Tuesday, 10 December 2013

Tia clarissa @ 14 months

Hai.

6 Disember 2013 genap rissa 14 bulan.
Jadi walaupun i busy,kena gigihkan diri buat entri perkembangan rissa.
Dimulakan dengan panjang dan berat.
Anak dara i tu panjangnya 80cm,beratnya 12.6 kg. Ni perkembangan last week.
Lepas tu..apa yang dia baru jer pandai buat?
Hah...rissa dah pandai jalan!!
Tapi belum expert..just jalan kedek-kedek macam penguin.
Rissa jenis memang lambat nak meniarap,merangkak dan berjalan tapi sekali dia dah pandai,cepat jer dia terer.
Macam part berjalan ni,dalam seminggu..dia belajar dari jalan 2-3 langkah...terus sekarang dia boleh jalan tanpa perlu merangkak lagi.

Rissa dah pandai sebut beberapa perkataan dan kenal beberapa benda. Dia pandai sebut dan kenal cat,ball,pig,fish,pampers,dodo (kartun dalam cuddlies), chacha (puppet dalam hi 5)..
Dia kenal cicak. Bila nampak cicak,dia akan tunjuk. Atau bila kita sebut cicak,dia pandang siling.
Dia tahu makna 'buka' tapi dia sebut 'ka' jelah. Ini terjadi bila dia minta kita buka something.
Dia kenal lion,snake,bird,cat dan tahu buat bunyi keempat-empat haiwan tu.
Selain tu,rissa pandai buat No sambil goyang jari dia macam i selalu buat kat dia.
Lagi apa ek rissa dah pandai?
Hah...dia pandai tiru orang batuk dan tiru papa dia tido siap buat bunyi berdengkur. Padahal papa dia tak berdengkur pun.
Pastu dia boleh kenal eyes,nose,head,hand...dan gigi. Dia tak tau teeth sebab i selalu cakap berus gigi. Bukan berus teeth. =.=
Dia suka berus gigi sendiri. Sebenarnya lebih kepada rissa suka gigit berus gigi.
Gigi rissa masih 6 biji..empat atas,dua bawah.

Saiz kasut rissa adalah 23.
Kartun kegemaran adalah hi 5.
Tapi kalau nak tengok dia gelak,bagi dia tengok cuddlies dan bambam. Confirm dia gelak terkekeh-kekeh.

Buat masa ni,i tengah nak ajar dia say thank you dan lipat selimut.
Cara nak ajar bebudak ni tak susah.
Buat je benda tu depan dia,mesti lama-lama dia ikut.

Makan dan susu rissa so far oklah.
Cuma makanan dia masih perlu diblend lagi.
I risau gak.
Bukan dia tak pandai tapi dia tak suka mengunyah.
Kalau bagi dia biskut,mee,kismis..pandai pulak dia kunyah.
I pun tak tau nak buat camna...

Oh ya,bercakap pasal keramahan rissa...wakakaka..
Aritu i bawa dia pegi playground.
Pastu adalah sorang budak baya rissa ni approach dia.
Siap pegang dia..
Ko tau apa anak aku buat?
Dia buat derkkkk jer. Siap pandang tempat lain. (Gambar i letak kat bawah)
Amboi anak dara,sombong ye awak?

Baiklah..sekian saja untuk kali ini.
Bye.. ♥♥♥