Sunday, 27 January 2013

Kisah penyusuan arissa

Bila i kerja,i bagi rissa menyusu guna botol. Dulu,masa dia belum lahir, i beli avent starter pack untuk dia. Masa dia lahir,nipple i melecet sampai berdarah. Jadi i bagi susu pakai botol avent, masa tu dia ok je..

Then bila dia sebulan lebih,dia tetiba refuse teats avent. So,i tukar ke pigeon. Dia suka. I pun tarik nafas lega.

Tapi..dua minggu sebelum i masuk keja,tetiba rissa tak nak menyusu botol. Penat kami paksa,dia meraung tak nak. I dah nangis tengok dia tak nak menyusu guna botol langsung.

Then i belikan dia puting anakku sebab puting tu sama dengan pacifier MAM dia. Tak sengaja pun terjumpa puting ni. Tengah shopping baju dia,tetiba terjumpa puting ni. I letak puting ni kat storage bottle dia.

Nasib dia boleh terima.

I ajar dia menyusu botol time siang,menyusu badan time malam. Ingatkan semua dah ok. Tapi..tetiba dia tak nak menyusu kat i pulak. Ah sudah! Menangis-nangis dia sanggup tahan lapar tak nak direct feeding. Maknya pun join nangis sama.

Yang ni i memang keraskan hati. Dia tak nak direct,maka i tak bagi susu sebelum dia tido malam cam biasa. Walaupun suami dah cakap,bagi je pakai botol.I tidokan dia. Then bila malam tu dia bangun,dia nak menyusu kat i. At last!

Bila i masuk keje,rissa makin bijak. Dia boleh lak menyusu botol sambil isap ibu jari. +.+





Tengok tu,sambil menyusu,sambil isap jari. Bila kita tarik jari dia,dia masuk lagi jari sebelah..

Sekarang dia minum 3 oz. Tahu tak dia ambik masa sejam untuk habiskan susu tu? Nanti-nanti i nak taip entri apa yang buat dia menyusu lama giler.

Ok,bye..

posted from Bloggeroid

Saturday, 26 January 2013

Lambat up entri ni sebenarnya..tapi nak tulis gak sebab takut nanti lupa. Kat ofis,i ada beberapa orang close friends. Memandangkan i memang dasar pemalas nak bercakap dengan orang, kawan i banyak tu jelah. Sehari suntuk ngadap dan bercakap dengan diaorang aje..

Masa birthday i aritu,tetiba 2 orang kawan i ni hilang tanpa dikesan. Mulanya, yang sorang tu hilang, i ingat dia gi jumpa pegawai. Then yang sorang lagi i ingatkan gi toilet.

Tapi bila bos i sampai dua kali call tanya mana diaorang,i mula perasan..nape diaorang ni lama sangat? Rasa cam dah dekat sejam je. Kalau orang lain mesti dah sibuk call atau sms kawan diaorang tanya kat mana,i pulak duduk aje. Sebab i malas dan perasaan ingin tahu i memang zero.

Ada gak terlintas, diaorang ni gi beli hadiah aku ke apa? Tapi i malas nak fikir sebab dalam otak,alah..nanti diaorang datang,mesti i tahu gak.Last-last,bila i balik dari toilet,tengok-tengok dah ada kek.



Sweet sungguh!! Kek ni kek Seasons,sedap giler ok. Ada rasa aiskrim kat inti dia. Tau-tau je yang i memang teringin sangat nak makan kek aiskrim ni.. :)

Selain kek,i dapat hadiah purse,voucher makan dan kad dari diaorang..nanti bulan jun,i plak kena cari hadiah diaorang nie...

Apapun,thanks darlings! Semoga kita baik-baik saja..kalau ada salah silap tu,harap pejam mata dan pekakkan telinga lah ye..muahs!





Eh lupa! Tengah hari tu,kami lunch kat Seasons. First time i makan apple crumble,memang sodap!!



Ok bye.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 23 January 2013

Obses pada peter rabbit

Dah ada anak,i jadi obses pada barang anak pulak. Pernah dengar kan jenama peter rabbit ni? I sebenarnya tak pernah dengar pun sebelum ni until officer i bagi baju PR ni kat colleague i yang baru dah bersalin jadi bila i nampak something yang rare,ofcozla i bersemangat waja nak beli untuk rissa..

Brand ni takde kat JB tau,setahu i la..Nak dijadikan cerita,sorang kawan i ada jual baju PR ni tapi malangnya sehelai je. Sobs. I pun beli la sehelai tu. Yeay,rissa ada sehelai baju PR!!

Manalah i nak cari baju peter rabbit ni kat jb ni ye? I ingat tak nak la belikan rissa baju brand anakku lagi pasni sebab i kan ngengada,nak anak pakai yang best-best aje. Hehehe..

Orang kata beli baju budak ni membazir tapi i rasa tak kot. Sebab macam i,sebulan sekali i akan belikan rissa 5 baju rompers tido dan 5 rompers siang. Iye,dia memang 24 jam pakai rompers. Senang nak pakaikan..macam sekarang,baju rissa time 2 bulan muat lagi,so tak perlu baju baru.

Isk..pasal benda remeh ni pun nak buat entri. Meh tayang muka anak dara jap..






posted from Bloggeroid

Sunday, 20 January 2013

Susu

I tak nak taip entri ni. Sebab rasa sedih.. I dah tak tau nak buat apa lagi dah.

Buat masa ni,i masih exclusively bf rissa. Tapi,sejak rissa lahir, i cuma dapat pam, paling banyak pun 3oz sebelah b. Kalau keduanya,paling banyak pun 5oz. Itu pun sangat jarang. Bukan i tak bersyukur tapi sekarang,memang i struggle untuk pastikan bekalan rissa cukup. Walaupun i rasa i belum cukup usaha lagi..

Sekarang dia minum 3oz X 5 botol. Selalu i bekalkan 8 botol,then menurun kepada 7,seterusnya 6 dan jumaat lepas,i mampu bekalkan 5 botol saja. Cukup-cukup untuk dia.

Tiap hari waktu bekerja,i pam pukul 7.20 pagi,15 minit setiap sesi. Pastu pukul 9.00 pagi i buat PP. Seterusnya 11.30 pagi. Last sekali pukul 3.00 petang buat PP. Kadang-kadang kalau rissa baru habis menyusu masa i balik,i terus pam. Then malam,tiapkali lepas dia abis menyusu,i pam juga.

Kenapa tak buat tandem? Sebab rissa kalau menyusu,dia kena didukung dan dibawa berjalan,siap pakej tepuk-tepuk montot,nyanyi dan goyang-goyang badan seolah i ni buaian/rocker bergerak.. =.='

Milk booster?
Cik b i bengkak kalau i makan daun pegaga. Itu jelah. Yang lain tu,biasa je. Cuma yang pastinya,i kena kerap makan. Fuh! Bayangkan,i makan nasi putih,keli berlada sekor,daun pegaga dan kerabu pelam..suma ni penuh sepinggan. Pastu i makan gardenia dua bungkus. Hah,baru dapat pam 3oz.

Kalau tak,nak dapat 2 oz pun kena PP. Dahlah i takde selera.Selalunya i paksa diri makan. Berat pulak asyik turun je..Last pregnant,berat i 80kg. Sebulan dah bersalin,67kg. Sekarang,65kg.. Sikit punya banyak aku makan,pun masih tak cukup.

Shaklee? I dah cakap kan,alfalfa tak berkesan untuk i. Buat susu i makin merudum. Tapi i ambik blackmores as a dietary supplemen. Again,supplemen ni membantu agar bertenaga je ..Air longan pun i dah try. Horlick,oat,milo..pun dah try. Bukan tak membantu tapi untuk hasilkan susu,i kena makan banyak berkali-kali.

Bila mengadu kat mummy,dia suruh i campur susu dalam nestum supaya baby kenyang. Erk,tak kot. Rissa kecik lagi. Tapi syukur,suami sudi tolong i. Dia kata i tak cukup makan makanan yang ada kalsium. Dan dia nak tolong atur diet untuk i agar i lebih sihat pasni.

Doakan i ya..i tak minta susu banyak,i cuma minta agar susu i cukup untuk rissa. Tahu tak mata i tetiba ada ketumbit dan ianya sembuh lepas i sapu susu ibu kat ketumbit tu? Ternyata susu ibu ni memang elok,terbukti depan mata i sendiri. Jadi i nak bagi rissa susu ibu sekurang-kurangnya sampai dia 6 bulan..


posted from Bloggeroid

Thursday, 17 January 2013

Dah 25 tahun hidup di dunia

Hari ini ialah birthday i.

Syukur,i masih dipanjangkan usia,diberikan kesihatan yang baik,cukup makan pakai..syukur sangat..
Paling seronok,ini tahun pertama i jadi seorang ibu.. :)

Dulu,masa sekolah,i dah aim..sebelum 25 tahun,i nak kahwin dan ada anak. Nampak tak betapa takde cita-cita pasal kerjaya langsung i ni? Huhu. Pasal keja,i lebih suka follow with the flow.

Abis je spm, i terus kerja kat kedai handphone. Keja i ialah bersihkan kedai dan jual topup. I bertahan tiga hari je sebab tokey tu marah i. Grr! Next i jadi guru tuisyen. I keja dalam sebulan je sebab pastu i dapat keja yang lagi besar gajinya iaitu keja di kedai perabot. I belajar pasang perabot,angkat sofa almari suma,jadi salesgirl dari rumah ke rumah.. Masa tu i kerja isnin hingga sabtu, 8 pagi hingga 8 malam. Ahad pulak keja sampai 2 petang. Gaji 350.. Keja macam kuli batak,dibagi gaji gitu. Isk!

Then pas result spm kuar, i dapat keputusan yang baik. Dapat offer further study kat maktab tapi i tak pegi. Sebab i anak sulung,tanggungjawab i besar.. Semoga rissa tak perlu pikul tanggungjawab macam i bila dia besar..

Rezeki ada di mana-mana kan? Pastu i dapat keja di airasia. Bukan sebagai pramugari uolss..counter staff je.. :)

Kat situlah i jumpa suami..first time nampak dia,i terus tekad dalam hati..this is my husband..masa keja kat sinilah i beli keta. Umur 19 tahun,dah ada keta sendiri,yang i bayar guna duit sendiri. Lesen pun i bayar sendiri..

Umur 21,i dapat keja gomen..umur 22,i bertunang..umur 23,i kahwin..umur 24,i pregnant..umur 25,i jadi seorang ibu..

Kalau ditanya apa target i..i harap sebelum i 30,i bebas hutang. *jeles kat suami sebab satu-satunya hutang yang dia ada adalah hutang loan kereta* Tapi sebenarnya,banyak gak perancangan i sebelum 30 tahun..

- nak tambah sorang lagi anak.
- nak melancong ke luar negara,i have bandung in my mind. tapi rasanya,elok i pegi universal studio singapore kot..mesti rissa suka.. :)

Itu perancangan je. Kita hanya merancang kan? Lepas 30,i nak beli rumah. Lepas 35,i nak tukar kereta..Fuh,gila la i buat plan sampai ke tua.Haha..

Dah-dah,setakat tu jelah sebelum i taip plan i untuk dapat menantu pulak. Hehehe..

Semoga i diberikan kesihatan yang baik,semoga i dapat memberi rissa susu badan sampai dia 6 bulan dan seterusnya 2 tahun..semoga i jadi isteri,ibu,anak,kakak dan pekerja yang lebih baik. Oh,semoga i jadi menantu yang baik jugak.. :)

Ok,bye.

Monday, 14 January 2013

Percubaan pertama



Mama,nak tengok magic tak??







Eh,ada dengar bunyi flash!! Mama ambik gambar..marilah berposing..



Comel tak posing sambil isap jari? Papa cakap jangan isap jari tapi sedap sangat...tak boleh tahan!

Ok,sambung lagi.







Penat dah.esok cuba lagi..

Tuesday, 8 January 2013

bagaimana menguruskan ebm di rumah?

Hai.

Mak oi seronoknya boleh update blog sambil baring. Entri ni lebih kepada camna i uruskan ebm di rumah..i tak tahu cara i betul atau salah tapi so far cara ni memudahkan i.

Lepas sesi pam,i rehatkan susu pada suhu bilik dalam 15 minit. Kekadang kalau lupa,sampai sejam. Then i transfer gi botol. Labelkan dengan tarikh dan jam. Kemudian simpan dalam peti ais.




Ni peti ais i yang baru. Bila suami tanya i nak hadiah apa untuk birthday i,i jawab peti ais. Malas nak berebut peti dengan org untuk simpan susu.




Kat sini la i letak suma botol rissa. Dapat idea ni dari sorang blogger gak. Lupa dari blogger mana. Lepas sterilize, i keringkan kat rak atas. Puting lak i letak dalam container ijau tu. Bila dah kering, i tutup botol dan letak kat rak bawah.



Ni lah puting rissa. Brand anakku. Memula dia pakai avent. Then dia reject. Pastu pigeon. Dia reject lak tetiba dalam 2 minggu sebelum i keja. Last sekali,i try puting anakku ni. Bentuk puting ni sama cam pacifier MAM rissa,tu yang dia ok je kot.

Perasan tak warmer tu ada tanda merah? Hari tu i kuar dengan suami. Balik je,i tengok ebm i tengah mengelegak dalam warmer. Dipanaskan dengan suhu 100°celcius. Urut dada i menengoknya. Then untuk memudahkan,i tandalah gini..

Camna i panaskan ebm rissa?

Senang je. I ambil ebm dalam peti ais. Letak dalam warmer ikut suhu yang betul. Susu yang dipanaskan tapi belum diminum ni tahan selama 4 jam. Bila rissa nak menyusu,i masukkan puting tu kat botol,then siap.



Itu jelah kot. Kenapa takde cita pasal ebm yang dicairkan? Sebab memang tak ada stok. Stok i suma rosak. Jadi sekarang memang kais pagi makan pagi jelah..

Oh ya,kalau ada yang masih tertanya nak beli warmer atau sterilizer ni atau tak..jawapan i adalah sila beli. Jimat banyak masa dan sangat memudahkan.




Monday, 7 January 2013

Hari pertama bekerja

Hai.

Jumaat lepas (4.1.2013), i kembali bekerja setelah 3 bulan cuti bersalin.
Perasaan? Entahlah. Berdebar,sedih,takut,gembira..semua ada.
Itu juga pertama kali i tak nampak rissa untuk masa yang sangat panjang.
Pagi tu, i bangun awal, pukul 1 pagi.
Lepas df rissa, i sediakan barang-barang untuk mengepam di ofis, cuci dan sterile botol dia, sapu rumah, cuci baju, jemur baju, cuci pinggan.....
Ya, i penat tapi rasa bahagia dapat menguruskan rumahtangga sendiri.
Masa nak turun kerja pagi tu, i dah rasa sayu..bergenang juga air mata ni..

Tahun ni, i pilih WP1, dan i masuk kerja 7.30 pagi. Sebab i nak spend more time dengan rissa, kononnya.
Tapi..hmmm..malas nak cerita. Buat sakit hati aku jer!!
I dapat pam di ofis pukul 9 pagi, 11.30 pagi dan 3 petang. Tapi agak stress juga ye.. Sebab i pam di cubicle i, telefon asyik berdering jer..isk! 
Untuk 3 kali pam, i dapat 9 oz, cukup untuk 3 botol.
Sedangkan rissa perlu 5 botol sampai pukul 4.30 petang tu..
Pukul 6 petang, i pam lagi. Then 2 pagi lepas rissa menyusu, i pam juga.
Dapatlah 5 botol.
Memang kais pagi,makan pagi. Kais petang, makan petang.

Balik petang tu, i dengan penuh harapan dapat mandikan rissa..dan i siap beli buku untuk rissa yang dia boleh bawa time mandi.
I beli buku tu masa keluar lunch. Masa beli, i dah seronok bayangkan i bagi dia mandi petang tu sambil tunjuk buku kat dia.
Sekali sampai kat rumah, i tengok dia dah mandi.
Kecewa sangat.
Mungkin orang akan fikir, ala..mandi jer pun. Bukan apa.
Faham tak aku dah tunggu selama sepanjang hari untuk mandikan dia??????!!!
Ikut hati i, nak je i mandikan dia sekali lagi tapi i masih menjaga hati orang.
I diam walaupun i rasa sedih dan down gila.

Petangnya, rissa menangis nak tidur.
Dia memang gitu kalau time petang.
I ingat nak pujuk dan tidurkan dia, tapi again..TAK DAPAT.
I diam, sebab diam tu lebih baik dari bercakap.
I nangis sorang-sorang dalam bilik sebab mana ada orang tempat i meluahkan perasaan kan?
Siap plan nak lari dari rumah tapi mengenangkan rissa, i pendamkan hasrat tu.
Sedih tahu tak?

Akhirnya i end up tak makan langsung malam tu.
The whole day, i cuma breakfast lempeng kosong dan lunch bihun goreng.
Tapi tak rasa lapar pun, sebab kenyang makan hati berulam jantung kot.

Eh, entri ni sepatutnya mengisahkan kegembiraan i kembali bekerja kan?
Tapi malangnya, i hidup di dunia nyata so no fairy tale for me.
Ok, kepala dah pening, sekian terima kasih..

---
 
I dah takde masa nak taip blog, tapi i sentiasa blogwalking sehari dua tiga kali yer..
So, kalau nak geng dengan i lebih rapat, follow la instagram i..



 
 
 

beratnya hati

Beratnya hati nak tinggalkan rissa..
Rissa,nanti rissa dah besar,ketahuilah mama sayang sangat kat rissa tau..
Tapi mama kena pegi keja. Kalau tak.nanti mama dan papa tak dapat bagi rissa hidup selesa.

Dulu time rissa takde,mama bersiap sejam lebih tau. Sekarang,mama bersiap 20 minit je,siap mandi dan berkemas.
Sebab mama nak susukan rissa.
Lepas menyusu,mama akan dukung rissa sampai mama turun keja,walaupun rissa tengah tidur..
Mama sayang rissa tau..



Rissa be a good girl ye..

Thursday, 3 January 2013

Isu yang tak pernah habis



I adalah orang yang jenis tak kisah. Selalu kalau apa-apa, I memang buat tak tahu je. Dan benda ni pun dah lapuk sebenarnya. Selalu juga I baca entri mommies lain pasal ni. Tapi I tergerak hati nak taip pasal ni sebab I tengok dengan mata I sendiri…..komen-komen seperti….

Ambillah KECERDIKAN LEMBU tersebut ye.No wonder become cow brains.
(ayat I copy paste)

Bagi ibu-ibu yang berjaya fully bf, I memang tabik spring sebab seriously, bukan mudah nak pam selalu, buat stok, cuci dan sterile botol dan kena jaga makan.. I sendiri masih terkial-kial nak sediakan bekalan ebm untuk rissa. Dengan semua stok I cair, dengan rissa yang tetiba tak nak menyusu botol, dengan BS nya yang tak reti sangat handle ebm..haihhh! *sambil kesat peluh di dahi*

Bagi yang bagi fm pulak, mesti ada niat kat hati nak bagi anak bf kan..lagi-lagi sekarang ni semua orang sibuk pung pang sana sini pasal bf. Sampai nak bagitau anak kita minum fm pun segan.. Walaupun mulut cakap tak kisah asalkan anak tu kenyang tapi bila orang mengata, confirm ada rasa sedih kan? 

Tu semua bukan sebab fm ni salah tapi disebabkan PANDANGAN MASYARAKAT yang terlalu suka menilai.

Pada I yang baru dua bulan lebih menjadi ibu ni, I nak cakap kat korang-korang yang suka bagi penilaian ntah apa-apa tu.. ENGKAU CAKAP SENANGLAH! Cuba rasa sendiri..

Kepada yang condemn bf..

Suka hati akulah kot yer pun t***k aku kendur sebab bf anak. Mana ada kajian yang cakap bf anak, benda alah tu jadi kendur? Memandai jer! 

Yang susah payah tu aku, bukan kau.

Kekampungan? Kourtney Kardashian, Beyonce (sekadar menyebut yang I tahu je)  yang retissss Hollywood tu pun bf anak tau. Glamor je diaorang. Tak nampak kampung pun.

Sanggup bazir duit beribu-ribu untuk beli gadget bf? Habis fm tu tak payah guna duit? Oh, mungkin kau dapat fm tu secara percuma.

Kepada yang condemn fm..

Bukannya anak tu diberi racun pun. Lainlah kalau bagi baby minum air bikarbonat, arak..hah, kalau bagi tu, memang salah.

Nak cari ibu susuan? Boleh tak realistik sikit? Takdenya mak-mak ni sesuka hati nak minta susu kat orang yang tak dikenali. Kita bukan tahu apa benda yang orang tu makan. Cari saudara sendiri? Ingat semua orang ni bernasib baik ada saudara mara yang kebetulan tengah menyusukan anak dan susu dia pun melimpah ruah?

Otak macam lembu? Ni I tak boleh terima. Otak macam lembu konon. Kalau mulut yang bercakap tu langsung tak pernah makan cheese kat burger/pizza, tak pernah minum fresh milk/susu pregnant, tak pernah sentuh susu pekat..(i bagi link makna susu pekat) Kalau orang Malaysia, menipu bebenor kalau tak pernah minum air yang tak menggunakan pakai susu pekat. Langsung tak pernah? Baiklah. Korang ada hak untuk cakap gitu. 

Kononnya, minum susu lembu, perangai macam lembu. Minum susu kambing, perangai macam kambing.
Minum susu ibu, perangai macam ibu? Hah, bertuahlah anak tu dapat ibu bongkak riak terlebih cerdik kuar statement gitu. Agak-agak, kalau makan lembu, badan pun jadi macam lembu ye?

Semua ni pendapat peribadi i semata-mata. I pun sedang belajar untuk menjadi ibu. Cuma i strongly berpendapat, KITA TAK BERHAK UNTUK CAKAP KITA LEBIH BAGUS DARI ORANG TU JUST BECAUSE KITA DAPAT BUAT APA YANG DIA TAK DAPAT BUAT. Siapa kita untuk menghakimi orang? Sudah-sudahlah. Itu anak masing-masing jadi masing-masing ada hak nak buat apa, nak bagi apa.

Kalau korang dapat bf anak, bersyukurlah. Murah rezeki anak kita dapat khasiat susu ibu.

Kalau korang bagi anak fm, bersyukurlah. Murah rezeki anak kita dapat juga merasa khasiat susu berbanding anak-anak orang susah yang nak minum air kosong bersih pun tak mampu.