Tuesday, 30 April 2013

Tips memberi avocado untuk baby

Hai.

Kat entri sebelum ni..ramai gak mommies yang kurang tahu camna nak bagi baby avocado ni. Untuk pengetahuan.,avocado sangat berkhasiat. Baik untuk otak baby. Dan dia ada lemak yang baik juga. Macam salmon. Ada good fat gitu. Since i belum berani nak bagi rissa olive oil,i bagi dia avocado dulu. Yela,dia baru je 6 bulan kan? So..meh i share sikit apa yang i tahu. I dapat ni semua hasil google,blogwalking dan youtube.

Jenis avocado. Ada dua jenis. Satu bulat. Satu lagi bujur.Yang bujur ni dia cam labu sayong gitu. Tu hah. Kat gambar i ada tandakan avocado bulat. Apa bezanya? Avocado bulat,bila masak kulit dia akan jadi warna hitam olive gitu. Yang bujur pulak,bila masak, kulit dia tetap hijau tapi kalau kita picit,kita boleh rasa lembut.

I prefer avocado bujur sebab i takut tengok buah warna hitam. Nak tahu avocado tu elok ke tak..bila kita buang benda kat atas dia putih cantik,maka eloklah avocado tu. Sila refer gambar dan jangan nangis tengok i edit macam apa ntah.

Nak check sama ada avocado dah masak ke belum ialah dengan press it gently guna palm kita. Tapak tangan tau. Bukan hujung jari. Rosak pulak avocado tu kalau uolss picit nanti.

Cara i,i selalu beli avocado yang paling keras (belum masak),pastu i peram dalam tong beras. Pastikan keseluruhan avocado diselaputi beras. Lepas 4 hari,confirm avocado tu masak. Jangan simpan dalam peti sejuk. Nanti sampai ke sudah avocado tu tak masak.

I selalu beli avocado di giant. Kalau weekend,kadang-kadang giant buat promosi sebiji avocado rm3. Kalau kat tesco,avocado rm5 sebiji. I sentiasa beli dua biji,takut 1 rosak,at least i ada extra sebiji.

Oh ya. Avocado tak perlu dimasak dan ianya cepat lebam macam apple. Jadi kena prepare cepat-cepat. Lepas prepare,terus bekukan. Nak prepare dia senang jer. Belah 4 avocado tu,keluarkan biji dia pastu terus tanggalkan avocado dari kulitnya macam uols biasa makan oren sunkist tu.

I selalu mixkan avocado dengan pear. Rissa kena selalu makan pear,baru dia poopoo. Selalunya..i akan rebus pear dengan sikit air. Bila pear dah lembut,i blend pear sekali dengan air rebusan dia. Pastu i masukkan avocado. Blend hingga sebati,masukkan dalam bekas ice cube,terus bekukan.

I baca kalau handle makanan anak yang nak dibekukan,kena cepat. Tak boleh lebih dari sejam untuk elak makanan tu tercemar.

Rasanya takde apa lagi kot. Nanti rissa besar sikit,boleh makan avocado dengan yogurt pulak. :)

Thursday, 25 April 2013

Semalam dalam sejarah

Semalam,mil pegi hospital. Untuk ambik darah. Hubby pulak offday. So sepatutnya hubby jaga rissa,i keja macam biasa. Tapi pagi semalam,i dah bersiap..dah lengkap berbaju kurung,hubby cakap awak tak payahlah kerja.nanti kita keluar..

I pun malas sebenarnya. Nak keluar ke mana? Dahlah nak tunggu mami balik dari hospital. Then hubby cakap saya ingat nak keluar kita bertiga jer. Wah!!!! Mak jemah suka! Rasa nak lompat kat situ juga. Immediately i salin baju dan teruja nak keluar. Pukul 9.30 pagi dah keluar rumah okey.

Kami pegi aeon tebrau. Sampai jer,rissa dah buat muka boring. Dia kan tak suka keluar. -.-

I baringkan dia kat stroller. Terus tido. Pastu kami pun gi makan. Beli magic pan. Beli skrub origins.

Ingat nak ambil gambar banyak-banyak tapi hp low batt. Hmm. Jadi dapat ambil gambar muka rissa yang sedey memanjang masa baru sampai tu.

Nak cite tu je. Tau kenapa i seronok? Sebab semalam pertama kali kami keluar bertiga lepas rissa lahir. Rasa cam family yang lengkap. Happy!!

Sunday, 21 April 2013

Puree bananacado

Hai.

Ini 1st time mak jemah nak update guna note ni. Hihihi..
Nak cerita pasal solid food rissa. I suka bagi rissa avocado sebab ia baik untuk otak. Setakat ni dah dua kali bagi dia avocado. Dia suka aje..sebab i campur avocado dengan buah lain macam pear..pisang dan epal. Kalau makan gitu je,memang tak sedap langsung.

Masa nak buat bananacado ni..i excited suruh hubby ambik gambar. Ingat nak tunjuk ajar cara senang camna nak potong avocado tapi baru jer potong....i dah terpotong jari sendiri. Hadoi. Dahlah pisau tu tajam baru dua kali guna. Hubby dah bebel..tengok.kan dah luka.. yang i pulak,bila tengok darah banyak dah gelabah cepat-cepat ambik garam lumurkan kat jari. Tapi darah masih menitik. I awal-awal dah jauhkan jari i dari avocado rissa. Yelah..tak pepasal jadi ratu bersiong pulak kang..menangis mak kau ni nanti.

Hubby pegi kat peti ais. I tengok darah dah takut. Camna ni? Darah tak nak berhenti ni. Kata si isteri lalu mulalah kepala berdenyut,pandangan berpinar,tekak loya.

Saya nak pengsan. Sambil duduk picit kepala pejam mata. Dramaqueen sungguh.

Last-last hubby suruh i tuam dengan ais dan tampal plaster. Walaupun jari sakit lagi,i sambung masak-masak.

Hasilnya? Puree yang sedapppp sangat tapi rissa tak suka. I baru bagi sesudu,dia dah muntah dengan banyaknya. Pastu tutup mulut rapat-rapat. Tiga kali bagi,pun gitu. -.-

Nak tahu apa anak dara tu suka? Pear,apple,carrot. Kalau benda manis sangat..dia memang tak suka. Takut gigi rosak lettew......walaupun takde gigi. Hihihi..

Wednesday, 17 April 2013

kisah makan tia clarissa

hai.

sekarang ni kalau taip entri,kena taip secara berperingkat sebab iols busy memanjang.baiklah,nak cerita pasal apa yang rissa dah makan.

apple.keledek.pear.pisang.prune.oat.carrot.labu.avocado.betik.susu anmum.

iye,i dah bagi rissa fm.dulukan i pernah kekurangan susu dan i cam sasau kejap.tapi masa tu,i bagi topup fm dalam 2 minggu je.lepas tu,stop.sebab rissa tetiba ada rashes lepas i bagi susu tu.sekarang,since rissa dah makan,maka i pun topup fm untuk rissa sebotol sehari.ebm i bagi 3 botol.

semua i ikut 4 days rule kecuali pisang dan prune.pisang tu susahlah.lepas i lecek,bila i tapis,dia cam likat pekat..eh,susahlah! prune pun sama.kalau i boleh bekukan pisang,kan bagus.

(fm ialah makanan tambahan rissa ye.tu kata-kata untuk sedapkan hati sendiri)

semua rissa makan.baiknya anak mama.

macam mana i handle?

puree tu i bekukan.malamnya i pindah ke chiller supaya cair.masa nak bagi makan,letak je kat warmer.semua i buat gini kecuali avocado.untuk avocado,i ambil puree beku,letak dalam warmer sampai dia cair dan bagi rissa.i buat gitu sebab avocado mudah bertukar lebam (macam epal).apa ntah nama proses tu.

oh ya,i bagi rissa makan guna sudu soft tip.setakat ni i dah guna tiga sudu sebab bila i bagi betik dan carrot pada rissa,warna betik dan carrot tu lekat kat sudu walaupun i dah cuci.grr!tak suka.takkan nak bagi anakanda kesayangan tu guna sudu buruk,ye tak? walaupun sebenarnya rissa tak kisah pun.

aritu masa mula-mula makan,rissa sembelit.i ambil nasihat hana (mama naurah) -okmalasnaktepeklink- untuk try and error.so i dah jumpa penyelesaiannya iaitu pear.pisang pun ok tapi i malas nak handle pisang.i make sure dalam sehari,rissa ada makan pear.

last sekali,rissa kurang menyusu.uwaa!dulu dia minum 4 botol (3oz) sepanjang waktu siang,sekarang jadi 3 botol jer!! adakah ini normal?risau i kalau dia tak cukup khasiat. ok,jom tengok wajah kesayangan iolss..










posted from Bloggeroid

Sunday, 14 April 2013

bye bye mamypoko

hai.

sejak rissa lahir,95% daripada diapers yang dia gunakan adalah mamypoko.jarang sangat guna brand lain.sebab i tahu mamypoko ialah diapers terbaik ever.dan termahal jugak. T__T

sehinggalah suatu hari,mamypoko rissa hampir habis,i dan papa rissa pegi lah ke giant.sampai je mamypoko takde sale.pack yang ada 48 keping tu,rm43 kalau tak silap.pergh!sedangkan kalau ada sale rm30 je.makanya,i tak nak merugikan diri.i pun pilih diapers ini.



ini yang dia tulis keistimewaan dia.





i beli super jumbo pack saiz m.ada 66 keping.harga dia rm37 je murahkan?yang i suka pasal babylove ini ialah daya serapan dia sama je macam diaper yang rissa guna sebelum ni.cutting dia lebar sikit dari mamypoko tapi sama panjang..pendek kata babylove ni takde beza sangat pun dengan mamypoko cuma dia murah sikit.kalau tanya i,sekiranya kedua-dua diapers ini berada pada harga yang sama,i pilih babylove.

permukaan kering bila basah,pelekat dia pun ok.bukan jenis plastik.







yang kureng sikit pasal babylove ialah bila dah penuh,dia cenderung mengembang.tetiba montot rissa besar semacam.hehe.tapi taklah teruk sangat.



last sekali,tepek muka si pemakai yang berpuas hati.pasni nak try growing pants babylove..

posted from Bloggeroid

Saturday, 6 April 2013

happy 6 months old tia clarissa

hai.

6 april,genaplah rissa 6 bulan. perkembangan rissa, dia dah pandai meniarap,telentangkan diri sendiri,pastu pandai berpusing 360°,angkat badan sendiri sampai perut (ala-ala pumping time bersenam tu).

oh,dia tau main baa baa chak!

bila kita cakap minta kiss dan letak pipi kita kat mulut dia,dia reti kiss. iye,dia kiss. biasanya kalau letak benda kat mulut,dia akan hisap,tapi kalau letak pipi,dia sentuhkan bibir dia je kat situ.

rissa dah makan.dah bagi keledek,epal dan labu.hasilnya,dia sembelit teruk sebab labu. nak cerita panjang lebar ye.

khamis.petang i balik,rissa tengah nak membuang.punyalah susah.menjerit-jerit dia nangis.yang kuarnya,seketul kecik je.

jumaat.lepas lunch break,suami sms cakap rissa nangis lagi time nak meneran.i terus balik,hantar rissa ke columbia.sampai kat sana,doktor razlina takde.so,pegi je emergency.

masa kat emergency,rissa dah nangis. sedih sangat i tahu tak? rissa tak pernah nangis gitu,kecuali time dia masih sangat baby dulu. i cuma dapat cakap, sabar rissa.anak mama strong kan..kuat kan..

i sendiri dah rasa nak nangis.omg sayang.kesian sangat..bila doktor sampai,dia boleh tanya..u hantar anak pegi sini sebab dia sembelit je??? i rasa cam bengang sangat. i tahulah sembelit tu normal tapi takkan i nak duduk je tengok anak nangis sambil cakap, alah,normal je tu.

dahlah caj sampai seratus,pastu kau tergamak cakap gitu? i banned terus columbia asia nusajaya ni. sakit hati. aku ni bayar untuk servis kau,kau layan aku macam taik??! nasib staff dia layan i dengan baik.apapun,tak nak i pegi situ lagi kecuali i pregnant lagi sebab doktor rajesh,o&g kat situ ialah doktor yang paling baik ever tau.

lepas diberi enema,rissa dapat gak berak.itu pun seketul je dan berdarah.hancur hati i.masa ni,i memang doa sangat,tolonglah bagi i yang sakit.tolonglah jangan bagi rissa sakit. :,(

ok lah.itu je nak cerita.sekarang,i tetiba rasa serik nak ada baby lagi.i tak sanggup nak berdepan dengan anak sakit.kesian sangat.



gambar ambik pagi tadi.kebanyakan gambar dia bergerak.susah nak ambik.

oh ye,sape ek yang komen kat entri giveaway tu?liyana kot..yang tanya camna nak buat gambar kat centre bila upload pakai bloggeroid? jawapannya,i pun tak tau. wakaka. i update,dia automatik ke tengah..

p/s : giveaway i terbuka lagi tau.joinlah.. :)
posted from Bloggeroid

Thursday, 4 April 2013

giveaway paling senang dalam dunia

hai.

i nak buat giveaway uols.
sebenarnya aritu i menang quiz yang ciknaa bagi..so dengan ini i pun nak ikut cam giveaway ciknaa jugak la..erk,apa punya tak lojik alasan ni?







ini saja soalannya. berapakah jumlah duit syiling arissa ini?

sape yang dapat jawab jumlah paling terdekat akan dapat hadiah. hadiah apa? erk,tak tahu lagi..akan difikirkan ye..

syaratnya,tiap org boleh bagi jawapan sekali sahaja. tarikh tutup ialah ikut suka hati mak jemah. :)

ok,babai.

p/s : rissa,tengok syiling ni suma papa yang asingkan dan kira tau. mama simpan dalam plastik je sebab mama asyik salah kira. T__T bila rissa besar nanti,say thank you papa ye..
posted from Bloggeroid

Wednesday, 3 April 2013

puree apple untuk baby











senang giler nak buat.i lebih suka lecek manual sebab malas nak cuci blender.

rissa tak boleh makan epal sebab buat dia susah nak membuang.sian anak mama..

posted from Bloggeroid