Monday, 16 December 2013

Resepi homemade fishball

Bajet hot jer benda senang gini pun nak buat resepi. Hehe. Sebenarnya seperti yang i pernah cakap..rissa tak pandai sangat kunyah makanan. So ini cara i untuk ajar rissa mengunyah..i buat fishball. Cara nak buat senang jer..

Bahan.
Seekor ikan. I guna ikan merah/talapia.
Secubit garam.
Lada sulah.
Sesudu teh tepung gandum.

Cara buat.
Mula-mula sila filletkan ikan tu. Hoi susah tau tak! Kat mastercep..i tengok orang buat senang jer. Aku buat susah wei. Tapi takpe.. demimu anak..

Kemudian,blend isi ikan tersebut. Pastikan tiada tulang. Blend sampai halus.

Dah selesai..letak isi ikan dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam,lada sulah..kalau nak masuk daun sup atau daun bawang pun boleh. Masukkan sesudu teh tepung. I masukkan tepung sebab ikut resepi padahal i tak tau apa ntah fungsi tepung ni. Gaul hingga sebati.

Bulat-bulatkan isi ikan tadi.

Masa ni kena hati-hati. Pastikan tiada tulang ikan ye. Check betul-betul.

Siap!

I buat ni seekor ikan boleh dapat dalam 20 biji fishball. Cukuplah stok makan rissa untuk dua hari. Senang jer pun kan...pasni nak try buat chicken ball dan meatball pulak. Bila buat sendiri,boleh tau kebersihan makanan tu..betul tak?