Sunday, 29 September 2013

Expo baby danga city mall

Ya i tau.
I patut private jer blog ni sebab i sangat jarang update tapi asben i selalu baca blog i.
So kalau i privatekan..dia tak dapat baca.
Baiklah..jumaat lepas i pegi ke expo baby ni dengan asben.
I sangat teruja kali ni sebab banyak booth tau.
Ada 160 booth..satu jer i kecewa sebab takde booth bebe.
Selalunya mesti ada bebe. :(

Oh,i minta tolong asben ambik gambar so faham-faham jelah kenapa gambar kat sini banyak yang dari belakang jer.

Review?

Pigeon ada jual baju yang super murah.
Rm4 jer untuk baju/seluar cotton! ♥
Walaupun i kena berebut cari baju dengan saiz yang sesuai untuk rissa tapi memang berbaloi.
Tapi i beli sikit jer sebab tak banyak choice.

Tollyjoy pun ada tapi dia jual baju stok lama.
Saiz pun takde.
I sengaja pilih saiz 12-18m dan 18-24m.
Tak nak rissa pakai ketat sangat.

Pampers?
Ada diapex,goon,babylove,whopee,huggies dan of coursela drypers.
I tak beli pun.
Sebab i dah beli dua jumbo pack mamypoko aritu.

Apa lagi ek?
Oh ya,i beli coklat untuk tambah susu dari lunatots
Sebenarnya i tak caya pun makan coklat sikit boleh tambah susu tapi kakak salesgirl tu baik,i beli jelah.

Selain tu,beli mainan 3 in 1 untuk rissa.
Ada 50% discount so i ambiklah.
Rissa suka jer main benda ni so far.

Pastu ada gak beli benda-benda kecik cam pencuci baju dan pencuci botol pureen. Wet tissue. Kikiki...nampak tak betapa dah malas nak taip lagi ni...

Total duit yang digunakan ialah RM300. :)

Ok bye.

Thursday, 26 September 2013

Resepi siakap stim lemon untuk baby

Hai.

Sebelum ni..i jarang masak makanan yang advance untuk rissa.
Sebab i tak reti tu satu...sebab malas pun ya jugak..sebab paling utama,rissa tak reti mengunyah sangat.
Sekali bila tengok auntie rara buat kurma ayam untuk princess..i pun macam wahhhhh!
Tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu untuk rissa gak.. wakakaka..

So i masaklah siakap stim lemon.
Oh ya lupa pulak.
I belum introduce garam kat rissa lagi so resepi ni takde garam ye..

Bahan dia senang jer. Seekor ikan siakap tu potong ala-ala filet.. fefeeling mastercep sangat tau masa iols buat fillet ni.
Pastu bawang merah sebiji.
Lemon dua hiris.. i hiris nipis jer. Takut masam sangat.

Cara masak dia lagilah senang..hari ni,i tak stim sebab i bangun lambat. Takde masa.

Memula chop onion tu finely. Potong halus..

Pastu tumis dengan olive oil sampai wangi.

Masukkan sikit air. Air dalam 3oz gitulah.

Masukkan ikan. Masukkan hirisan lemon.

Tunggu kejap dalam 10 minit..dah siap!

Walaupun takde garam tapi sedap tau.
Ada bau wangi bawang tu.
Rupa dia memang tak menarik langsung.
Tulah i cakap i memang failed bab food presentation ni.

Pasni nak masakkan rissa tomyam pulak..

Wednesday, 18 September 2013

Rissa dan rambutnya

Korang nak anak berambut lebat tak? Meh sini i share sikit. Masa lahir,rambut rissa lebat. Pastu i cukur rambut dia. Maka jadilah rambut dia,tumbuh segan,gugur tak mau..

I ada sorang kawan india ni. Dia cakap kat i,suruh bagi rissa guna minyak kelapa. Memula i skeptikal jugak. Ada ke nak bagi anak minyak kelapa...nanti dia busuk acaner? Tapi sebab i tau minyak kelapa ni memang elok (kalau tak caya tengok rambut orang india yg lebat hitam berkilat).. i guna jugak.

Minyak ni nama dia parachute..harga rm1 jer. Murah gila. Beli kat kedai runcit india. Rissa guna sejak umur 3 bulan sampai sekarang. Hasilnya...rambut rissa lebat tau. Berbeza dengan dulu. I bagi rissa guna minyak ni dalam setitik dua jer. Takdelah i nak bagi sampai menitik minyak tu dari rambut rissa.

Next..shampoo rambut..

I pakaikan rissa 2 in 1 pigeon sakura wash tu. Sejak rissa masuk 10 bulan,i mandikan rissa dengan cara jirus jer air kat badan dia pastu shampoo rambut. Buat bubble banyak-banyak. Hehe.

Oh ye,dulu rissa sampai menangis sebab kena jirus air kat kepala. Dia takut. I pun takut jugak. Takut dia lemas tertelan air. I tanya ofismate i..kakak tu kata,jirus jer. Jangan takut. Nanti dia pandai sendiri. Hah,betul cakap kakak tu. Tak sampai 3 hari,rissa dah tak terkejut bila i jirus kepala dia dengan air. Tapi i takdela kejam. Sebelum jirus,i akan cakap...rissa,basah rambut ok...basah rambut... Then baru dia akan ready.

Sekarang rambut rissa dah panjang sikit. Rimas pulak i tengok. Ikut hati nak gunting lagi sebab sian tengok dia berpeluh. Hmm...tengoklah nanti..

Sunday, 15 September 2013

Asam pedas punya cerita

Hai.

I ni memang kureng bab masak ni.
So untuk asben i suka masakan i adalah susah.
Biasanya dia akan cakap masakan i sebagai okey..
Bila tinggal kat jb ni,asam pedas adalah glemer so asben minta i masak.
I google resepi..last-last amik resepi dari nani rostam,mama hanis zalikha.

Resepi dia i derhaka jugak sebab nak masak cepat oi..anak tengah tido. Takde masa nak masak lama-lama kat dapur.

Bahan yang diperlukan ialah cili kering 20 keping,5 ulas bawang putih,2 batang serai,kunyit hidup 4 cm,bawang merah 5 biji,belacan 1 inci,halba 10 biji,buah keras 5 biji,daun kari dan daun kesum segenggam,asam jawa dan 2 biji tomato.

Untuk campuran dia terpulanglah pada kita. Kalau nak letak bendi boleh..terung pun boleh. I kadang-kadang masak asam pedas ayam,kadang-kadang asam pedas ikan..semua pun boleh jer..kalau i,i suka letak bendi banyak-banyak sebab asben suka.

Ok cara nak masak.

Blend cili kering,bawang putih,serai,kunyit,bawang merah,belacan dan buah keras sampai halus.

Panaskan minyak. Masukkan halba dan daun kari. Tumis sampai naik bau. Bila dah wangi,masukkan ramuan yang diblend tadi. Tumis sampai pecah minyak. Nak tahu camna rupa pecah minyak tu? Dia ialah apabila korang bolehno tengok minyak tu keluar berpecah dan terpercik dari barang yang ditumis. Faham tak? Erk...tak tahu nak explain lagi detail.

Bila ramuan tadi dah garing, masukkan air asam jawa. Kacau kejap . Kalau ikut i,time ni i masukkan garam bagai sebab kalau dah masukkan semua barang nanti, susah nak kacau dalam periuk. Then masukkan ikan, kalau korang nak masak asam pedas ikan. Tunggu sampai mendidih, masukkan tomato. Bila dah agak semua tu masak,masukkan bendi dan daun kesom. Tunggu kejap dan siap.

Rasa kuah dia. Kalau tak cukup masam,tambah air asam jawa. Tak cukup masin,tambah gula. Last sekali,sila doa semoga masakan kita sedap.

Asben i sukaaaaa sangat asam pedas ni.
Dia kata sedap sangat.
:)

I takde gambar asam pedas yang dah siap sebab asben abiskan. Sobs.
I cuma dapat makan seketul kecil ikan jer.
Tapi takpe..asal dia suka.
Siap request i untuk masak lagi..

Im a proud wife gittew...

Thursday, 12 September 2013

Update rissa 11 bulan

Lagi sebulan,rissa dah setahun.
Tapi tak kisah berapa umur rissa,u'll always be my baby.
Perkembangan rissa?

Dia dah pandai merangkak. Dah sangat pandai,asyik merangkak aje kejanya.

Makan pulak,i dah bagi rissa nasi lembik. Tak payah blender lagi dah. Tapi lauk dia i masih blend. Tunggu rissa setahun nanti,i tak blend kot.

Gigi rissa masih ada dua. Takde gaya nak tambah lagi pun.
Sejak akhir-akhir ni,budak kecik ni dah pandai gigit nipple.
Grrrr!
Kalau dia dah kenyang,pastu i bagi jugak susu,mesti dia akan sengih-sengih pandang i,pastu terus gigit.
Tapi i salu bisik-bisik kat dia before tido, rissa jangan gigit mama tau. Sakit. Kesian mama. Rissa sayang mama kan...

Rissa dah pandai memanjat kerusi,berdiri sendiri..suka pegi dapur..

Apa lagi ye?

Oh ya,rissa dah pandai jelir lidah.
Kalau kita tanya,where's your tongue?
Kompem dia tunjuk lidah dia.

Sebenarnya i ajar dia lidah mata pipi mulut telinga semua,tapi dia tahu part lidah jer. Takpe nak,slow-slow.
Tapi kalau kita cakap,mana mata cantik? Dia akan kelip-kelipkan mata dia konon cantik sangat lettew.

Rissa punya rancangan kartun kegemaran ialah cuddlies.
Mak yang ada babytv,tahulah cite ni.
Cuddlies tu kan ada 4 ekor katun.
Nama diaorang dodo,tickles,uh oh dan yum yum.
Jadi sebab rissa one of them,kitaorang panggil dia dum dum. Atau baby dum.
Wakakaka...ada ke mak gini?
Takdelah panggil dia dum dum setiap masa,kekadang jer.
Tapi rissa tahu yang nama dia dum dum.

Selain tu,rissa suka lagu yang first baby song kat baby tv.
Dia memang leka kalau kita bagi dia tengok tu.
So selalunya kalau nak potong kuku rissa atau susukan dia,memang buat time first baby song tulah.

Panjang pulak entri ni.
Oklah,tu jer.
Babai.

Monday, 2 September 2013

Mama jahat

Rissa,

Malam tadi mama dengan awak jer.
Papa keja malam.
Petang tu,mama pegi open house kawan mama.
Kita pegi dengan nenek.
Masa kat rumah kawan mama,awak ok jer. Tak nangis pun masa orang dukung. Alololo...good girl.

Balik jer dari open house, mama mandikan awak. Sebab jam dah 7.00 petang. Pastu awak tengok tv jap.
Pastu dah 8.30 malam,mama tidokan awak.
Awak tido.

Dalam pukul 10,mama terbangun.
Sebab awak bergerak-gerak.
Mama terhidu bau busuk.
Rupanya awak membuang.
Tapi awak tengah tido.
Mama tak tahu nak buat apa sebab awak tak pernah membuang time tido melainkan masa dalam pantang dulu.
Bila mama nak tukarkan,awak nangis.
Mama marah.
Tapi mama tak tengking awak..bukan sebab mama tak nak tapi mama memang jenis susah nak menjerit.
Instead mama pegi picit kaki awak.
Kuat. :(
Makinlah awak nangis.
Awak nangis teruk sangat, sampai nak muntah.
Siap panggil mama mama...

Pastu,mama pegi bersihkan awak dengan air paip.
Sebab awak berguling-guling tak nak mama cuci dengan wet tissue.
Jahatnya mama.
Dahlah tengah malam,mama pegi cuci bonbon awak dengan air paip yang sejuk tu.
Tapi awak ok.
Tak nangis cuma menggigil sejuk.
Dan mama takde inisiatif nak pakaikan awak seluar panjang.

I feel so bad.
Sedih.

Sayang,mama selalu cuaiiiii sangat dalam handle awak.
Kesian awak.
Berkali-kali mama say sorry..harap awak faham dan maafkan mama ya..
Orang mungkin tak faham.
Anggap apa mama buat tu biasa jer.
Tapi mama biasanya tak layan orang gitu.
Dan awak sepatutnya dapat layanan yang paling baik dari mama.
Maafkan mama.
Mama ingat nak belikan awak something tapi rasa tak elok pulak rasanya nak merasuah awak bila mama buat salah dengan awak.
Takpe,nanti mama spend time lebih dengan awak ye.
Mama janji.

I love u girl..
And im so sorry.