Sunday, 31 March 2013

Bagaimana mula perkenalkan solid food pada baby?

Hai.











Sebelum start,tepek gambar anak dulu. I cuba taip guna perkataan penuh dan tanpa singkatan ya. Cuba.

Sebelum bagi rissa makan,i banyak sangat membaca. Google sana sini. Cari entri pasal makanan mommies yang lain. Last-last,i decide sendiri cara i nak bagi rissa makan.

Bermula dengan makanan. I rasa paling elok i bagi dia sesuatu yang tak manis sangat dan mengenyangkan. Jadi i pilih sweet potato. I stim keledek itu dan buat puree. Sekali buat,i terus buat stok empat hari. Empat hari pertama, i bagi satu kiub puree tapi rissa nampak masih mahu. Maka,lepas empat hari,i bagi dua kiub.

Tiap ari,i cairkan puree yang i bekukan di bahagian chiller. Bila sudah cukup masa,i didihkan sikit air dan tuang pada puree. Jadilah puree itu suam-suam kuku. I tak nak bagi puree panas pada rissa sebab nanti masa nak suap,kita end up tiup jugak makanan tu.Tak elok kita tiup-tiup makanan ni. Nanti air liur ke,nafas ke,apa-apa yang berkuman pada kita terkena makanan anak,tidak elok kan?

Bila rissa sudah pass makan keledek,i perkenalkan buah pada dia. Mula-mula,i bagi epal. I potong kecil dan stim epal itu. Kemudian lenyek-lenyek guna penapis. Malas nak blend. Bila time nak bagi rissa,i campurkan epal dengan 1 oz susu. Then letak dalam warmer.Sekarang,i bagi satu kiub epal sahaja. Nanti banyak sangat,takut dia sakit perut.

Jadual makan rissa ialah pagi dia bangun. Dalam 5.30-6.00 pagi. Tengah hari dan last sekali petang,dalam pukul 4.00. Pagi dan petang makan keledek atau apa-apa yang bersifat mengenyangkan. Tengah hari makan buah.

Kenapa bagi buah tengah hari?

Sebab mak risau budak tu sakit perut atau kembung. Lagipun takut dia tak nak menyusu nanti. Tunggu dia dah aktif,i plan bagi buah tu sebagai snack dia.

4 days rule? Ya,i amalkan 4 days rule. I dah fikir baik buruk,i nak stick kepada peraturan ini.

Memandangkan i bagi rissa sayur dan buah,i taip ye,jadual makan rissa.

Hari 1-4 : keledek

Hari 5-8 : keledek (pagi dan petang)
epal (lunch) - menu baru

Hari 9-12 : labu (pagi dan petang) - menu baru
epal (lunch)

Hari 13-16 : labu (pagi dan petang)
pisang (lunch) - menu baru

Dan begitulah seterusnya. Dengan cara ini,senang i nak monitor. Buat masa ini,inilah yang i amalkan. Tengoklah lepas ni bagaimana. Mungkin ada cara yang lagi senang,share ya?

Bye.

posted from Bloggeroid

Thursday, 28 March 2013

Makan di el migos city square, jb

Hai.

I jarang nak update pasal makanan kan? Tapi arini nak update sebab makanan kat el migos ni sedap tau. Dulu i dah dua kali makan kat sini masa pregnant,tapi tak best. Kali ni best sebab banyak choice.

Antara makanan yang kami makan :



Chocolate lava cake. Sedap. Lava dia suam-suam,makan dengan ice cream dan crumble tu.



My order. Ayam takde tulang. Lagi sedap dari nasi ayam kat the chicken rice shop. Portion pun boleh tahan.



Tak tahu apa nama ni. Hot dog burger kot. Ini pun i suka!! Cuma cam tak sesuai makan roti burger dengan hot dog tu. Portion dia banyak.



Spagetti ayam. Sedap. Biasanya i tak suka spagetti tapi yang ni i boleh terima sebab rasa tomato dia tak kuat sangat,ada rasa cheese dan kuah tak pekat sangat.



Cordon bleu chicken! Super sedap. Biasalah, i kan suka cheese. Rasa nak pegi makan lagi pulak.



Air dia biasa je.

Total spend, RM146. Mahal jugak la kan..tapi i puas hati..

posted from Bloggeroid

Tia clarissa first solid food

Yeay! Rissa dah makan. I takdela teruja sangat. I risau. Takut perut dia tak ready. Belum masuk 6 bulan kan..tapi i rasa masanya dah tiba.

Makanan pertama rissa ialah keledek yang mamanya masak. Masa memula bagi,dia akan buat muka pelik cenggini.













Hehehe. Hai lah anak. Awak sangatlah adorable. I bagi dia makan dua kali sehari. Pagi dan petang. Oh ye,i bagi dia air suam gak. Sikit jelah.

Mil nak bagi dia minum air kosong time tengah hari tapi i tak bagi. Susu kan ada. Berkhasiat lagi tu. Tapi i tak lah jawab gitu. I cakap, tak payah je..

Sekarang tengah fikir camnalah i nak bersihkan lidah rissa. I try bersihkan guna kain tapi dia gigit kain tu dan jari i. T__T

Boleh tolong ajar tak mommies suma?

Bye.. :)

p/s : jatuh cinta kat galaxy note pink yang baru tu.rasa nak beli sangat..

posted from Bloggeroid

Wednesday, 27 March 2013

First time buat makanan anak

Hai.

Entri panjang lebar ye. 6 april depan,rissa masuk 6 bulan. Sepatutnya i plan nak bagi dia makan masa tu. Sepatutnya minggu ni i plan nak beli periuk untuk masak makanan rissa. Sepatutnya.

Semalam masa i balik kerja,mil cakap rissa tetiba kuat menyusu. Dia menyusu sejam sekali. Dengan maknya yang kais pagi makan pagi ni,memang i risau sangat kalau rissa lapar.

So i cari kat dapur,jumpa sweet potato. Suami punya. Niat i nak bagi avocado dulu tapi guna jelah apa yang ada. Nak bagi bubur,i takut dia sembelit. Usus dia pun tak kuat lagi kan...

Lepas rissa tido,i stimkan sweet potato tu sebiji. Pastu cuci semua benda yang i akan guna untuk buat puree. Paling penting,sebelum tu,google resepi puree dulu. Huhu. Dah masak sume,jadilah gini.



Then i masuk blender avent. Ingatkan blend gitu je. Rupanya kena tambah air. I tak tahu nak guna air apa,i guna air mineral. Yela,benda tak dirancang. Dah masuk air,baru dia nampak cantik. Tapi i tak buat cair sangat. I ingat nanti time suapkan rissa,baru tambah air lagi.



Pas siap blend,i tapis. Walaupun i rasa dah cukup halus tapi tapis jelah. Sebab kat group hsffb memang cakap semua makanan baby kena tapis sampai dia 7 bulan.



Comel tak? Ngee. Benda alah ni ialah 7 in 1 food processor. Brand anakku. Boleh ajer beli penapis biasa tu tapi benda ni comel. Macam mainan masak-masak i time kecik dulu. Senang nak bawa masa travel.

I sebenarnya ada beli ice cube tray yang kat giant tu tapi i rasa macam susah je nak cedok puree tu dalam tray. Almaklum,orang jarang kat dapur,jari memang keras sikit. Nasib blender ni ada free storage cup. Senang ada storage cup ni. I letak puree dalam sesudu besar, nanti kalau nak bagi rissa,panaskan aje terus dalam storage cup dan suap. Itu plan i.

Bubur nasi? I bagi masa rissa 7 bulan nantila. Buat masa ni,i bagi dia sayur dan buah dulu. Ayam dan ikan,tunggu dia 8 bulan la. Plan i,untuk permulaan,i bagi dua kali makan dulu. Nanti lepas i bagi bubur,baru i bagi tiga kali makan.

4 days rule? I tak ikut kot. I nak ikut poo poo rule. Bagi je rissa makanan yang sama sampailah dia poo poo. Budak ni berak seminggu sekali. Kalau dia berak tiap-tiap ari pasni, baru i ikut 4 days rule tu. I berazam nak masak sendiri untuk rissa sampai dia 2 tahun. Semua homemade food. No sugar,no salt. Doakan i ye..

Hasil puree?





I dapat 6 bekas. Untuk tiga hari. Dua bekas i letak kat chiller. Yang lagi 4,i bekukan. I baca kalau puree letak kat freezer,tahan 3 bulan. Tapi i letak paling lama 5 hari je kot. Tambah pulak peti ais kecik gini. Letak ice pack je pun dah penuh.

I letak ye apa i nak bagi rissa. Memula ni i bagi sweet potato. Pasni masukkan pear-pumpkin-banana-apple. Takat tu jelah.. Apapun,i seronok gila main masak-masak ni.

Take care uols. Nanti i buat entri rissa makan pulak ye..

posted from Bloggeroid

Sunday, 24 March 2013

Pelik sikit tentang rissa

Hai.

Nak tanya uols,anak uols memang meragam sikit eh kalau penat? Citanya gini, semalam kami bawa rissa keluar. Pegi aeon bukit indah. Asyik-asyik pegi situ. Boring.

Dalam keta,i dudukkan rissa kat car seat. Dia ok je.







Sampai kat aeon,kami makan kat stonegrill. Rissa dah mula tak selesa dalam stroller dia. Pas df,dia tido. Hehe. Macam senang je i cita. Sedangkan sebenarnya,i kena df dia,pastu tepuk-tepuk montot sambil i bawa dia jalan-jalan. Mencabar ok. Last-last, dapat gak i makan. Fuh!



Gambar gelap sebab i tutup hood stroller. Lepas dia bangun,baru kami beredar.



Muka dia baru bangun. Kitaorang jalan sampai 3.30 petang. Rissa diam je dalam stroller cuma dia nampak takde mood. Muka sedih je.

Malamnya,dia agak cranky. Dia bangun pukul 11.30 malam,pukul 3.30 pagi baru tido. Dia tak nangis. Cuma nak main je. I dah ingat dia sakit ke apa. Sapu minyak panas suma tapi tak nak tido gak. Last-last i kena dukung dia sambil jalan-jalan keliling dalam bilik,baru dia tido.

Normal ke gini? Tapi memandangkan rissa banyak ikut perangai i..hmm,dia memang ikut perangai i sebijik..i rasa normal kot. Bila i penat pun i moody. Ntahla. Ok,bye..

posted from Bloggeroid

Saturday, 23 March 2013

Review mom and baby expo jb



Hai.

Semalam i dan suami pegi mom and baby expo kat danga city mall ni. Kami pegi masa lunch break. Sampai kat sana,jalan memang dah jem..orang pun ramai sangat.

I pulak teruja!!

Cam biasa,masuk je collect goodie bag dulu. Kali ni barang tak best. Dapat minyak tyt sebotol dan travelling pack toiletries baby kiko. Booth lain takde yang bagi free gift sangat pun. Hmm.

I rasa expo kali ni kecik dari masa i pegi tahun lepas. Banyak booth yang jual barang yang sama cam romper carters..alaa,benda yang mostly suma org jual secara online tu.

Diapers yang terlibat pulak ialah drypers,diapex,pet pet dan baby love. Baby love murah giler ok. 2 pek biasa berharga rm40 je. Baby love ni elok. Kadar serapan dia lebih bagus dari mamy poko tapi dia tebal. Jadi i malas nak beli.

Booth kegemaran i ialah booth bebe. I beli 6 pasang baju dan sepasang kasut kat sini. Dress dia suma ada 30% discount. I beli 2 dress. Oh ye,kalau nak tahu, bebe dan suma brand under bebe ni ialah brand kegemaran i sebab material baju dia adalah bagus dan harga pun ok.

Apa lagi ye? I ada beli gyro bowl,stokin gap yang berharga rm2 je sepasang,berus botol basilic..oh,dan i ada beli patung mypillowpet untuk dua orang anak kawan i.



Lembut patung ni. I suka. Ingat nak beli untuk rissa tapi dia tak reti main patung lagi.

Ok,tu jelah review i. Takde banyak gambar sebab orang banyak sangat dan tangan i penuh plastik. Total i spend ialah rm300.. (lupakan jelah niat nak beli handbag baru)

Ok,bye.

posted from Bloggeroid

Saturday, 16 March 2013

Ajar anak makan

Tengah hari tadi,lepas menyusukan rissa,i tergerak hati nak test sudu mam yang i beli aritu. Kebetulan baki susu rissa ada sikit je dalam botol. I panggil papa dia untuk snap gambar. Dudukkan dia kat walker.. Dan aktiviti menyuap rissa guna sudu pun bermula.



Yang ni mula-mula. Rissa takde muka teruja langsung. Maknya yang over.







Dia dah buat muka tak suka dah.









Muka sedih tak nak makan. Maknya gigih gak suapkan. Papa dia gelak-gelak je.



Akhirnya rissa dapat idea bijak.



Tutup mulut ketat-ketat. Bagus sayang. Tak sia-sia mama doa semoga awak bijak tiap ari. T.T

Nampaknya i kena ajar dia makan dulu sebelum dia betul-betul makan. Takpela sayang,kita belajar slow-slow ye..

posted from Bloggeroid

Friday, 15 March 2013

Entri merapu jer

Hai.

Its friday uols. Kita suker! :)
Ni hah..nak citer,handbag i rosak. Sobs. I ni kan kedek,beli handbag murah je,pastu bila kulit handbag tu tanggal-tanggal sikit,terus tak nak pakai. Pastu ulang pakai handbag murah yang bos i beli kat bali 5 tahun lepas. Meh i tepek gambar beg tu.



Hehe. Ni gambar sebelum peknen masa gi melaka time disember 2012. Tulah handbag yang i maksudkan. I beli dengan harga RM20 je.

Dah ada anak ni,i teringinla nak pakai handbag mahal sikit. Tapi i jenis lebih concern pasal kulit. Sebab,bagi i,biar tak lawa,asal kulit flawless gitu.

I baca kat satu blog tu..katanya produk yang paling bagus yang takkan buat muka kita ada jeragat ialah clinique. Maka,i pun pasang hajat nak guna clinique. Yang tu pun mahal gak tu.

Tapi kawan sepejabat i ada jual krim muka gak. Harga RM70..krim malam. Krim ni memang bagus. Banyak budak kat ofis yang guna krim ni. Takat nak pudarkan parut jerawat,memang no hal. I pun pernah guna gak. Dia buat muka i jadi licin omg omg. Tapi yang i tak suka,krim ni ialah krim malam. I malas nak tepek benda kat muka memalam buta ni.

Last sekali, i berkenan satu dress comel giler brand trudy and teddy yang i nak beli untuk rissa.

Bajet i below RM250,agak-agak yang mana i beli ye? Hmm..

posted from Bloggeroid

Thursday, 14 March 2013

MyBBstore yang best

Semalam dalam 3 petang,i beli sikit barang rissa. Yelah,anak dah nak masuk 6 bulan ni,banyak benda kena tukar kan? Pacifier,botol,puting..pastu kena beli mangkuk dan sudu dia lagi..

I beli kat mybbstore. Tengah hari tadi,sebelum lunch break,barang sampai. Fuh,memang excellent gila ah. Semalam order,arini sampai.







Tadaaa! Ni la suma barang yang i beli. Cantik kan kotak dia? Hujung bulan ni ada baby expo kat JB,hah..time tu beli lagi..

Lupa lak,kalau nak beli barang baby online,i memang suggest mybbstore ni sebab servis dia laju. Pastu,kalau takde stok,cepat je diaorang call dan tukar barang. Taklah macam satu lagi online shop tu. Tengok kat internet,suma available. Alih-alih takde stok. Pastu tunggu berhari-hari baru call nak cakap takde stok. Grrr!

Lagi satu,dia selalu buat sale. Aww,mak suker!

Sebenarnya handbag i dah rosak. Ingat nak beli handbag baru. Tapi lepas beli barang anak,tengok baki duit dalam akaun..pastu congak-congak nak beli apa time expo baby nanti..hmm..takpelah. I pakai je beg yang kawan i beli kat vietnam tu dulu. Beli barang rissa lagi best.

Ok. :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, 13 March 2013

Isk,tak sanggup!

Hai.

Tadi i join satu kursus komunikasi. Selalunya i memang tak suka segala benda alah kursus ni tapi sebab nak cukupkan kuota 7 hari..terpaksa. Dahlah tak boleh main internet,takde tempat caj hp,susah nak pam susu,tak cukup makanan..grr! Tak suka kursus.

Penceramah tadi namanya Pak Abu,dari Intan. Orang gomen tau kan intan tu apa..nak citer sikit benda yang dia cakap yang bagi i kesedaran. Fuh,cakap dia memang menusuk terus direct dalam diri i ni.

Dia kata, tiap malam sebelum tidur,jenguk dulu anak-anak. Pastikan dia tak tidur dengan benda merapu. Contoh,sebelum tidur,dengar lagu ke,tengok tv ke..macam i,sebelum tido,tengok instagram. Huhu.

Tidur ni kan seumpama kita dimatikan. Dia kata, sanggup tak kita sebagai mak bapak tengok bila anak kita mati,benda terakhir yang dia dengar/tengok,adalah hiburan dunia??







Tengok gaya dia tidur. T.T
posted from Bloggeroid

Sunday, 10 March 2013

nak suntik bayi kena selang-selang kaki rupanya

Mak oi,panjangnya tajuk!







Layankan dulu muka budak ni.

Aritu masa rissa kena suntik,nurse tanya,sebelum ni suntik sebelah mana. Bila i tanya kenapa,nurse cakap tak boleh suntik peha yang sama..kena selang-selang. Kalau bulan ni kiri,bulan depan kanan.

I tak tahu pun sebelum ni!!

Mintak jauhla segala kesan negatif dari i yang tak pernah ambil tahu rissa cucuk belah mana. Nurse ni pun satu. Lenkali tu tolongla bagitau awal-awal.

Grrr!

Arini rissa officially pandai meniarap,pastu terlentang balik. Bila dah pandai,kejanya asyik meniarap terlentang,meniarap terlentang. Amboi,seronok ye?
posted from Bloggeroid

Saturday, 9 March 2013

Sedih lagi

I sedih.
Tiap weekend,i selalu bayangkan..i masak untuk suami,jaga anak,kemas rumah..
Yela,isnin sampai jumaat i tak dapat buat semua tu.
Tapi in real life,every weekend,i akan nangis sebab sakit ati.
Sebab time weekend pun i tak dapat buat semua tu.
Sedih sangat bila after all,i tak tahu apa fungsi i dalam rumah ni selain bagi rissa susu dan buat dengan suami.
Betul.
Itu je benda yang i buat.
Sakit ati ni tau tak?
Bukan sehari je dah gini tapi dah 6 bulan. Dulu masa pantang,tiap ari i nangis.
I tak tahu sampai bila i dapat bersabar.
Bukan minta simpati tapi i takde tempat mengadu,selain Tuhan..
Sampai ada masa i rasa nak mati,tak nak hidup lagi..
Bila ingat rissa,i sabarkan diri..

posted from Bloggeroid

Thursday, 7 March 2013

Kesan kena inject 5 bulan

Fuh,lama giler tak taip entri kat pc..

Nak citer. Selasa lepas (5 Mac), rissa kena cucuk 5 bulan.Pastu nurse nak bagi ubat kat i, i cakap tak payah lah.Nurse kata balik rumah terus bagi ubat. I jawab jer..baiklah..

Then malam tu,masa rissa nak tidur, dia meragam. I dah mandikan dia,dukung dia,dodoikan dia dari pukul 5.30 petang sampai pukul 8 malam,dia tak tidur lagi. Merengek je. I dah start nak geram jugak. Bila teringat yang dia kena suntik siang tu, barulah i sabar jer. Last-last dia tidur atas badan i.

Lepas rissa menyusu dalam pukul 2.30 pagi,i perasan dahi dia ada panas sikit. Suami pulak keja malam. Adakah i panik? Huhu. Taklah. Dalam hati i lega jugak sebab i tahu badan rissa sedang berusaha melawan vaksin yang dimasukkan dalam badan dia. Untuk menghasilkan antibodi. Correct me if im wrong ye..

I cari termometer, check suhu dia. 36 darjah celcius. Suhu normal.
Pastu cari tuala kecil, tuamkan kat dahi rissa.
Dia terkejut tapi nasib tak terbangun.
Cuma i kena berjaga dari 2.30 pagi tu la..sebab anak dara tu kalau tido asyik nak meniarap jer. Nanti jatuh pulak kain yang i tuam tu. T_T

So apa i buat sambil jaga rissa?

I tengok primadona la uolssss...yang ada zain saidin tu. Kat youtube. Tengok pun kat hp jer sambil dengar kat headset..Dah ada anak kan?Takde maknalah i nak tengok tv secara live. Asyik-asyik tengok baby tv..

Dah pukul 6 pagi, i check rissa ok sikit. I direct feed dia kerap gak.Tiap sejam sekali. Yelah,susu ibu ni kan banyak khasiat, maka i bagilah dia susu banyak-banyak. Nak bagi ubat,memang taklah. Ubat tak elok diberi untuk anak bawah 2 tahun, unless terpaksa dan mesti di bawah arahan doktor paediatrik.

I tengok dia nampak ok jer. Badan dia tak panas. Dahi jer panas suam-suam kuku. I pesan kat MIL, pastikan bagi rissa mandi. Supaya panas kat badan rissa tu keluar. Tengah hari pun kena lap badan rissa kalau cuaca panas. I pakaikan rissa baju nipis. Dan beri rissa susu macam biasa.

Tapi kalau rissa tetiba tak aktif, asyik nangis, muntah-muntah, panas yang amat sangat...cepat-cepat call i supaya boleh bawa jumpa doktor terus.

Tengah hari tu i call, mil cakap dahi rissa masih panas sikit tapi dia ok jer. Cuma dia cam kurang menyusu. Kena susukan dia setiap sejam instead of 2 jam sekali cam biasa. Syukurlah mil memang cukup sabar melayan rissa..kalau pengasuh,i pun tak tahu camna..

Petangnya bila i balik,rissa dah ok.. Syukurlah.. Tak perlu i bagi dia ubat.

Apa yang i nak cakap kat sini, sebagai seorang ibu, kita kena ambik sebanyak mungkin maklumat. Jangan dengar cakap orang jer. I pun tak sepandai mana tapi tulah....usahalah yang terbaik untuk anak kita dan yakinlah dengan apa yang kita buat tu.


Wednesday, 6 March 2013

Little one dah 5 bulan

Macam tak percaya. Tak lama lagi dah nak sekolah dah anak kesayangan ni. Pastu nak kawen. Uwaaa.. You'll always be my baby.. :,(

Rissa dah pandai apa?
Hmm,dia boleh kawal kepala dengan baik. Takdelah asyik bergoyang-goyang seperti lalang ditiup angin.

Kalau i bersin atau terbatuk,dia boleh tenung je muka i,pastu terus mencebik nak nangis. Hehe..

Masa tidur,dia lasak sangat. Sekejap-sekejap,i tengok dia mengiring ke kiri. Pastu ke kanan. Pastu tertiarap. Pastu terlentang. Risau tau. Takut dia tido tertiarap dan tak dapat bernafas. Sekarang asyik menyesal kenapalah i tak beli tilam yang clevermama tu..

Tadi pegi klinik. Rissa kena suntik. Tak nangis dia. I pulak yang takut lebih. Berat naik,semua ok. Yang i terkilan sangat..

Nurse suruh bagi rissa makan. Hmm. I kecewa tau tak? I takdela ekstrem sangat (eh,ejaan ekstrem memang cenggini eh?) tapi agak-agak la kan. Pastu suruh bagi bubur,ayam,sawi,daging suma. I tak boleh terima bila nurse tak aware tentang apa yang patut dan tak patut diberi pada baby.

Then i tanya boleh bagi telur tak? Dia jawab boleh. Hmm,setahu i sebelum anak setahun kena bagi telur tapi takdelah nak bagi dia time belum masuk 6 bulan.

Itu kat klinik. Kat rumah pulak i stress dengan orang yang beria nak ajar rissa berjalan. Bukan main lagi suruh naik walker. Pastu tak bagi rissa meniarap atas alasan takut dia sakit dada. Maknya ni yang sakit dada menengok benda camni.

I tak cakap i sangat pandai tapi i jenis yang..ok,kau dah ada anak sendiri dulu kan? Kau dah ada peluang jaga anak kau, sekarang bagi aku jaga anak aku pulak..kalau rasa nak jaga baby ikut corak kau,sila buat anak sendiri.

Sekian.
posted from Bloggeroid

Sunday, 3 March 2013

Review halford flitlite stroller

Hai.

Dah janji kan nak review pasal stroller baru rissa. Walaupun niat nak beli maclaren tapi SA tu boleh pulak pujuk dan yakinkan i yang flitlite ni sama je macam maclaren quest. Dia siap cakap membazir je beli mahal-mahal. Ok fine. I tergoda.

So,ini review i.

Harga. Sangatlah berpatutan kalau nak dibanding dengan kualitinya. RM419,ok la kan.

Berat dia 7kg. Tak la seringan combi tapi bolehlah. Tak berat sangat. Pastu dia boleh bawa berat up to 18 kg.

Tinggi. Handle dia sesuai dengan ketinggian kami suami isteri. Yeay! Takde kes asyik tersadung kat tayar lagi.

Tayar depan boleh pusing-pusing. I sangat suka. Senang nak tolak dan pusingkan stroller tu.

Ada 4 recline position. Boleh baring flat, sampailah duduk tegak. Pastu nak tukar kedudukan ni pun senang sangat. Tekan sikit je button kat tepi dia.

Tak boleh facing kita tapi ada ruang peekaboo. Boleh tengok muka baby all the time.

Senang nak buka tutup. Memang senang giler ok. Suami i,sekali buat je dah pandai. I lagilah pandai sebab SA dah ajar. Hehehe..

Kat tepi dia ada side ventilation system. Kat malaysia kan panas. Jadi,kat bahagian tepi stroller ni,ada netting yang kalau kita buka zip dia,udara boleh masuk,pastu baby boleh nampak benda kat tepi dia. Hah,yang ni rissa suka. Bukan main lagi dia jeling sana sini. Ni time baby baring ye.

Dahlah tu kot. Kang lebih-lebih i puji,uols cakap i promoter pulak. Oh ya,lupa nak cakap. Stroller ni jenis umbrella fold jadi tak makan ruang bila nak simpan.

Yang i tak suka ialah seatbelt dia. Cam besar sangat pulak. Pastu basket dia tak boleh access kalau tengah fully recline. Takde tempat untuk letak air. Takde penghadang kat depan.

Meh tengok model stroller.














posted from Bloggeroid