cuma print jer.
I rasa lagi senang buat sendiri sebab i boleh guna kadboard yang keras dan murah.
Pastu boleh pilih nak saiz acaner..
Kos tak sampai RM10.

Camna i ajar anak belajar flash card?
Sebenarnya i ikut kaedah kak atyfared.
Boleh tengok kat blog kak aty acaner dia ajar qaleef.
I tunjuk flash card depan rissa bila dia ready.
Bila rissa tak nak,i tak paksa.

Oh yer..
Selain tu i bagi gak rissa dengar phonic song.
Alah..macam mimi (mama rafif) ajar anak dia.
Dari A sampai Z..rissa suka X.
Dia pandai sebut X jer.
Kalau 1 sampai 10..rissa pandai sebut ten.
Hahahaha..

-sorry eh kak aty dan mimi..tak reti nak tepek link la-

Perkataan yang rissa pandai sebut?
Sibuk nak letak jugak..hehe..

Mama,papa,ubat,ten,baby,ica (ni dia ikut kami panggil dia rissa...dia sebut ica)..

Itu jer kot yang i ingat. Ok bye..

Monday, 28 October 2013

Tia clarissa is one!

Omg lambatnya nak update yang ni. Dah nak hujung bulan baru terhegeh-hegeh..
Baiklah,tanggal 6 oktober 2013,genaplah rissa setahun. Update perkembangan dia dulu.
Rissa tumbuh gigi ketiga pada 6 oktober tu tau. Tomei sangat ada 3 gigi. Sekarang,dia dah ada 4 gigi. Baru tumbuh last week. Dua atas,dua bawah.
Rissa belum pandai jalan. Baru pandai angkat bontot nak berdiri sendiri.
Kalau bercakap,dia dah tau panggil mama dan papa.
Bila kita tanya..
Rissa,camna bunyi cat? Dia jawab mimimimi...
Masa birthday dia aritu,kami tak celebrate sangat pun. Just beli kek kat secret recipes je. Kalau boleh,i memang nak buat majlis tapi yelah..nak buat acaner..takde sedara pun kat sini. Tapi its oklah kan..apa yang penting,kami ingat dan hargai kehadiran rissa..
Tambah pulak,rissa punyalah tak suka nak blow candle bagai. Wakakaka.. sebab masa kami nyalakan candle tu,pastu dia pegi pegang..tangan terkena api..terus nangis.
Rissa sayang,
Mama dan papa sayang rissa.
Walaupun rissa suka gigit mama time bf tapi mama masih sayang..
Hadiah untuk rissa,mama papa belikan kereta lion.
Kami ingat nak belikan rissa gelang,tapi rissa ni asyiklah nak menggigit manjang. Haih!
Love you baby!
Tak payah cepat sangat besar ye.

Thursday, 24 October 2013

Nedim nazri,kekasih nora danish

Wakakakaka...jemah sangat pepagi ni!
I selalunya tak komen kat ig artis/blogger popular/selebriti.
Sebab segan dan tau diaorang takkan reply.
Malas ah..

Semalam i ada komen kat ig nedim.
I dah lama jugakla follow insta dia sebab i memang stalker.
Kepo hal artis gitew.
Nedim ni bf nora danish..sekarang kan diaorang tengah bercuti di london.
Pastu banyak yang kutuk diaorang cakap menghabiskan duit rakyat bla bla sebab nedim kan anak menteri..

So nedim ada post satu gambar dengan caption yang kat bawah ni..

Dan i pun tergerak hati nak komen balik.
Pastu dia reply tau!
Aww..teruja..sebab tak sangka yang dia ni nak juga reply..

Tapi so far i tengok memang dia rajin komen kat ig dia..
Kira oklah kan...

Eh,ini pun nak buat entri?
Alaaaaa..suka hati iols la...
Hehehe..

Sunday, 13 October 2013

Rissa,mana mulut cantik???

Hai.
Arini saya taip blog mama.
Sebab saya nak sume tengok aksi saya yang paling latest.
Saya suruh mama simpan gambar ni tau.
Tak post kat instagram pun.
Nak surprise..

Mama saya suka buat mulut dia gini.
Dia buat kat papa tiapkali dia minta papa buat something.
Atau masa dia majuk kat papa.
Mama ajar saya buat gini supaya nanti kami senang nak buli papa.
Saya memang suka tiru apa suma orang buat.
Jadi saya tiru mama.

Sekarang kalau orang tanya...

Rissaaaaaaa...mana mulut cantik?

Hah,cepat-cepat saya buat gini..

Oh ya,lupa.
Selain buat gini,saya juga dah mahir buat pandangan ala puss in the boot.
Kalau saya tak suka sesuatu,saya boleh kerutkan sikit dahi,pastu bulatkan mata,pastu buat mata saya berkaca-kaca macam nak nangis.....
Ni pun saya belajar kat mama.

Mama best.
Ajar saya macam-macam taktik untuk buli papa.
Wakakakakaaaaaaa..

Thursday, 10 October 2013

Rissa susah nak makan

Masuk jer setahun ni..rissa susah sangat nak makan.
I dah guna segala kesabaran yang ada tau tak..tapi dia tak nak!
Yang dia nak cuma kiwi dan air kosong jer.
Bayangkan almost sejam suap dia..dia cuma nangis meleleh air mata dan hingus sekali.
Bila i nak lap muka dia pun nangis lagi.
Huwaaaaaa..

Nak kata dia nak makan nasi biasa,sama jer.
Dia memang tak nak.
I google jugak.
Kenapa budak tak nak makan?
Kat situ cakap..memang normal.
Cuba pelbagaikan makanan diaorang.

Ok fine.

Maka arini i buat lempeng kentang dan carrot untuk rissa.
I dapat resepi dari blog saya hot.
I rasa rissa tak nak makan benda yang sama tiap ari kot.
Tak nak makan bubur nasi jer.

Baiklah sayang..mama pelbagaikan..
Esok ingat nak buat bergedil.
Ataupun pasta.
Tengoklah......

Kalau masih gak tak nak makan,i ingat next week nak bawa rissa jumpa paed.
Iye..internet memang cakap takde apa masalah tapi i risau hokey...risau..

Ni i tepek gambar dia sebelum makan dan selepas makan..

Tuesday, 8 October 2013

Guru kencing berdiri,murid kencing berlari

Hai.

Apa yang i nak tulis ni..kalau korang tak sependapat..tak dapatlah i nak nolong yer...

Bila rissa dah masuk setahun ni (6 oktober birthday dia)..i perasan sesuatu yang i rasa sayang sangat kalau i sia-siakan. I perasan yang dia sangatlah cerdik walaupun baru setahun. Cepat tangkap. I bukan puji anak i jer..tapi semua budak ni adalah sangat bijak. Sangat cerdik.

Aritu i tengok The Doctors. Dalam tu cakap..manusia ni dia lahir dengan iq yang sangattttt tinggi tapi semakin usia dia meningkat,iq tu semakin rendah sebab otak dia tak dilatih untuk bekerja. Sama macam pisau yang kita baru beli. Memula tajam. Kalau lama tak pakai atau diasah,jadi tumpul..pastu berkarat.

So sebagai ibu rissa,i rasa bertanggungjawab untuk didik dia. Setakat ini..i perasan yang rissa cepat tangkap segala apa yang kita buat.

Contoh :

Kalau kita jerit kat dia,dia jerit kat kita.

Aritu i tengok betul ke bohong dengan rissa..yang ada lisa dan yusry tu.kan ada part sapa ntah..ajak ke shahrul shiro yang cakap aduh stressnya aku dengan korang ni sambil pegang kepala...

Pastu bila tanya kat rissa,rissa...macam mana rissa stress? Dia terus pegang kepala dia guna dua-dua tangan tau. Ikut sebijik macam kat tv. Wakakaka...comel je bebudak buat gitu.

So yes..anak memang akan tiru segala apa yang dia nampak dan dengar. Jadi pasni kena usaha lagi untuk berkelakuan baik.

I sebenarnya nak taip pasal birthday rissa tapi tunggu dululah...

Thursday, 3 October 2013

1st time rissa ke swimming pool

OTadi..kami bawa rissa pegi pool. Jangan tanya kat mana sebab i lupa. Pool ni somewhere area setia tropika. Caj masuk ialah RM6 sorang,untuk baby free.

Yang bestnya kolam mandi baby dia agak dalam. Paras dada rissa so senangla nak main dengan rissa dalam tu.

Memula i dukung rissa. Ingat nak bawa pelampung yang kitaorang beli kat Ctmah tapi lupa nak beli pengepam angin pulak. Haih.

Dahla rissa takde swimming suit. Adoi. Pasni nak gi carilah.

Masa beberapa minit pertama,rissa agak takut. Langsung tak nak lepas dari i. Lepas dalam 10 minit,dia selesa. Hahhhh..ambik! Bukan main tepuk air tu. Seronok sangat dia.

Kitaorang syukur sangat sebab cuaca redup jer walaupun masa nak pegi tu,panas terik. Takde sesiapa yang sunburn. Syukur! Pool tu pun bersih, sangat bersih. Berbaloi bayar RM6..

Lepas dalam setengah jam,rissa pun dibawa naik. Dia jerit tak nak. Nak pegi berendam balik. Hehe. Kelakar la anak mama..takpe,next time yer sayang..

Wednesday, 2 October 2013

Kisah rissa dan pacifier

Ecewah. Rajin update pulak.
Hehe.
I pernah bagitau dulu...yang i sebolehnya tak nak rissa guna pacifier atau famili i panggil pepet.
Pepet tau.. jangan nak memandai gantikan T dengan K kat hujung tu. =.=

Yelah,i tak nak rissa jonggang.
Ni bukan i cakap tapi orang tua yang cakap baby berputing ni nanti bila besar jadi jonggang.
Yelah..zaman diaorang mana ada puting yang orthodenik...apa ntah ejaan dia..
Sebab kedua,i tak nak rissa attach kepada apa-apa kecuali mak dia.

Tapi di suatu malam,masa tu pukul 8 malam kot..i jaga rissa sorang-sorang.
Dia nangissssssss....fuh!
Masa tu rissa baru dalam 2 minggu dah lahir.
I dah tak tau nak buat apa.
Last-last i bagi dia puting avent yang i dapat free masa beli botol starter pack avent.
Dia suka pulak.
Isap sampai tertido.

I pulak nangis.
Sebab i memang tak nak bagi dia pacifier ni.
Huwaaaa...
Bukan pacifier jer,i memang nak elak rissa terbiasa guna buaian,bantal busuk atau apa-apa yang boleh buat dia ketagih.

Then i google cari pacifier yang terbaik kononnya.
I jumpalah mam perfect pacifier.
So i bagi rissa guna tu.
Sempatlah rissa guna dalam 4 pacifier mam ni tak silap i sebab i tukar tiap bulan.
Pastu rissa stop.
Dia dah tak nak pacifier dah.
Sampailah sekarang rissa memang pacifier free gitew.

Tips i untuk stop anak guna pacifier.

★ Jangan asyik bagi dia puting untuk pujuk dia tiapkali nangis. Bila dia nangis,pujuk dia. Dukung. Bagi susu. Bagi toys...last sekali kalau tak dapat,baru bagi puting.

★ Bila dia dah tidur,cabut puting tu. Jangan biarkan dia tidur dengan puting nanti dia terbiasa.

★ Kerap tukar puting anak supaya dia tak attach dengan satu puting..selain tu,untuk kebersihan juga.

★ Jauhkan anak dari pacifier. I memang tak lekatkan benda alah ni kat baju rissa sebab nanti kalau dia nampak,mesti dia nakkkk jer. So i bagi bila perlu iaitu bila dia nak tidur siang. Malam rissa tak tido guna puting. Sebab tu nak tidokan dia dulu (sampai umur rissa 7 bulan) memang susah. Kena dukung dia sambil nyanyi dan berjalan sampai dia tidur. Sila bayangkan.

Itu jer kot yang i buat. Tapi kalau anak dah gian nak berpacifier,susah kot nak ambik balik dari diaorang. Again,pilih pacifier yang elok macam mam perfect pacifier tu ok?Kita nak anak kita cantik kannnn?

Ok bye..

p/s : susah i nak cari gambar rissa tengah berpacifier sebab macam i cakap...i tak suka walaupun baby nampak tomei sangat pakai pacifier...