Tuesday, 31 December 2013

Selamat datang 2014!!!

Hai.

Hari ini aku setahun lebih tua.
Start hari ni,aku nak guna aku jer sebab aku dah makin dewasa...ececehh..
Aku kureng suka new year sebab aku lahir bulan januari..jadi bila tahun baru je,startla aku meroyan sorang-sorang sebab rasa diri dah tua.
Bila cakap pasal tahun baru,confirmlah akan cerita pasal azam.
Tahun lepas punya azam pun tak tercapai lagi..ada hati nak ada azam baru??? Takpe,layankan..

Aku nak jadi isteri,ibu,anak,menantu dan pekerja yang lebih baik dan rajin. Aku ni pemalas orangnya. Sampai tahap nak bercakap pun malas. Jadi pasni,kena lebih rajin. Chaiyok chaiyok!!

Next aku nak simpan duit. Sikit pun jadi lah. Janji ada. Sebelum ni,aku memang tak menyimpan langsung. Asben aku dah start bebel dah. Bila nak insaf pun tak tahu.

Last sekali,aku nak cantik sikit tahun ni. Tak nak selekeh cam biasa. Pegi keje pakai mekap. Hahaha..