Thursday, 28 February 2013

Lepas bersalin,piyed jadi tak menentu ke?

Hai.

Walaupun i exclusively bf genap rissa 4 bulan,tapi i dah uzur masa rissa 3 bulan. I terkejut juga sebab i ingat i takkan piyed sampai 7-8 bulan. Hehe..

Itu takpe. Itu bukan persoalannya.

Bulan lepas,piyed tengah bulan. Tapi semalam baru perasan,bulan ni dah nak abis,cik p belum datang lagi. Err,normal ek? Cakap kat suami,dia boleh konpiden cakap, tak mungkin peknen. I pun rasa tak mungkin tapi entahlah.

Tulah,nurse bagi pil perancang aritu,tak nak makan. Sekarang,dah cuak. T.T

Bukan menolak rezeki tapi i memang langsung tak ready. Tetiba rasa nak beli pregnancy test tapi....i tak berani la. Takpela. Orang kata,bila peknen,kita akan tahu yang kita peknen. I sekarang tak rasa cam peknen pun.

Hmm..ok babai..

posted from Bloggeroid

Sunday, 24 February 2013

Alergik susu lembu?

Hai.

Sejak rissa 4 bulan,i bagi rissa sebotol fm tiap ari. Selama ni memang nenek dia je yang bagi dia susu tu,i tak pernah lagi. Tapi since sekarang weekend,maka i pun bagi jela dia minum. Oh ya,rissa memang tak nak df kalau siang.

Semalam pas bagi dia minum sebotol fm,i perasan mulut rissa gini.







I tilik-tilik muka dia. Dia ok je. Cuma tepi mulut yang terkena susu tu merah. I tanya mil. Mil cakap memang camtu sebab rissa suka gosok mulut. Lepas sejam lebih,merah tu hilang. So i assume memang sebab rissa gosok mulut la kot.

Tadi i bagi lagi. Baru 1 oz dia minum,i perasan mulut dia yang ada terkena susu tu merah lagi.



Then i titiskan setitik susu tu kat peha dan lengan rissa. Sebab i cam 90% yakin susu tu yang buat mulut dia merah. Tak sampai 10 minit..



Peha dan lengan dia pun ada merah gak. Tapi benda ni hilang dalam sejam lebih. I sangatla confuse. Apa yang terjadi sebenarnya?

Ada yang cadang bagi susu soya tapi dengarnya soya tu tak elok kan? I memang tak plan langsung nak bagi rissa susu soya. Hmm,mungkin i akan try karihome kot pasni..

Tengok la. Setakat ni,i stop je fm. Bagi dia susu badan sepenuhnya.
posted from Bloggeroid

Friday, 22 February 2013

Tak kesian kat anak ke?

Ada orang cakap kat i..nanti rissa mesti cepat je dah tak nak menyusu. Cam anak dia. Setahun dua bulan dah stop minum susu. Pastu dia advise bagi milo. Atau ribena. Macam anak dia gak.. I yang dengar hanya mampu senyum.

Kau dah kenapa?? Tak kesian kat budak tu? Ok,let say anak dah tak nak menyusu,kita boleh try alternatif lain kan..bagi fruit juice ke,smoothies ke..things yang kita nampak dan tahu apa kandungannya..instead of sehari 5-6 kali bagi anak tu minum milo atau ribena semata.

Bagi atas alasan budak tu suka? Ok,camna kalau dia sukaaa sangat minum arak? Kau bagi gak dan letak dalam botol susu? Dah kau bagi,memangla dia suka. Dia tu budak lagi.

I tak boleh terima kalau di zaman moden camni ada parents cakap tak tahu apa yang tak elok untuk anak. Eh,kau boleh main fb,instagram bagai..tapi tak boleh google pasal anak?

Bila takde anak,sibuk nak ada anak.
Bila dah ada anak,kau jaga sambil lewa.

Please la. Kalau kau nak bagi anak kau nestum ke,tak boleh masak untuk anak ke..tak apa. Tapi bagila anak tu makanan yang khusus untuk baby. Kesian sangat i tengok bila ada baby mati atas sebab mak bapak pejam mata je bila berkaitan makan minum anak.

Anak tu satu tanggungjawab. Please take it seriously. Jangan buat anak je pandai.

Monday, 18 February 2013

Pertama kali rissa jatuh

Nak kena jadi rekod ni. Semalam 17.2.2013, i tengah baca buku dengan rissa dalam bilik. Bila suami balik dari gym, dia masuk bilik, i terus suruh dia ambik gambar i dengan rissa.

Yela,orang baru download camera 360,memang teruja lebih.





-I upload guna hp je ni. Tak tau saiz gambar dalam blog camna-

Masa tu i letak rissa kat riba i. Dah suami ambik gambar,i nak tengok la hasilnya. So i lepaskan pegangan i kat rissa. Tetiba dia tunduk.

Bedebuk!

Jatuh la dia tertiarap atas tilam. I dan suami berpandangan kejap sebelum i ambik rissa. Dia diam je. Tak sakit kot? Huhu. Lagipun jatuh atas tilam jer..

Cuai tak i? Takpela,dia pun ok. Takde apa berlaku. Next time kena hati-hati.
posted from Bloggeroid

Sunday, 17 February 2013

Rumah idaman

Hai.

Ni dah kenapa merapu pasal rumah? Hehe. Tak salahkan? Wishlist i bermula dengan kerja,kereta,suami,anak dan sekarang rumah.

I dah 25 tahun. I rancang by 30,i nak ada rumah sendiri. Eh,maksud i..i nak ada rumah sendiri dengan suami. Tapi sebelum tu,kena make sure yang kami bebas hutang.

Ruang tamu

Memandangkan i pemalas,i nak ruang tamu yang kosong. Just ada sofa dan tv sahaja. Tak perlu coffee table. Kalau ada tetamu,boleh minum kat dapur je. Jadi senang nak kemas. Tv kena besar,lekat terus kat dinding. Sofa kena besar gak,depends dengan saiz ruang tamu.



Dapur

Dapur wajib ada mini bar sebab i suka berbual dengan mami i sambil masak. Erk,sebenarnya dia masak,i tengok. Dapur kecik takpe,janji lengkap. Peti ais dan sinki mesti besar. I suka konsep dapur camni.



Bilik tidur

Wajib katil king. Bilik tu kena suram je. Tak nak terang-terang. Yang lain,i tak kisah. Untuk anak,i rasa biarlah mereka pilih sendiri. Kalau second child nanti gegurl,boleh share dengan rissa. Kalau boy,akan difikirkan kemudian.





Bilik mandi

Simple pun takpe asal ada tub.



Harapla impian i tercapai. Amin..

posted from Bloggeroid

Saturday, 16 February 2013

Terima hakikat

Hai.

Last week,entri i penuh dengan keluhan i pasal susu. Susah nak terima kenyataan bila gagal. Ok,dah. Tutup buku pasal tu.

Tiap ibu bapa ada dugaan masing-masing kan? Ada yang terpaksa jauh dari suami,ada yang anak dia ada ekzema,ada yang sakit sampai kena warded..

I pulak sejak rissa lahir,boleh kata i ok jer (walaupunkenatinggaldenganmertua). So i terima je apa yang berlaku ni..

Lagipun,bukannya i bagi dia benda tak elok kan?

Oh ya,kalau i bagi fm campur dengan ebm ni,kena bagi air kosong tak?



Ni gambar i kat wad bersalin dulu. Rasa cam rindu lak nak peknen.. :)

Friday, 15 February 2013

Cabaran bf part 2

Thanks untuk komen mommies suma untuk previous entry. Ni i sambung lagi cita.

Lepas i beli fm semalam,i pun balik. I beli enfalac a+ sebab tu fm yang paling mahal kat situ. Dalam fikiran i yang sedang terganggu tu,i fikir,paling mahal adalah paling bagus.

Sampai rumah,i pun bancuh fm. Bagi kat rissa. Masa tu dia memang tengah lapar. Hisap jari sampai berbunyi-bunyi. Dia memula hisap,pastu buat muka pelik dan keluarkan susu tu. Then i paksa lagi. Dia isap gak akhirnya..lama gak. Dalam 15 minit. Lega hati i.

Tapiii i terperasan something. Takde bunyi dia tengah menelan pun? I cabut botol dan tengok susu 3 oz yang i bagi tu tak luak langsung. I tak tahu camna dia buat gitu tanpa keluarkan air susu. Pastu tengok muka dia sengih-sengih. Sian anak mama. Tengah lapar pun dia tak nangis.

I bagi dia ebm yang i baru perah. Kejap je dia abiskan 3 oz tu...

Petang tu try bagi lagi fm. Kali ni dia lagi bijak. Dia siap sembur-sembur macam dia main air liur pulak.

Arini i nak pegi jumpa dr rajesh. Nak try ubat pulak. Jalan terakhir.


posted from Bloggeroid

Thursday, 14 February 2013

:(

Dear arissa,

Mama minta maaf.
Mama rasa failed sangat-sangat.
Kesian awak sayang.
Mama dah try, pam dari pagi tadi..sampai sekarang mama taip ni..mama cuma dapat 2.5 oz saja.
Sedangkan mama perlu 6 oz untuk awak minum petang ni.

Semalam mama kena hantar ebm untuk awak time lunch.
Hari ni mama nak hantar lagi tapi macam mana nak hantar...benda tak cukup?
Mama minta maaf.
Mama nak sangat beri yang terbaik untuk anak mama, tapi maafkan mama ya..

Im not a good example for you.. :(
Macam mana mama nak ajar awak supaya bf anak awak sepenuhnya nanti bila mama pun gagal? :'(
Macam mana mama nak cakap kat awak jangan mudah give up bila mama sendiri pun give up? :'(


Mama terpaksa campur susu awak.
Doakan mama dapat pam banyak pasni supaya awak tak payah minum fm lagi.

Bila awak dah besar, bila awak baca ni, mama nak cakap..

Jangan salahkan papa ya..papa dah usaha macam-macam..dah beli macam-macam supaya susu mama banyak tapi mama tertekan sayang......bila tertekan,susu pun tak keluar..  :(

Mama nak pegi beli fm untuk awak ni..
Mama harap dan doa sangat perut awak dapat terima.
Kalau awak sakit pasni, mama takkan maafkan diri mama.

I love you babygirl.

Wednesday, 13 February 2013

Adakah semuanya bakal berakhir?

I sedih sangat
Selama ni,i bf rissa
Sepanjang umur dia, 6 oz je fm pernah masuk perut dia
Bila dah cuti panjang,i tahu i akan ada masalah
Stok ebm i tinggal sebotol
Itu pun pam yang kelmarin punya
Semalam i dapat kumpul 1 botol (3 oz)
Untuk sekali minum
Then malam tadi,pam 4-5 kali,dapat lagi 3 oz
Pagi ni,hanya ada stok untuk 3 kali minum sahaja



I mengadu kat suami
Cakap i takut bagi fm for certain reason
No heart feeling pada yang bagi fm
Anak i,i ada cara i sendiri...
Setakat ni,rissa sihat je
I risau dia sakit nanti sebab tak biasa
Suami being so supportive tahap i nangis terharu
Dia cakap..

usaha sayang.kita sama-sama usaha.anggap ini satu cabaran.

Malam tadi dia balik keja pukul 10, dia masak untuk i makanan yang elok untuk tambah susu
Sanggup tido lambat walaupun arini dia keja 7 pagi

Thanks so much sayang...

I ingat petang ni i hantar susu kat rumah
Sehari i dapat 3 botol (biasanya)
Kalau semuanya berjalan lancar, cukuplah bekalan arini
Esok??

I pun tak tahu
Terasa macam nak mengalah je
Tapi i takdelah kejam tahap tak bagi anak cukup susu
I akan pastikan susu dia cukup

I sedih ni.
posted from Bloggeroid

Monday, 11 February 2013

Luahan rasa

Tak tahu nak luah kat mana. Biarlah luahan hati jadi public,janji i tak upload video nyanyi lagu ombak rindu kat public. Eh?

I sedih bila tengok anak-anak ni terfikir untuk guna duit parents dia. Sedih sangat. Dari mereka dalam perut,parents dah sara..dah beli macam-macam,sekolahkan..

Bila dah besar,time nak balik melawat parents yang sakit,boleh pulak cakap..tak boleh balik sebab takde duit. Pas parents bank in duit tambang,baru nak balik. Ada ke patut?

Kau dah besar,dah kerja..mana otak kau?? Beli itu ini ada duit,nak beli petrol tak sampai 100 untuk balik rumah,kau cakap takde duit?! Kenapa wujud orang camni?

Kenapa i sibuk? I nak duit jugak? Tak. I tak perlu itu suma. I memang perlu duit dan kalau orang bagi,i ambik tapi i takkan minta. Tak terdetik pun kat otak i ni kalau apa-apa jadi,i tak boleh balik sebab tak cukup duit dan i minta orang bayarkan. Biarlah i bergadai,biarlah i jual apa yang ada..tak mungkin i nak suruh orang tua bayar i untuk balik jenguk mereka.

I tak kata i baik sempurna. Cuma i tak lah seteruk itu. Sedih sangat tengok orang yang sangat berjasa kat i diperlakukan camni. Dan yang lebih sedih,dia sendiri percaya bulat-bulat kat anak dia yang tak guna ni. Ini bukan salah ibu mengandung. Bukan salah mak bapak mendidik. Takde parents ajar anak yang buruk-buruk. Memang kau tu sendiri being useless!

Ya Tuhan,berilah apa yang terbaik buat datukku. Kasihanilah dia. Ampunkan dosa-dosa dia. Permudahkanlah hidup dia..

posted from Bloggeroid

Friday, 8 February 2013

Buku yang ibu mengandung wajib beli

Hai.

I pernah beli buku pengurusan susu ibu untuk ibu bekerjaya. Ala,yang harga RM10 tu. Pendapat jujur i? Itu antara buku paling tak berbaloi dibeli. Buku tu ilmu,tak baik cakap gini kan..tapi siyes,buku tu tak best.

Tak best sebab dia cite benda basic je pasal susu ibu. Tapi boleh je bagi kat bs atau hubby,sebab buku ni simple. Boleh bagi info sikit kat diaorang.



Tadi pegawai i belikan i ni. Hadiah yang i sangat appreciate sebab bagi i ilmu berguna. Ilmu yang i akan bawa sampai bila-bila. :)

Buku ni sangat best tau. Gambar dalam tu best,terang dan comel! Font yang dia guna pun jelas,bahasa simple je. Mudah difahami.

Paling best,buku ni sangat banyak isi. Ada Q&A,ada tips-tips kaedah penyusuan..banyak giler info dalam ni. Sehari baca pun tak habis.

Jadi,uols yang peknen (mrs yana,i tulis entri ni khas untuk u)...please beli buku ni. RM24 gitu je harga dia..

posted from Bloggeroid

Thursday, 7 February 2013

Check up 4 bulan

Hari ni i ambik EL sebab pagi tadi,bangun..rasa malas nak keja,maka i cuti. Sukahatimakbapakje!

Kebetulan memang nak bawa rissa gi klinik. Check up 4 bulan memang takde apa. Timbang je. Berat anak dara i dah 6.2 kg dah. Dia membesar dengan sihat. Syukur sangat.

Masa timbang tadi,dia tengah tido. I buka baju diapers suma,dia tido je. Baiknya. Anak sapelah baik sangat ni.. Selalu kalau kat rumah,bunyi benda sikit pun,cepat je dia sedar.

Balik dari klinik,kami singgah kat otakibaby jap. Cari blender avent ngan stroller. Tapi dapat blender je. Comel blender tu. Tak sabar nak guna.

Pastu gi makan kat Sedap Corner. Rissa tido masa tu. So,i baringkan dia sambil i makan dengan aman.







Jalan kat Jb jem okey! Stress mak. Sebab arini orang ambik br1m. Rissa lak meragam. Bosan agaknya.

Agak-agak kalau i beli stroller untuk rissa,ok tak? Sebelum ni stroller dia mak i bagi. Adik i punya. Tapi benda tu berat dan bulky. Ingat nak beli maclaren quest 2012. Tak pun combi well carry cam Shakina,mommy blogger punya...hmm..

posted from Bloggeroid

Tuesday, 5 February 2013

4 bulan sudah berlalu

Hai.



Esok rissa genap 4 bulan. Dia dah selamat dibotakkan..nak share sikit tentang rissa setakat ni.

- dia dah pandai meniarap.leher dah boleh tegak masa meniarap tapi dia tak nak meniarap.masa baring,dia terlentang gitu aje.nak tunggu dia meniarap cam tunggu bulan jatuh ke riba. =.=

- pandai takut kalau kena tinggal sorang.menjerit-jerit dia nangis.

- pandai pegang barang.

- dah reti bebel.sampai muncung mulut tu kalau nak cakap.geram tengok!

Itu je yang i ingat. Setakat ni,rissa masih menyusu badan sepenuhnya. Syukur. Bf ni ialah benda paling susah yang i pernah buat. I takde stok. Maka i memang struggling setiap hari. Dah sebulan i keja dan dah sebulan jugalah i kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Kenapa menyusahkan diri?
Tak menyusahkan pun. It comes naturally. I percaya pada rezeki masing-masing.

Dah nak masuk 4 bulan,jadi i kena sediakan bahan untuk solid food rissa. Again,i tak rasa niat i untuk pastikan rissa makan dari air tangan i tiap ari adalah mudah tapi doakan i ye..

Oh ya,mil suruh beli walker tapi i tak rasa nak beli pun. I tak nak rissa ke sana sini guna walker berjam-jam sebab bukan i yang jaga. Kalau nak jalan,usaha sendiri ye anakku. Ini untuk kebaikan awak juga..
posted from Bloggeroid

Monday, 4 February 2013

Toiletries rissa sejak 1-3 bulan

Hai.

Kalau nak tahu,i adalah mak yang paling paranoid ever bila bercakap pasal kulit baby. Bukan kulit baby aje,kulit i dan kulit suami pun i sangat ambil kisah ok. Maka i memang akan sangat berhati-hati bila i beli barangan untuk kulit rissa.

Antara syarat produk tu ialah hypo allergenic..parabens,sls,phylates free..i memang akan baca part ingredients tu betul-betul dan kalau ada perkataan i tak faham,i akan google. Yela,kita tak patut ambil mudah tau perkara ni. Bahan-bahan tersebut adalah tak elok,boleh bagi kesan buruk pada baby.

I share dan review ye produk yang i guna untuk rissa. Oh ya,i start guna semua ni bila rissa genap sebulan. Sebelum tu,i tak berani letak apa-apa sebab kulit dia masih fragile sangat.

Mandian
I guna sebamed dan moogoo. Sebamed ni sebenarnya pun tak elok tau sebab buih dia memang banyak (i suspek dia ada SLS). Tapi rissa guna ni time mil bagi dia mandi. Just titikkan setitis pada air mandian dia.

Moogoo milk wash pulak susah nak dibilas. Tapi yang ni tak banyak buih so i berani guna banyak-banyak untuk rissa. Harga? Err,pejam mata jelah.



Losyen
Rissa ni jenis dry skin so i akan pastikan dia guna losyen tiapkali lepas mandi. Wajib. I guna sebamed je. Dapat free masa beli liquid cleaser. Sesuai dengan rissa.



Minyak angin dan minyak baby
I takut rissa guna minyak bayi yang dari mineral oil sebab tak elok. Kebetulan masa i nak bersalin aritu,kawan blogger i iaitu Cik Zanox ada bagi hadiah homemade toiletries baby so i guna ni. Dibuat dari sunflower oil.

Minyak angin lak i guna minyak yu yee. Sejak guna ni perut rissa tak pernah kembung.



Balm serbaguna
I dah cakap yang i paranoid kan? So krim-krim steroid ni i memang sebolehnya tak nak bagi rissa pakai. Bila dia ada rashes (kalau cuaca panas), i sapu je baby balm ni. Bila dia kena gigit nyamuk atau semut,i sapu ni gak. Bila muka dia calar sebab kuku dia yang tajam tu, i sapu balm ni. See,banyak guna kan?

I pun akan guna balm ni bila kena gigit nyamuk atau luka kecil. Memang berbaloi sangat beli. I strongly suggest baby balm ni.



Lepas ni,mungkin i akan bagi rissa guna brand pigeon kot..bagus tak pigeon sakura tu?
posted from Bloggeroid

Sunday, 3 February 2013

Nak bagi anak makan pun pening

Anak baru nak masuk 4 bulan,dah nak prepare? Haruslah. Almaklumla,poket tak berapa nak tebal. Nak apa-apa,kena menyimpan dari awal. Tambahan pulak,nak sangat opinion dari mommies lain..

Antara benda yang i rasa penting ialah mangkuk,sudu,tempat letak puree,blender dan kerusi. Kerusi perlu kan? Takkan nak bagi anak makan sambil baring pulak.

Mangkuk tu i ingat nak beli brand MAM. Yang boleh tukar kaler sudu kalau panas. Takdelah mil i nak merasa dengan mulut dia untuk test suhu makanan tu nanti. Yela,kata orang,puree kena letak susu ibu sikit kan?

Blender..i ingat nak beli mini blender philips tu. I dah jumpa masa pegi aeon. Comel giler ok. Kecik aje. Harga Rm138. I tahu pasal blender ni pun dari kak Atyfared. Tapi kalau beli blender ni,kena beli tempat storage puree tu asing-asing lak..cuma yang bagusnya dia ada dua bekas blend kecik tu.

Takpun, bli blender avent. Yang ni ada storage terus. Harga dia Rm175.

Mana satu i patut beli? Penat google sana sini.

Untuk steamer,i ingat nak beli steamer kecik aje. Yang murah banyak jual kat Giant tu.

Kerusi? I dah ada bumbo seat! Huhu. Mak kan teruja giler dengan kecomelan bumbo seat ni.

Paling merunsingkan,i tak tahu nak bagi apa sebagai makanan pertama.

Syimasyaz bagi aisya makan bubur - orang kata nasi boleh buat sembelit.rissa dahla poo poo seminggu sekali.

Kak Aty bagi qaleef makan carrot - orang kata carrot boleh buat baby kembung.

(i selalu jadikan blog syimasyaz ni panduan sebab aisya tua sikit dari rissa..sama gegirl so i mejin konon-konon aisya sama dengan rissa.hehe.)

Blogger lain bagi puree apple - orang kata kalau mula bagi benda manis,nanti baby asyik nak yang manis ajer.

Adoi,pening mak nak oi!

Nanti rissa dah makan,i kena rajin gi pasar la kan..kena rajin masak..Yela,anak ni amanah untuk kita. Kena jaga elok-elok.

Tak dapat letak link blogger lain ye,i update guna hp je ni..
posted from Bloggeroid

Saturday, 2 February 2013

Sehari jadi mr mama

Erk,mr mama lah sangat!

Rabu lepas,mil i pegi klinik,untuk check up. I ingat nak bawa je rissa gi ofis kejap sementara tunggu mil balik. Tak pun,ambik cuti. Kebetulan suami memang tengah off day. Jadi mil kata,bagi jela papanya jaga.

Suami tak pernah berduaan dengan rissa. Tapi dia selalu la pegang,tidokan dan main dengan rissa. Adakah i risau? Takdela. I cukup percaya yang dia pandai jaga cuma sebagai mak,adalah rasa nervous sikit-sikit.

Pukul 8 pagi,sms pertama masuk.

Dia dah bangun.Nak bagi susu ke?
Iye..

40 minit kemudian.

Dah habis. Jadi nak buat apa sekarang?

Hehe. Comel! Apapun,hari tu berjalan dengan lancar. Rissa memang behave sangat. Yela,dia kan suka sangat kat papa dia berbanding i..Suami cakap rissa langsung takde nangis atau merengek. Ok fine!

Anak papa la konon. Sedih mama tau.


posted from Bloggeroid