Wednesday, 4 December 2013

Mengatasi masalah sembelit pada bayi dan kanak-kanak

Hai.

Memandangkan rissa selalu sembelit (ini jer benda yang selalu merisaukan i pasal rissa.sembelit jer manjang)..so i nak share cara i atasi masalah sembelit pada budak tu.

Pertama sekali,kalau ibunya exclusively bf dan anak belum ambil solid food,anak seems happy tak sakit,maka ibu tak perlu risau kalau anak tak poopoo ye. Hah,yang ni i dah lalui. Rissa dulu berak seminggu sekali jer! Tapi dia minum susu ibu saja jadi doktor cakap,i tak payah risau. No no no...tak payah bagi air. Susu ibu tu dah cukup.

Bagi anak yang tak fully bf dan dah start solid food..hah...nilah yang kita start risau ni. Apa yang i letak ni ialah cara i pada rissa tau.

*Bagi prune. I bagi yang sunsweet tu jer. Tapi disebabkan rissa tak berapa nak makan prune ni gitew aje,i campur dalam makanan dia.

*Banyakkan minum air masak. Rissa jenis yang suka minum air kosong so ni tak susah sangatlah..

*Banyakkan sayur dalam makanan. Setiap hari,i memang make sure rissa ada consume sayur dan buah. Cuma bila dia sembelit,i make sure dia ambil sayuran hijau macam sawi,bayam dan pucuk manis. Letak banyak-banyak.

*Ubat? Ye,bila rissa sembelit,i bawa juga dia jumpa doktor. Doktor ada bagi ubat lactule (ubat lembutkan najis), pil yang cucuk kat montot tu dan prebiotik. Prebiotik ni elok tau. Dia macam kat yakult,yogurt...memang elok untuk lawas. I cuma bagi rissa prebiotik dan ubat cucuk montot tu jer kat rissa. Setakat ni i tak pernah bagi ubat makan kat rissa sebab bagi i,rissa masih kecil. Selagi boleh elak,i elak.

Oh ye..berkenaan dengan ubat prebiotik tu,ni hah gambarnya. Ambil dengan nasihat doktor ya? Dia macam eno tu. Kita campur dalam air,bagi anak minum. Rasanya plain jer..takde manis ke pahit ke..masam ke..

Setakat ini,itu sahaja cara yang i buat untuk legakan sembelit rissa. Memang dah jadi habit i bila sampai rumah...sebelum apa-apa..i akan tanya mummy,rissa ada berak tak arini? Kalau takde....hah..esoknya confirm i campur prune dalam makanan rissa. Pastu bagi dia minum prebiotic..

Ok,tu jer. ♥♥