Saturday, 29 June 2013

Kenduri kahwin yang pertama

Hai.

Tadi kami sekeluarga pegi kenduri kawin bos lama i. Sebenarnya i cukup seram nak pegi majlis sebab i pemalu gila kot. Hehe. Tapi since i sayang bos ni,i pegi la jugak. Asben sebenarnya tak nak pegi tapi puas i pujuk. Baru dia setuju.

Sampai je..i dah nebes hilang punca tak tahu nak buat apa. Dahlah orang ramai. Phew! Nasib pakai baju kurung. Nasib terserempak dengan sorang kawan i yang tengah on the way balik. Tengah gelabah tu i tanya...saya nak buat apa ni kak? Saya takut ni..

Kakak tu cakap i kena makan,pastu salam pengantin..pastu salam mak pengantin. Errr..itu jelah yang i buat. Makan..salam pengantin..dan salam mak pengantin. Ambik gambar semua tak hokey. Sebab i memang seriously segan dan tak tahu nak buat apa. Family i memang tak pernah ada majlis gini...family asben apa lagi. Makan pun seciput jer walaupun makanan dia sedap gila.

Pastu i dukung rissa..bawa dia pegi salam pengantin. Then salam mak pengantin dan i balik. Dalam 20 minit kot i kat situ..err..tak pun 15 minit..

Mungkin bagi orang yang biasa..pergi majlis gitu adalah normal. Tapi bagi kami yang langsung tak pernah pergi kenduri,ianya sangat menakutkan ok. Apa pun..semua ok..

Friday, 28 June 2013

Kecik hati

Hai.
Ini entri luahan perasaan semata.
Sejak rissa lahir..dari saat pertama dia keluar dari perut i,benda pertama yang i bagi dia adalah susu ibu.
Dari mula,i usaha bagi dia..walaupun masa tu nipple i crack berdarah sebab rissa tak pandai hisap.
Menangis i susukan dia sebab sakit.
Tapi i tak merungut sebab dalam otak i,itu yang terbaik untuk dia.
Lepas tu,i terpaksa bagi rissa fm,tahu tak i punya nangis punya sedih camna?
Hancur hati i.
Nasib dia minum dalam 6 oz jer sebab dia tak nak.
I masuk kerja.
I kena pam sambil kerja.
Malam-malam i kena berjaga untuk pam.
Sebab i pam hari ni adalah untuk esok.
Benda tu berterusan sampai rissa genap 8 bulan.

Dalam masa tu,selalu sangat susu i drop.
I makan macam-macam.
Telan ubat walaupun ada yang kata ubat tu tak elok.
I pantang makan. Langsung tak sentuh ais.
I berhati-hati dengan apa yang i makan,kat mana i makan..sebab i tahu apa yang i makan akan pegi pada rissa.

Tapi syukur,sejak rissa lahir,dia sihat. Tak pernah apa-apa. Doa sangat dia sentiasa sihat.

Yang buat i kecik hati ialah bila she's doing really fine..berat ok..kesihatan ok..sepanjang 8 bulan rissa menyusu susu i..takde orang cakap apa-apa. Tak,i tak minta orang puji i,jauh sekali bagi hadiah ke hape..

Pastu bila rissa buat something yang bijak,orang boleh cakap..mestilah dia pintar. Dia kan minum susu anlene. (contohnya). Hello,dia baru je start minum fm ok. Lagipun apa kena mengena susu dengan anak bijak?

I kecewa. Rasa macam usaha i tak dihargai langsung. Susu lembu tu jugak orang puji. Sedangkan i yang bagi dia susu dari dia lahir..masakkan dia makanan sejak dia 6 bulan (syukur i masih diberi kekuatan untuk masak makanan rissa)..

Tak,i tak minta orang buat tugu negara sebagai mengenang jasa i. I pun tak minta rissa balas semua tu macam kalau dia tak bayar jasa,i sumpah jadi tanggang..eh tak. I cuma nak orang tak payahlah mengecikkan hati i ni. Kalau takde apa yang bagus untuk disebut, diam okey. Just diam.

Wednesday, 26 June 2013

Gigi oh gigi

Hai.

Musim jerebu dah berlalu di jb. Masa jerebu tu,i risau gila sebab takut rissa sakit. Tapi syukur,dia ok jer. I pun ok..tak terjejas dek jerebu. Papa rissa je batuk.

Oh ya..tajuk pasal gigi kan. Tiap hari,i memang tengok mulut rissa. Kot-kot dah ada gigi. Sejak last week,i perasan gusi bawah dia memang dah nampak ada benda putih dan dah ada shape gigi.

Semalam i masukkan jari dalam mulut dia. Raba gusi rissa. Tetiba i rasa eh ada benda tajam. I buka mulut rissa..pastu tengok gusi dia dah merekah pastu ada cam putih sikit kat gusi dia. Waaaaaa....dah ada gigi!

Tak tahu nak cakap i rasa apa. Sedih campur bangga kot. Sedih sebab rissa dah besar..dah bukan baby comel takde gigi lagi..rindu sangat kat rissa versi baby.

Saturday, 22 June 2013

Drypers dry pants

Hai.

Haritu kak mimy ada buat review pasal drypers dry pant ni. So i pun berkenan terus ingat nak pegi beli sampel kat aeon. Tapi yang best,beli mamypoko, i dapat sampel drypers ni free. Eh? Tak ke pelik tapi rezeki....i terima.

I pun try pada rissa. Ini hasilnya pada rissa.

Takde nappy rash walaupun 2 hari pakai.
Walau poopoo banyak,tak bocor ke tepi.
Cutting tang peha adalah besar,memang elok untuk rissa.
I pakaikan rissa dari malam hingga ke pagi,tak bocor.
Material dia adalah lembut tapi tak selembut mamypoko. Ya,i dah bandingkan. Mamypoko punya material adalah yang paling lembut ever.
Senang gila nak pakaikan. Tak payah gaduh dengan rissa macam selalu.
Kartun dia adalah comel.

Yang tak best..

Leceh sikit nak buka.
Lepas guna,tak boleh nak bungkus elok-elok macam diapers biasa sebab takde pelekat.
Kat tepi pinggang dia mudah terkoyak. I tarik sikit dah koyak. Tapi takdelah koyak rabak. Just koyak je.

I akan beli lagi?

Mungkin kot. Tapi i lagi suka mamypoko... :)

Thursday, 20 June 2013

Birthday rissa

Hai.

Short update jer.
Tadi baca entri mama iman pasal birthday iman.
Hmm..
Sedih.
Sebab i pun terfikir nak celebrate birthday rissa jugak.
Iye..i tahu yang dia tak tahu apa-apa lagi.
Tapi mesti nak buat birthday celebration kan?
Takkan anak sorang pun berkira nak buat celebration?
I teringin sangat nak buat majlis-majlis.
Ada saudara datang, ada potong kek, rissa pakai cantik-cantik...
Ya, sebagai mak, i teruja nak urus majlis anak sendiri (bajet macam anak tu dah nak kawin).

TAPIIIIIII...

I tinggal di JB.
Kat sini kami takde sesiapa.
Hanya ada i,suami,rissa dan mil.
Nak majlis meriah hape kalau ada 4 orang aje.

Kawan?

Kawan suami mostly lelaki bujang.
Tak ramai pulak tu sebab dia tu pendiam yang amat.
Kawan i?
Kawan i sikit jer.
Bila i cakap sikit, itu bermakna kurang dari 10 tau. =.=
Jadi acaner nak sambut birthday?

Lagipun i nak birthday rissa ada family i..
Teringat masa i kecik, tiap tahun sambut birthday.
Sampai umur i 12 tahun...pastu celebrate simple-simple jer.
Bila tak sambut birthday (macam sekarang dah tua ni), i rasa orang tak sayang i jer.  :(
So tak nak rissa rasa orang tak sayang dia.
Erk, walaupun dia bukan tahu apa sangat.

Kalau tanya suami, dia 100% akan jawab..
Kita keluar makan kita-kita ajer.
T_______________T
Bukan ke kita selalu keluar bersama dan makan bersama?
Apa bezanya?
Hah, itu satu lagi perbezaan kami.
Birthday dia tak pernah disambut.
Tak penting katanya.
Haih!


Ke ada cara lain yang lebih best untuk sambut birthday rissa?
Kalau bercuti, memang tak lah yer..walaupun teringin...
Ingat nak ambil family photoshoot..ok jugak tu kan..
Tapi rissa tu, takdenya dia nak senyum kalau dengan orang luar.
Hadoilah anak.....
Mama pening...

Wednesday, 19 June 2013

Sambungan kisah cinta kononnya......

Sebenarnya lepas gadis tu cakap saya suka awak,benda tu tergantung macam tu je. Gadis ni pun tak tahu lelaki ni suka kat dia ke tak. Tahu tak lelaki ni jenis cenggini....apa dia rasa dia diam aje.

Sampai satu hari,gadis ni hantar nenek dia pegi klinik. Lelaki ni cakap dia kebetulan ada kat area tu so dia nak jumpa gadis ni kejap. Then dia bagi hadiah. (Omg! Penat cari gambar hadiah tu. Nasib ada. Berhenti kejap sambil kesat peluh di dahi)

Bunga tisu tu lelaki tu buat sendiri. Bagi 3 kuntum untuk i love you katanya. Tapi dia bukan cakap depan-depan. Dia cakap dalam sms. :)

So yes,diaorang pun consider couple la sejak aritu. Bila dah couple,baru kenal each other.

Rupanya lelaki tu anak bongsu,gadis pulak anak sulung.
Lelaki tu jenis sangat pendiam,gadis ni pun pendiam jugak tapi dia lagi banyak cakap dari lelaki.
Gadis tu suka tempat meriah,ramai orang..lelaki tu tak suka.
Lelaki jenis tak ambik sarapan dan suka makan lewat malam,gadis pulak suka sarapan dan tak suka dinner.

Eh,banyaklah sangat perbezaan diaorang.

Lepas tu takde apa yang menarik sangat. Biasalah couple gaduh,putus,sambung balik..haha..biasalah. Darah muda katakan.

Nak tahu apa yang kelakar? Gadis ni selalu harap janganlah dapat laki anak emak. Tapi lelaki ni ialah anak emak ye. Harap maklum. Apa pun, gadis ni pegang kata-kata satu je..kalau lelaki ini jodoh dia,maka dekatkanlah. Kalau bukan,pisahkanlah.

Kebetulan lepas setahun,keduanya dapat kerja kerajaan. Gadis ni memula posting kat shah alam. Lelaki ni kat JB. Hubungan jarak jauh....fuh. Hampir tiap hari gaduh ok. Memang respek laki bini yang boleh berjauhan. Masa ni hubungan diaorang dah almost 3 tahun. Gadis dah resah gelisah sebab cita-cita nak kawen umur 21. =.=

Gadis ni pun cakap kat lelaki ni. Kalau awak serius dengan saya,kita kena kawin. Saya ni makin tua. Saya tak nak buang masa dalam hubungan yang tiada penghujung. Genap 3 tahun,kalau tak kawin,kita putus!

Hamboi. Ayat bukan main. Sebenarnya gadis ni bukan apa. Bagi dia,kalau kita bercinta just for fun,baik tak payah. Niat memang nak kawin kan. Buat apa nak buang masa? Tapiiiiii...kena make sure sebelum kawin tu boleh hidup sendiri. (Rissa,kalau rissa besar dan baca ni ingat tau. Sebelum terfikir gatal nak kawen,pastikan dah mampu sara diri sendiri. Jangan susahkan sesiapa. Nak kawin,sila usaha)

Tapi sebelum kawin,memang dugaan sangat. Sebab kes anak emak ni. Mungkin dah suratan. Mungkin dah jodoh. Mungkin juga sebab gadis ini yakin itulah jodohnya......maka mereka kawin jugak.

Err,happy ending? Tak tahu lagi. Tiap ari berjuang. Dah kawin ni,kurang sikit gaduh cuma yelah...apa kat dunia ni sementara jer. Semoga perkahwinan ini kekal..

Gadis itu bukan cinta pertama lelaki....
Lelaki itu pun bukan cinta pertama gadis...
Tapi doa semoga cinta mereka akan jadi cinta terakhir...

*sebenarnya cerita kedua ringkas sebab i dah lupa.dah kata kan..lepas couple banyak dugaan so i save yang comel-comel je dalam otak.yang tak best,i dah delete....

*gambar cincin kat bawah ni..yang stainless steel tu lelaki tu beli masa diaorang baru couple. Lelaki tu beli tanpa kehadiran gadis tau. Beli exactly muat pulak tu. Bila ditanya,jawapan dia senang aje.. saya kan selalu pegang tangan awak.. :)

Itu satu-satunya hadiah yang masih dipakai kedua-dua mereka sampai sekarang. Kena pakai double gitu sebab cincin kawin (yang emas tu) dah longgar..kalau takde cincin couple,memang jatuh mengelongsor la cincin kawin tu jawabnya.

Ok,kisah ni tak best. Tapi ni kisah benar. So,terimalah seadanya ye. Hehe..

Tuesday, 18 June 2013

Saat pintu itu terbuka

Masa tu, gadis sedang mendengar taklimat di pejabat. Taklimat lapor diri bekerja. Tiba-tiba pintu pejabat itu terbuka. Seorang lelaki masuk. Gadis itu bagaikan tergerak hati untuk memandang. Sebaik terpandang,sesuatu terlintas di fikiran gadis itu...inilah suamiku. Walaupun masa tu umur gadis ni baru 18 tahun. Dan walaupun tak tahu lelaki tu single atau tak.

Tapi ini bukan cerita korea. Lelaki tu tak pandang pun si gadis. Kemudian mereka pegi ke cafe beramai-ramai. Taklimat lagi. Almaklumlah,gadis tu dan beberapa lagi kawannya baru masuk kerja. Lelaki tu pula baru dua bulan kerja di syarikat tersebut. Masa taklimat ni,gadis tu sengaja jalan lambat-lambat sebab dia nak tahu lelaki ni duduk kat mana. Bila lelaki tu dah duduk,gadis ni cepat-cepat duduk sebelah dia. Sambil kontrol cun.

Malangnya,lelaki ni sangat pendiam. Tak bercakap. Tak pandang gadis tu pun. Dalam hati si gadis, takpe.kau tak pandang aku...aku pandang kau..

So gadis ni pun tengok tangan lelaki tu. Bersih,putih. Kuku tak panjang. Ok..pass ujian pertama. Seterusnya hidu sikit. Since diaorang duduk sebelah-sebelah,ini senang jer. Ok..takde bau ketiak. Walaupun tak pakai perfume,tapi pleasant smell. So,pass. Next,gadis ni fikir camnalah nak cakap dengan lelaki ni.

Belek punya belek,akhirnya gadis ni ternampak ada parut macam tatu kat lengan lelaki ni. Sila jangan tanya lengan mana satu sebab kiri dan kanan sukar dibezakan ok? So tanyalah pasal parut tu. Ok,dapat juga berbual sikit.

Next ujian,gadis ni tanya satu soalan dengan muka paling blur ever. Dan lelaki ni jawab dan explain dengan baik. Ok pass. Lelaki ni tak bodoh. Tahukah anda lelaki kaya/kacak tak guna kalau bodoh tak tahu apa-apa?

Lelaki tu tinggi dari gadis. Ok,pass. Lelaki tu tak pandang gadis macam nak telan. Ok pass. Ya,daya penariknya di situ. Lelaki tu langsung tak minat kat gadis ni so bila orang lari,kita akan teruja nak kejar.

Tiba-tiba supervisor yang bagi taklimat cakap yang mereka kena bertukar-tukar nombor hp,in case of anything. Pucuk dicita ulam mendatang. Gadis ni dengan senang hati minta nombor hp lelaki tu. Masa ni,tak terlintas langsung tentang status lelaki tu. Apa yang bermain di fikiran gadis ni ialah i must get my husband!

So malam tu,gadis ni missed call. Hihihi. Nak mesej macam segan (eh,tahu segan jugak rupanya). Dan lelaki tu pun mesej tanya sape ni. Puiii..kura-kura dalam perahu sungguh. Bila ingat balik,takkanlah lelaki ni tak tahu gadis ni yang miskol tu... malam tu diaorang sms. Sampai tertido.

Dan perkara tu berlaku setiap hari. Mereka sms sepanjang hari..beratus sms sehari. Tapi tak call. Sms saja. Mereka belum couple lagi. Status hubungan adalah complicated.

Perkara tu berlaku selama berbulan-bulan hingga akhirnya mereka keluar bersama. Satu yang sangat baik pasal lelaki ni ialah tiapkali mereka keluar,lelaki ni akan minta izin pada keluarga gadis tu.First date ialah di kfc. Makan snack plate kot. Of course la asing-asing. Tak faham camna couple boleh share snack plate. Eh hello...cinta tak bagi perut kenyang tau.

Dan akhirnya,satu hari gadis ni cakap..i love u..kat sms la of course. Yelah,dah kenal dekat 10 bulan,sms tiap ari tapi lelaki tu tak cakap apa pun. Suka ke..tak ke. Stress gadis ni. Nak kata tak suka,apsal sanggup sms tiap ari pastu akan teman gadis ni tiap malam dengan sms sampai gadis ni tido? Pastu sanggup pulak tolong gadis ni,jadi tempat mengadu bla bla bla.......

Lelaki itu reply apa ntah tapi yang pasti bukan i love u too. =.='

So gadis ni sms lagi. Jadi camna ni? Saya suka kat awak.

*kisah benar ini akan bersambung ikut kerajinan penulis :)

Monday, 17 June 2013

In2it lip treat

Hai.

Aritu i ada buat review pasal lipstik mary kay kan. Lipstik tu i dapat sampel je. Makanya dah habis so memang tak la i nak beli lipstik tu lagi. Mahal weh..

I ni pula adalah pengguna tegar lip balm. Sebelum ni i guna nivea. Ada sesekali i guna lip ice. Tapi sabtu lepas masa pegi watson,i ternampak in2it lip treat ni. Murah jer uolss. Rm6.90 jer. So i beli.

Arini pun fefeeling hot stuff pakai lipstik. Dari pagi tadi pakai..lepas bekpes sampai sekarang ni..lip balm ni kekal hokey. Tak tanggal pun. Cam i pakai lipstik pulak. Bibir pun rasa moist jer. Tak rasa kering langsung. Wah...best!

Ok tu je. Sila tengok muka iols feeling cun. Hehe...ala,sesekali takpe la kan..

Friday, 14 June 2013

Heinz biscotti

Jumaat lepas keluar pegi aeon. Makan kat black canyon. Sebelum i makan, i suapkan rissa makan bubur dia dulu. I memang ada bawa bekal siap-siap. Lepas habis,i kesian pulak tengok dia terkelip-kelip tengok mama dan papa dia makan.

Maka i pun bagi dia heinz teething rusk. Bagi sebab kat kotak kata no sugar no salt bagai. Satu pek kecil RM10. Ada 6 rusk dalam tu. I ingat rusk ni akan cair bila dimakan tapi i silap. Tak sampai seminit,rissa dah baling rusk tu. Gedebuk jatuh bawah meja. I terkejut. Gitu punya jatuh tapi biskut tu tak berderai pun. I ambik rusk yang lain dalam kotak dan try gigit. I gigit. Tak patah. Ok,gigit lagi sekuat hati. Baru patah. Nasib rissa takde gigi lagi. Kalau tak,silap-silap patah gigi anak dara tu.

Diaorang ni jual teething rusk ke jual biskut kayu? Teether rissa pun tak keras gini. Dahlah tak sedap bau pelik.

Atas dasar kesian,i pun bangun dan pegi balik dalam aeon. Cari biskut lain. Rissa dan papa dia masih kat black canyon. Kali ni i pilih heinz biscotti. RM4.50 sepeket. Sebelum bagi rissa, i rasa dulu biskut tu. Yelah..kot pahit ke..beracun ke..biar maknya yang kena dulu ye dok?

Sekali rasa..hamboi manis gila! Macam biskut marie. Seumur hidup rissa,tak pernah lagi i bagi dia makanan manis cenggini. Tapi dah alang-alang beli, i bagi jugaklah dia sebatang biskut. Dia makan ajer.

Dah habis biskut tu...i bagi dia tomato. Tu pun dia makan jugak. Tak sampai 15 minit kemudian, dia muntah. 1st time dia muntah time jalan-jalan. Cian babygirl. Tapi dia tak nangis pun.

So no more heinz biscotti untuk rissa. Manis sangat. Tak elok.

Wednesday, 12 June 2013

Busy baby

Hai.

Rissa ni i perasan kalau bagi jer dia bakul toiletries dia,mesti dia senyap untuk 30 minit gitu. Pastu dia pantang tengok bakul ni. Asal nampak jer,dia merangkak kat situ pastu sepahkan.



Muka happy dapat bakul.



Apa ni mama? Tak pernah nampak pun. Bukan saya biasa guna yu yee ke? -iyolah nak.mama dah beli masa awak baby lagi.ingat tak masa tu awak elergik dengan minyak telon?ni saja letak kat bakul untuk awak gigit-



Bestnya dapat gigit ni.



Gigit jer dah tahu krim ni mahal kan mama... =.=



Mamypoko saya.



Yeay! Semua dah berjaya dikeluarkan.





30 minit kemudian.



Mama,saya nak mama dukung.....



Mama.....

Dan akhirnya........



Hihihi...sian anak mama.

posted from Bloggeroid

Sunday, 9 June 2013

Pertama kali rissa naik flight

Sebelum ni i ada cakap yang i risau sangat bawa rissa naik flight. Nak tahu apa i bawa?

Buku rissa. Toys yang boleh goncang-goncang. Pacifier. Mamypoko 2 keping. Wet tissue. Tisu. Air kosong rissa. Baby bites.

Sebelum naik flight,i sapu losyen pigeon banyak-banyak kat rissa sebab takut kulit dia kering. Udara dalam flight mengeringkan kulit,iols memang tak suka.

Masa nak boarding,rissa dah start meragam sebab dia ngantuk. I saja tak tidokan dia dulu. Masuk dalam flight,i baca buku untuk dia kejap. Pastu bila flight dah start nak take off,i bf dia. Tepuk-tepuk sikit pastu dia pun tido.

Bila anak tido,maknya lega. Boleh makan dengan selesa. Dalam 10 minit sebelum landing,rissa pun bangun. Bf kan dia. Pastu flight pun mendarat.

Tu masa nak pegi sibu. Bila nak balik jb..rissa pun tido tapi kali ni dia tido kejap jer. I kena bacakan dia buku berkali-kali.

Im a cow and i say mooooo..
Im a cat and i say meow..
Im a sheep and i say baaa..
You're a baby and you say babababa..tatata.. (ajuk dia cakap dengan suara paling comel dan happy ever)

Pastu dia pun sengih-sengih senyum. Yelah. Nak buat camna lagi. Ingat senang nak biarkan seorang budak duduk diam selama hampir dua jam? Masa nak mendarat,tetiba ada air turbulance. Tau kan? Yang bila flight terlanggar awan tu. Apa lagi. Bergegar-gegar flight kitaorang cam naik roller coaster. I dah pening nak muntah. Rissa i bagi papa dia dukung. Bila i tengok dia, yela risau dia pening ke loya....sekali dia boleh gelak-gelak senang hati sebab dia ingat papa dia tengah main goncang-goncang badan dia kot. =.=

So,itulah pengalaman pertama tia clarissa naik flight. Good girl. Lega i.

Thursday, 6 June 2013

Happy 8 months young babydoll

Nak catat perkembangan rissa sehingga dia genap 8 bulan..

Takut sangat kalau kena tinggal. Omg. I baru baringkan dia pastu baru selangkah nak ke dapur,dia dah nangis.

Terer gila dalam walker. Kalau kita pura-pura nak kejar,dia siap berlari-lari. Pastu stop. Toleh belakang tengok kita kejar lagi ke tak.

Mama is her favourite. Kalau tengok i balik keja,dah pandai merengek minta ambik. Manja betul.

1 jun 2013. Pandai sebut mama. Masa tu dia tengah nangis. Papa dia dukung. Pastu dia pandang i dan cakap mama...then sambung balik uwaaaaa...setakat ni dah tiga kali dia sebut mama. Tapi time nangis je. =.=

Malam nak tido,wajib cari mama dia. Letaklah dia kat buai ke,dukung ke..apa ke..dia tetap nak i jugakkk! Kalau tak,dia takkan tido. Ataupun dia akan nangis.

Papa dia ialah her biggest toy. Dia anggap papa macam mainan. Untuk dia main,dukung dia bawa jalan-jalan..asal tengok papa je dah terlompat suka.

Kalau dudukkan rissa,dia boleh duduk sendiri dalam 5 minit gitu. Tapi kita kena dudukkan dia sebab dia tak tahu macam mana nak pegi ke posisi duduk.

Dah pandai duduk kat baby chair. Aritu masa kami pegi makan,i test letak dia kat baby chair. Eh,dia tak jatuh? Boleh duduk diam selama hampir sejam lagi tu. Hebat!

Makin kuat..makin sihat. Tak larat nak dukung dia lama-lama. Dahlah suka jatuhkan diri masa didukung.

Dah kenal orang. Mostly kalau orang tu saiz petite,rissa tak takut. Adik-adik i..semua dia ok je. Orang lain dapat dukung kejap jer. Pastu dia uwaaaaaaa! Ada sekali tu,mami i dukung dia dalam kereta. Dekat sejam sampai dia tertido. Dia diam jer. Adik lelaki i cakap,sebab muka mami sama dengan muka i. Kikiki. Ada lak gitu.

Dulu rissa jenis sangatlah pendiam. Susah nak dengar dia berbunyi. Sekarang dah peramah sikit. Sikit ajer. Nangis yang banyak. Sikit-sikit cebik. Bunyi blender..uwaaaa. Orang batuk kuat depan dia..uwaaa. Tak nak makan..uwaaa. Nasibla nangis kejap jer.

7 bulan 5 hari,dia dah pandai menyusur ke depan.

Suka sangat babytv. Suka tengok buku. Belum ada gigi.

Itu jer kot..kami baru balik dari sarawak. I cuti 2 minggu. Tu yang jarang update sebab jaga rissa kat rumah. Best giler jaga anak...

Sunday, 2 June 2013

Wujud juga ibu macam ni?

Sebagai sorang mak yang sangat sayangkan anak,i sangat sensitif dengan kekejaman terhadap anak-anak. Kita sering disogokkan dengan kata-kata mana ada ibu tak sayang anaknya. Hmm. Ada. I cerita ni sebagai panduan bersama.

Ada seorang mak cik ni,umur lewat 40 an. Dia ibu tunggal,ada 3 anak. Bongsu 6 tahun. Dulunya mak cik ni baik sangat. Sayang gila kat anak dia. Nyamuk gigit pun marah. Hinggalah satu hari,dia jumpa seorang lelaki.

Dia jadi berubah sangat. Keluar berdua bercutian dengan bf dia saja. Every weekend, cuti umum dan cuti sekolah. Anak-anak tinggal kat rumah. Nak tahu ditinggalkan dengan apa? A lot of mee segera. Biasalah bebudak. Mana reti masak sangat. Makanya budak tu terpaksa makan mee je. Kalau seminggu dia bercuti,seminggu la mengadap maggi. Yang maknya makan sedap jer. Anak-anak terkial-kial.

Pastu time weekday,mak cik ni memang tak jumpa bf dia sebab bf dia kerja kat bandar lain. Nak tahu mak cik ni cakap apa? Aku ni macam kuli kena jaga anak kat rumah.

Tiapkali gaduh dengan ex husband pasal anak,selamba je cakap..kalau kau nak sangat,kau ambik jer anak-anak tu. Dia cakap gitu depan anak-anak. Apa perasaan budak tu? Sampai si abangnya (17 thn) cakap kat adik dia..pandai-pandai kita jaga diri. Mak dan bapa dah tak nak kita lagi.

Hancur luluh hati i tengok situasi ni.

Pastu anak bongsu mak cik ni selalu sangat cari mak dia. Nak ikut mak dia bercuti. Mak cik ni boleh cakap kat si bongsu...nak tengok mak happy kan? Kalau nak tengok mak happy,kau kena tinggal kat rumah ni. Nanti mak baliklah. Ada ke mak yang normal pentingkan kebahagiaan sendiri berbanding anak dia?

Dalam kes mak cik ni,si bongsu la paling kesian. Budak 6 tahun. Sebelum ni ditatang macam minyak yang penuh. Malah masih minum ribena guna botol susu. Dulu putih comel gebu. Sekarang gelap,badan berdaki sebab dia tak reti nak gosok badan sendiri,ada panau sebab dia tak pandai nak lap badan kering-kering lepas mandi,kaki penuh kesan gigitan nyamuk..pastu tak dibagi minum ribena. Minum teh tiap hari. Badan dah susut. Mak cik ni tinggalkan si bongsu dengan nenek dia kat kampung. Tu yang jadi gitu. Orang tua dah uzur..mana larat nak jaga budak.

Kat kampung takde letrik. Si bongsu ni tak dapat tengok tv. Ari-ari dia baca sebuah komik doraemon yang dia bawa dari rumah. Selama dua minggu..itu jela keja dia. Baca komik yang sama.

I kesian sangat. Paling tersentuh,dulu mereka ni jenis tak tinggal sembahyang. Tapi lepas benda gini,diaorang tak solat lagi. Bila ditanya,dia kata malas. Pastu bila tanya lagi..dia kata walaupun dia sembahyang tapi Tuhan masih juga buat diaorang beradik camni. Selalu sangat dengar mereka cakap..mak tu dah macam takde anak.

Siapa i untuk menilai orang? Memang jasa ibu tak terbalas sanggup gadai nyawa lahirkan anak tapi patut ke anak-anak dibuat camni? Dianggap beban. Bebudak ni jadi yatim piatu sebelum mak bapa meninggal. Mak asyik berjoli..bapa pun kaki arak kaki judi..

Tolong i ya..tolonglah doakan anak-anak ini. Tolong ya...doakan mereka selamat dunia akhirat. Doakan semoga mereka tak terpesong. Doakan ya..