Wednesday, 18 December 2013

Review produk : Celcom prepaid

Hai.

I nak share sikit berkenaan prepaid yang i guna sekarang. Sebab bila i google berkenaan pelan telefon yang berbaloi,cam takde jer.I guna plan celcom 15pax. Plan ni i dah guna sejak tahun 2009 gitu kot...sejak i beli nombor telefon i ni..Berkenaan celcom ni,i dah lama guna celcom. Sejak i ada enset. So,ini review i.

Caj panggilan. 15 sen setiap minit untuk sebarang nombor di 15pax anda. Kalau bukan 15 pax..i rasa 20 sen seminit kot.

Caj sms. Ni i paling suka. 0.01 sen per sms untuk 15pax. Kalau bukan 15pax..mungkin 10 sen atau 20 sen gitulah...i dah sangat jarang sms ni. Selalu whatsapp jer.

Internet.

Hah..untuk internet i beli celcom monthly internet prepaid. Harganya RM38/30 days untuk 1g. Yang i suka pasal internet celcom ni,ianya laju (tapi bila tengok youtube,ada jugak ar tersekat-sekat..kena buffering dulu) dan bila data 1g tu dah abis,kita masih boleh berinternet cuma slowla sikit.

Kalau ada yang rasa tak cukup untuk 1g...kita boleh beli data internet tambahan. Camna nak beli dan berapa harganya?

100MB - RM3, 500MB - RM10, 1GB - RM15, 5GB - RM50

Untuk tambah,hantar ONVOL100MB/ONVOL500MB/ONVOL1GB,ONVOL5GB ke 22188.

Phew...rasa macam duta celcom pulak mak jemah ni!

Adakah line celcom kuat? Bagi i..ya. I kan kekadang balik sarawak..so walaupun i di sarawak dan kekadang di kawasan pedalaman,line celcom tetap ada. Cuma line 3g dia kekadang takde. Tak dapat nak buat video call. Untuk pengetahuan korang,kat sarawak,dulu line telefon yang paling kuat adalah celcom. Tapi itu cerita 4-5 tahun lepas. Sebab tu i guna celcom. Sekarang line digi adalah yang paling kuat di sarawak..i will follow u gitew!

Sekarang ni i dah tak kisah sangat pasal kadar panggilan dan kadar sms sebab i sangat jarang call dan bersms. Semuanya berwhatapps saja...kalau nak contact kengkawan..guna fb jer..instagram pun ada. Semuanya internet!

So i rasa memang berbaloi pelan celcom yang i guna sekarang. Dalam sebulan i cuma perlu topup dalam 20 ke 30 hengget gitu untuk call dan beli internet prepaid 38 hengget. Total dalam 60-70 hengget la...kira ok lah kan. Berbaloi-baloi.

Ada pelan yang lagi best ke? Sebab i ingat nak tukar ke digi pulak.. heheheehe...ok bye.. ♥♥